SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza
Konsert jelajah oleh Siti Nurhaliza
Poster promosi konsert SATU Siti Nurhaliza
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
TempatIstana Budaya
Tarikh mula26 Jun 2009
Tarikh tamat28 Jun 2009
Putaran1
Jumlah persembahan3 di Asia
Kronologi konsert Siti Nurhaliza

SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza (dirujuk sebagai SATU) merupakan konsert keenam dan konsert solo kelapan oleh penyanyi pop Malaysia Siti Nurhaliza untuk mempromosikan album studio ke-13, Lentera Timur dan sempena Hari Bapa pada 21 Jun.[1][2] Konsert ini adalah konsert teater pertama beliau yang terbesar.

Ia juga merupakan konsert keduanya yang diadakan di Istana Budaya dengan menyampaikan lagu-lagu secara penuh dan medley dari albumnya sendiri bermula daripada album Siti Nurhaliza (1996) sehingga album Lentera Timur (2008).

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

SATU merupakan konsert teater terbesar pertama. Nama konsert beliau diperoleh dari perkataan satu, yang diilhamkan oleh 'Satu Malaysia' atau '1Malaysia' yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, satu seruan untuk perpaduan.[3] Idea untuk konsert ini bermula ketika Siti sedang berlatih untuk persembahan beliau di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008. Konsep konsert ini telah diilhamkan daripada A New Day... oleh Celine Dion.[4] Lebih daripada 30 lagu telah dipersembahkan sepenuhnya dan medley dan dalam gubahan baru.

Konsert ini juga menyatukan semua elemen yang dipersembahkan di pentas menjadi satu iaitu muzik, kesan, tarian, visual, grafik, koreografi dan teknikal. Menurut Siti, konsert beranggaran lebih setengah juta itu akan menghidangkan lebih kurang 30 buah lagu yang akan disusun semula muziknya oleh Aubrey Suwito selaku pengarah muzik manakala koreografer Pat Ibrahim bertindak sebagai pengarah konsert yang menggunakan muzik iringan orkestra tapi bukan semua lagu dipersembahkan dalam bentuk ini kerana ia perlu mengikut kesesuaian lagu juga.[5] Istimewanya, melalui konsert ini Siti mempamerkan baju kenangannya sepanjang berkecimpung dalam industri muzik Malaysia, sebanyak lapan pasang baju beliau akan dipamerkan di lobi Istana Budaya.[5]

Sinopsis konsert[sunting | sunting sumber]

Seluruh konsert bertujuan untuk menggambarkan lagu-lagu Siti Nurhaliza selepas lebih daripada satu dekad nyanyian dan imbasan kembali penyanyi itu untuk jalan kemasyhuran. Konsert mereka juga mempunyai beberapa adegan menonjolkan percintaan beliau dengan suaminya, Datuk Khalid Muhammad Jiwa.[2]

Terdapat lebih 25 penari dan 20 pemuzik yang mengiringi Siti Nurhaliza sepanjang persembahan.[2]

Persembahan pembukaan[sunting | sunting sumber]

Aizat Amdan (26 Jun 2009)

Susunan lagu[sunting | sunting sumber]

Persembahan 1: Pembukaan

  • "Kurniaan Dalam Samaran"

Persembahan 2: Medley 1: Balada

Persembahan 3: Medley 2: Lagu Hit

Persembahan 4: Medley 3: Tradisional

  • "Cindai"
  • "Balqis"
  • "Nirmala"
  • "Bulan Yang Mesra"

Persembahan 5: Rancak

Persembahan 6: Permintaan Peminat Siti Zone

Persembahan 7: Lagu Cinta

Tarikh jelajah[sunting | sunting sumber]

Tarikh Bandar Negara Tempat
Asia[1]
26 Jun 2009 Kuala Lumpur Malaysia Istana Budaya
27 Jun 2009
28 Jun 2009

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Official tour website". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-24. Dicapai pada 2016-04-10.
  2. ^ a b c New Straits Times Press news
  3. ^ a b Showbiz detail at Gua.com.my
  4. ^ a b c d e f Utusan Malaysia news
  5. ^ a b Siti pamer 8 baju kenangan di konsert eksklusif SATU

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]