SCALP EG

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Storm Shadow/SCALP EG
Storm Shadow
JenisPeluru berpandu udara ke permukaan jarak jauh
Tempat asalPerancis, United Kingdom
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan2002 – kini
Digunakan olehLihat Pengguna
Sejarah pengeluaran
PerekaMatra BAe Dynamics
PengeluarMBDA
Kos unit
  • 850,000 (US$1.18 juta) (FY2011)[1]
  • £790,000 (US$1.27 juta) (FY2011)[2]
Spesifikasi
Berat1,300 kilogram (2,900 lb)
Panjang5.1 meter (16 ka 9 in)
Diameter0.48 meter (19 in) anggr. [3]
Warhead450 kilogram (990 lb) BROACH (Bomb Royal Ordnance Augmented Charge)

EnjinTurbin jet Turbomeca Microturbo TRI 60-30, menghasilkan 5.4 kN tujahan
Lebar sayap3 meter (9 ka 10 in)[4]
Jarak
operasi
  • Lebih 300 nmi (560 km; 350 bt) profil Lo-Lo [4][5][N 1][6]
  • Export version: over 135 nmi (250 km; 155 bt)[7]
Altitud penerbangan30–40 meter (100–130 ka)
Kelajuan1,000 km/h Mach 0.8-0.95 (bergantung pada altitud)
Sistem
pemanduan
Inersia, GPS dan TERPROM. Panduan terminal menggunakan pengimejan infra merah DSMAC
Platform
pelancaran
Tornado
Mirage
Rafale
Typhoon

Storm Shadow adalah sebuah peluru berpandu krus lancaran udara dari UK dan Perancis. Ia mula dibangunkan sejak tahun 1994 oleh Matra dan British Aerospace, dan kini dikeluarkan oleh MBDA. Storm Shadow merupakan nama peluru berpandu ini di Britain; sementara di Perancis ia dikenali sebagai SCALP EG (Système de Croisière Autonome à Longue Portée – Emploi Général, bermaksud Peluru Berpandu Krus Kegunaan Am Jarak Jauh). Peluru berpandu ini dibangunkan berdasarkan peluru berpandu pemusnah landasan terbang, MBDA Apache yang dikeluarkan sebelumnya, dan berbeza di mana ia membawa kepala peledak dan bukannya sub-munisi.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Peluru berpandu ini mempunyai jarak sekitar 560 km (300 nmi; 350 bt),[8] yang dikuasai oleh sebuah turbin jet pada kelajuan Mach 0.8 dan boleh dibawa oleh pesawat Tornado GR4 Tentera Udara Diraja, Tornado IDS Itali, Saab Gripen, Dassault Mirage 2000 dan Dassault Rafale.[9] Storm Shadow juga telah diintegrasikan dengan pesawat Eurofighter Typhoon sebagai sebahagian dari Phase 2 Enhancement (P2E) pada tahun 2015,[10][11] tetapi tidak akan digunakan pada pesawat F-35 Lightning II.[12] Kepala peledak BROACH mempunyai sebuah peluru penembus awal untuk membersihkan tanah atau memasuki kubu, kemudian sebuah fiuz tertunda boleh-ubah untuk mengawal letupan kepala peledak utama. Berat peluru berpandu sekitar 1,300 kilogram (2,900 lb), dengan ukur lilit badan maksima 48 sentimeter (19 in) dan rentang sayap 3 meter (120 in). Antara sasaran adalah markas arahan, kawalan dan komunikasi; lapangan terbang; stesen janakuasa dan pelabuhan; simpanan amunisasi; kapal permukaan dan kapal selam di pelabuhan; jambatan dan sasaran-sasaran strategik bernilai tinggi lain.[9]

Ia merupakan sebuah peluru berpandu jenis "tembak-dan-lupa", yang mana akan diprogram sebelum pelancaran. Setelah dilancarkan, peluru berpandu ini tidak boleh dikawal atau diarahkan untuk memusnahkan diri sendiri dan maklumat sasarannya tidak boleh diubah. Para perancang misi akan memprogram peluru berpandu dengan sasaran pertahanan udara dan sasaran. Peluru berpandu akan mengikut laluan dalam fungsi separa-autonomi, laluan penerbangan aras rendah dengan panduan GPS dan pemetaan muka bumi sehingga ke kawasan sasaran.[13] Apabila hampir ke sasaran, peluru berpandu mendaki dan kemudian bunt sebelum membuat satu junaman. Pendakian ke altitud bertujuan untuk mencapai kebarangkalian terbaik untuk mengenal pasti dan menembusi sasaran. Semasa bunt, kon muncung akan ditanggalkan untuk sebuah kamera thermografi resolusi tinggi (panduan infra merah) untuk memerhati kawasan sasaran. Peluru berpandu ini kemudian cuba untuk mencari sasarannya berdasarkan maklumat sasaran yang telah diprogram (DSMAC). Sekiranya gagal, dan terdapat risiko kemusnahan kolateral yang tinggi, ia akan terbang ke titik terhempas bukannya merisikokan ketidaktepatan.[14]

Peningkatan terkini termasuk keupayaan untuk menghantar maklumat sasaran sebelum hentaman, penggunaan pautan data sehala (link back), dan penghantaran maklumat penilaian kerosakan pertempuran kembali ke pesawat. Tingkat upaya ini telah dibangunkan di bawah sebuah kontrak DGA Perancis. Ciri lain yang dirancang adalah untuk memasukkan keupayaan perubahan sasaran semasa penerbangan dengan menggunakan sebuah pautan data dua hala.[15] Storm Shadow akan diperbaharui dibawah projek peluru berpandu Selective Precision Effects At Range 4 (SPEAR 4).[16]

Beberapa laporan mencadangkan bahawa sebuah versi dengan keupayaan yang dikurangkan bagi memenuhi halangan Rejim Kawalan Teknologi Peluru Berpandu (MTCR) telah dicipta untuk tujuan eksport, contohnya ke Emiriah Arab Bersatu.[17][18][19]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Storm Shadow di Muzium Tentera Udara Diraja London

British Aerospace dan Matra bersaing dengan McDonnell Douglas, Texas Instruments/Short Brothers, Hughes/Smiths Industries, Daimler-Benz Aerospace/Bofors, GEC-Marconi dan Rafael.[20] BAe/Matra Storm Shadow telah terpilih pada 25 Jun 1996.[21] Satu kontrak pembangunan dan pengeluaran telah ditandatangani pada 11 Februari 1997, yang mana pada ketika ini Matra dan BAe telah menyelesaikan penggabungan perniagaan peluru berpandu mereka untuk membentuk Matra BAe Dynamics.[22] Perancis telah memesan 500 buah peluru berpandu SCALP pada bulan Januari 1998.[23]

Sebuah Tornado GR4 milik Tentera Udara Diraja membawa dua buah peluru berpandu Storm Shadow di bawah fiuslajnya

Tembakan menggunakan Shadow/SCALP EG pertama kali berjaya dilakukan di lapang sasar CEL Biscarosse, Perancis pada penghujung Disember 2000[9] dengan menggunakan sebuah pesawat Mirage 2000N. Tembakan pertama yang dilakukan oleh UK pula terjadi pada 25 Mei 2001 daripada sebuah pesawat Tornado yang berlepas dari BAE Warton.[perlu rujukan]

Pesawat Tornado milik Tentera Udara Diraja menggunakan Storm Shadow dalam operasi buat pertama kali semasa serangan ke atas Iraq 2003.[24] Meskipun ia belum lagi memasuki perkhidmatan secara rasmi, "satu jadual ujian yang dipercepatkan" melihat ia digunakan oleh Skuadron 617 dalam konflik.[25][26][27]

Semasa campur tangan NATO dalam Perang Saudara Libya, Storm Shadow/SCALP-EG telah ditembak ke atas sasaran-sasaran pro-Gaddafi oleh pesawat Rafale milik Tentera Udara Perancis [28][29] dan pesawat Tornado milik Tentera Udara Itali serta Tentera Udara Diraja[30][31]. Antara sasaran termasuk Pangkalan Udara Al Jufra.[32] dan sebuah kubu tentera di Sirte, bandar kelahiran pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.[33] Pada 14 Disember 2011, para pegawai pertahanan Itali sedar bahawa pesawat Tornado IDS Itali telah menggunakan antara 20 hingga 30 Storm Shadow dalam kempen serangan di Libya. Ia merupakan kali pertama pesawat Itali menggunakan peluru berpandu dalam pertempuran sebenar di mana dilaporkan bahawa peluru berpandu ini mencapai 97 peratus kadar kejayaan.[34]

Pesawat Perancis telah melepaskan 12 buah peluru berpandu SCALP ke atas sasaran-sasaran ISIS di Syria dalam sebahagian daripada Operasi Chammal. Pelancaran ini terjadi pada 15 Disember 2015 dan 2 Januari 2016. Pelancaran ini dipercayai telah diluluskan selepas satu keputusan dibuat oleh Kementerian Pertahanan Perancis untuk mengurangkan inventori peluru berpandu SCALP bagi mengurangkan kos.[35] Pada hari Ahad, 26 Jun 2016 Tentera Udara Diraja telah menggunakan empat buah Storm Shadow ke atas kubu ISIS di Iraq. Storm Shadow telah dilancarkan daripada dua buah pesawat Tornado. Kesemua empat buah peluru berpandu ini tepat mengenai sasaran, menembusi jauh ke dalam kubu. Peluru berpandu Storm Shadow telah digunakan ekoran pembinaan kubu yang sangat besar.

Penerbangan pertama yang membawa peluru berpandu Storm Shadow menggunakan pesawat Eurofighter Typhoon dilakukan pada 27 November 2013 dari pangkalan udara Decimomannu di Itali, dan dilaksanakan oleh Alenia Aermacchi.[36]

Pada Julai 2016, Kementerian Pertahanan UK telah menganugerahkan satu kontrak bernilai £28 juta untuk menyokong peluru berpandu Storm Shadow selama 5 tahun akan datang.[37]

Pada Oktober 2016, kerajaan UK mengesahkan peluru berpandu yang dibekalkan oleh UK telah digunakan oleh Arab Saudi dalam konflik di Yaman.[38]

Pada bulan April 2018, kerajaan UK telah mengumumkan bahawa mereka telah menggunakan peluru berpandu Storm Shadow yang dibawa oleh pesawat Panavia Tornado GR4 untuk menyerang sebuah kemudahan senjata kimia di Syria.[39] Mengikut jurucakap Kor Marin A.S, Lt. Jen. Kenneth Mckenzie, kemudahan simpanan senjata kimia Him Shinshar yang terletak berdekatan dengan Homs telah dihentam oleh 9 buah peluru berpandu Tomahawk buatan A.S, 8 buah peluru berpandu Storm Shadow buatan UK, 3 buah peluru berpandu krus MdCN buatan Perancis, dan 2 buah peluru berpandu krus SCALP buatan Perancis.[40][41] Imej-imej satelit menunjunkan bahawa tapak kemudahan ini telah musnah dalam serangan.[42] Ketua Staf Jeneral Rusia, Jabatan Operasi Utama Sergey Rudskoy, dalam taklimat beliau kepada media pada 14 April 2018, mengumumkan bahawa kesemua 8 buah peluru berpandu yang dilancarkan daripada pesawat Tornado telah ditembak jatuh oleh Pasukan Pertahanan Udara Syria,[43] satu dakwaan yang dinafikan oleh AS, UK dan Perancis. Pentagon berkata tiada sebuah pun peluru berpandu yang dipintas, dan serangan ini adalah “tepat dan memberangsangkan”.[44] Dalam reaksinya, Kementerian Pertahanan Rusia dalam satu persidangan akhbar di Moscow, menunjukan bahagian-bahagian yang didakwa adalah sebuah peluru berpandu Storm Shadow yang ditembak jatuh.[45][46]

Pada 11 Mac 2021, dua pesawat Typhoon FGR4 milik Tentera Udara Diraja yang beroperasi dari RAF Akrotiri, Cyprus telah menghentam sebuah kompleks gua yang terletak di barat daya bandar Erbil, utara Iraq, di mana sejumlah pejuang ISIS telah dilaporkan, menandakan pertempuran pertama kali menggunakan peluru berpandu Storm Shadow dari pesawat Typhoon.[47][48]

Versi tentera laut[sunting | sunting sumber]

Missile de Croisière Naval (Peluru Berpandu Krus Naval)
JenisPeluru berpandu krus
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan2014 (kapal) ; 2017 (kapal selam)
Sejarah pengeluaran
PengeluarMBDA
Kos unit2.48m (US$3.19 juta) [49] (FY2012)
Spesifikasi
Berat1,400 kg (3,086 lb)
Panjang6.5 m (21 ka 4 in)
Diameter500 mm (20 in)

Jarak tembakan efektif>1,000 km (620 bt; 540 nmi)[50]

Enjinenjin turbin jet TR50 microturbo
Lebar sayap2.85 m (9 ka 4 in)
Kelajuan800 km/j (500 mph; 430 kn; Mach 0.65)
Sistem
pemanduan
panduan inersia, topografi (TERCOM/TERPROM), panduan radar aktif dan panduan infra merah, GPS
Ketepatanmetrik
Platform
pelancaran
Frigat FREMM
kapal selam Barracuda
kapal selam kelas-Scorpene

MBDA telah membangunkan sebuah versi jarak jauh pelancaran dari laut untuk Tentera Laut Perancis yang dikenali sebagai Missile de Croisière Naval (MdCN bermaksud Peluru Berpandu Krus Naval),[51] yang telah dipasang pada enam buah frigat pelbagai peranan FREMM versi serangan darat/ASW bermula pada tahun 2015, dan pada kapal selam kelas-Barracuda bermula pada tahun 2018,[52] menggunakan pelancar Sylver versi A70 pada frigat FREMM[53] dan tiub torpedo 533 mm pada kapal selam Barracuda.[54] Oleh kerana peluru berpandu ini tidak dilancarkan dari pesawat udara sepertimana SCALP/Storm Shadow, sebuah penggalak telah diperkenalkan. Versi kapal selam dimasukkan ke dalam sebuah kontenan hidrodinamik keras yang mana akan dilentingkan apabila peluru berpandu telah mencapai permukaan. Bagai menyaingi jarak yang ada pada BGM-109 Tomahawk, jarak MdCN (lebih daripada 1000 km) adalah lebih jauh berbanding SCALP/Storm Shadow.[perlu rujukan] Kapal selam kelas-Scorpene yang lebih kecil juga boleh membawa peluru berpandu MdCN.[55]

Pada tahun 2006, awalnya Perancis telah memesan 50 MdCN untuk frigat FREMM, penyerahan dijangka pada tahun 2012.[49] Tambahan 100 peluru berpandu lancaran permukaan telah dipesan pada tahun 2009, bersama-sama dengan 50 yang dirancang untuk kapal selam kelas Barracuda.[49] Kos untuk memperolehi 200 peluru berpandu adalah €1.2bn (FY2011) iaitu €2.48m, atau €6m termasuk kos pembangunan.[49]

Penerbangan pertama MdCN daripada pelancar menegak telah dilakukan pada 28 Mei 2010[56] dan ujian pelancaran pertama dari kapal selam dilalukan pada 8 Jun 2011. Kelayakan penembakan lengkap pertama MdCN telah diadakan pada 9 Julai 2012 di lapang sasar Biscarosse. Semasa tembakan pembangunan ketiganya, MdCN memenuhi semua keperluan ujian dengan sempurna termasuk pengesahan autonomi terminal dengan panduan pengawasan senario sasaran infra merah, yang mana telah memberi senjata ini ketepatan yang sangat tinggi. Pada 24 Oktober 2012, MdCN telah menguji konfigurasi end-to-end pelancaran kapal selam untuk pertama kali, bersebelahan dengan pusat ujian Île du Levant.[57] MdCN memasuki perkhidmatan dengan frigat FREMM pada bulan Februari 2017.[58]

Pada April 2018, MdCN pertama kali digunakan dalam operasi serangan ke atas pengeboman ke atas Damsyik dan Homs yang didakwa tapak yang pengeluaran senjata kimia di Syria, dengan koordinasi bersama Amerika Syarikat dan United Kingdom, akan tetapi tanpa kelulusan Pertubuhan Bangsa Bersatu. Selain 9 unit peluru berpandu Scalp EG yang dilepaskan dari pesawat Perancis, frigat FREMM Aquitaine, Provence, dan Languedoc telah melepaskan tiga unit peluru berpandu MdCN.[59] Bagaimanapun, beberapa kegagalan juga dilaporkan.[60][61][62]

Pengguna[sunting | sunting sumber]

[63]

Storm Shadow/SCALP EG
Mesir
100+ telah diserahkan kepada Tentera Udara Mesir sebagai sebagaian daripada penjanjian Dassault Rafale. Jarak di bawah 300 km[64][65][66][67]
 Perancis
500 telah dipesan untuk Tentera Udara Perancis pada tahun 1998. 50 MdCNs dipesan pada tahun 2006 dan tambahan 100 dipesan pada tahun 2009 untuk Tentera Laut Perancis. Setakat tahun 2016, Perancis akan mengurangkan jumlah stoknya kepada 100 buah.[68]
 Yunani
Jumlah yang tidak didedahkan telah dipesan untuk Tentera Udara Greece pada tahun 2000 dan 2003.[69][70]
 Itali
200 telah dipesan untuk Aeronautica Militare pada tahun 1999.[perlu rujukan]
 India
Jumlah yang tidak didedahkan telah dipesan untuk Tentera Udara India pada tahun 2016 sebagai sebahagian daripada perjanjian pembelian Dassault Rafale.[71]
 Qatar
140 dipesan untuk Tentera Udara Qatar pada tahun 2015.[72]
 Arab Saudi
Jumlah yang tidak didedahkan telah dipesan untuk Tentera Udara Diraja Arab Saudi .[73][74][75]
 Emiriah Arab Bersatu
Jumlah yang tidak didedahkan telah dipesan untuk Tentera Udara Emiriah Arab Bersatu pada tahun 1997. Dikenali sebagai Black Shaheen.[76][73][77]
 United Kingdom
The Independent menganggarkan jumlah pesanan untuk Tentera Udara Diraja dalam julat 700-1000.[78]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ After release, the wings deploy and the weapon navigates its way to the target at low level using terrain profile matching and an integrated Global Positioning System (GPS). - Royal Air Force Oct 2014

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "La facture des missiles de croisière Scalp s'élève (déjà) à plus de neuf millions d'euros". Marianne.net. 6 April 2011.
  2. ^ "Written Answers to Questions". House of Commons. 17 May 2011.
  3. ^ "Storm Shadow / SCALP Long-Range, Air-Launched, Stand-Off Attack Missile". AirForce Technology. January 2011. Dicapai pada 4 September 2019.
  4. ^ a b "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-07-10. Dicapai pada 2017-03-03.CS1 maint: archived copy as title (link)
  5. ^ "RAF - Storm Shadow". Diarkibkan daripada yang asal pada January 3, 2015. Dicapai pada 8 October 2015.CS1 maint: unfit URL (link)
  6. ^ Lake, Jon. "New Beginnings for the Eurofighter Typhoon". Aviation International News.
  7. ^ "STORM SHADOW / SCALP". MBDS Systems. Dicapai pada 1 January 2022.
  8. ^ "Storm Shadow". UK: RAF. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-03. Dicapai pada 8 October 2015.
  9. ^ a b c "Storm Shadow". Federation of American Scientists. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-06-03.
  10. ^ Hoyle, Craig (28 November 2013). "Eurofighter flies with Storm Shadow missiles". Flight Global. Reed Business Information. Dicapai pada 28 November 2013.
  11. ^ Sweetman, Bill (14 January 2009), Eurofighter Typhoon Gains Altitude, Aviation Week, dicapai pada 20 March 2011
  12. ^ "Storm Shadow dropped from UK's F-35B follow-on integration plan". Jane’s.
  13. ^ Handy, Brian (August 2003). "Royal Air Force Aircraft & Weapons" (PDF). DCC (RAF) Publications. Dicapai pada 18 March 2016.
  14. ^ Eklund, Dylan (2006). "Fire and Brimstone: The RAF's 21st Century Missiles". RAF Magazine. m/s. 19–25.
  15. ^ "Storm Shadow/SCALP EG Cruise Missile". Defense update. Dicapai pada 8 October 2015.
  16. ^ "Defence Suppliers Service" (PDF). UK Ministry of Defence. Dicapai pada 19 May 2016.
  17. ^ "USA angry over French decision to export Apache, Headlines". Jane's Defence Weekly. IHS. 8 April 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 June 2011.
  18. ^ "APACHE AP/ SCALP EG/ Storm Shadow/ SCALP Naval/ Black Shaheen". Missile Threat. Center for Strategic and International Studies. 2 December 2016. Dicapai pada 15 April 2018.
  19. ^ "Missile Technology Control Regime (MTCR)" (PDF). The Center for Arms Control and Non-Proliferation. 2017. Dicapai pada 15 April 2018.
  20. ^ Morrocco, John D. (29 July 1996). "BAe, GEC Snare Key U.K. Contracts". Aviation Week and Space Technology. McGraw-Hill, Inc. m/s. 64.
  21. ^ Evans, Michael (26 June 1996). "£4bn orders will equip RAF for the 21st century". The Times. Times Newspapers Ltd.
  22. ^ "£700 Million RAF Contract Signed". The Press Association Limited. 11 February 1997.
  23. ^ "France Takes Scalp". Flight International. Reed Business Publishing. 14 January 1998.
  24. ^ "ANALYSIS: How RAF's Tornados made storming contribution". Flight International. 8 March 2019. By then upgraded to the GR4 standard, the UK’s ground-attack aircraft played a part in the opening salvoes of the second conflict with Saddam Hussein’s forces in Iraq. This was a spectacular debut for its Storm Shadow weapons, which allowed pinpoint strikes to be conducted against key infrastructure targets from a launch distance of more than 135nm (250km).
  25. ^ "617 Squadron". Raf.mod.uk. Royal Air Force. Dicapai pada 2020-07-18. 2003 - Flew the RAF's first operational mission using Storm Shadow.
  26. ^ Almond, Peter; Carr-Brown, Jonathon (30 March 2003). "Dambusters test-fire new missile". Sunday Times. London. [Wing Commander Robertson] set about completing his mission - firing Britain's first air-launched cruise missile, the Storm Shadow.
  27. ^ Hoyle, Craig (6 July 2004). "Flying colours; Last year's Iraq conflict was a solid test for the UK RAF after a decade that has brought it closer to industry. Its highest ranking officer discusses its performance". Flight International.
  28. ^ "Rafale destroys Libyan jet, as France steps up action". Flightglobal.com. 2011-03-25. Dicapai pada 2012-09-15.
  29. ^ "Libya: France May Shift Rafales from Rafaletown to Sigonella". Aviationweek.com. Dicapai pada 2012-09-15.
  30. ^ "British Armed Forces launch strike against Libyan air defence systems". Ministry of Defence. 20 March 2011. Dicapai pada 20 March 2011.
  31. ^ "U.K. Libya Strikes Include Storm Shadows". Aviation week. 2011-03-20. Dicapai pada 2011-03-22.
  32. ^ "Libye : premier tir opérationnel d'un missile de croisière Scalp par la France". Marianne2.fr. Dicapai pada 2012-09-15.
  33. ^ "UK jets bomb Gaddafi hometown bunker". BBC News. 26 August 2011.
  34. ^ "Italy Gives Bombing Stats for Libya Campaign". Diarkibkan daripada yang asal pada July 27, 2012. Dicapai pada 15 December 2011.
  35. ^ Tran, Pierre (7 January 2016). "Engine Support Surges With Rafale Flight Hours, Exports". Defense News. Dicapai pada 31 January 2016.
  36. ^ "Eurofighter flies with Storm Shadow missiles". Flightglobal.com. Dicapai pada 2013-11-28.
  37. ^ "New contract to support the RAF's long range missiles". UK Ministry of Defence. Dicapai pada 2016-07-08.
  38. ^ UK-Supplied Precision Weapons Prove Popular in Saudi-Led Yemen Campaign, Defensenews.com, 17 October 2016
  39. ^ "RAF jets strike chemical weapon facility in Syria - GOV.UK". Gov.uk.
  40. ^ "Trump hails 'perfect' Syria strikes". Bbc.co.uk. 14 April 2018.
  41. ^ "Coalition launched 105 weapons against Syria, with none intercepted, DoD says". Militarytimes.com. 14 April 2018.
  42. ^ Gathright, Jenny (14 April 2018). "PHOTOS: 2 Syrian Chemical Weapons Sites Before And After Missile Strikes". Npr.org. Dicapai pada 2 January 2022.
  43. ^ "Брифинг Генштаба ВС РФ по поводу бомбардировок Сирии". Ru.sputnik-news.ee.
  44. ^ Ewen MacAskill, and Julian Borger (14 April 2018). "Allies dispute Russian and Syrian claims of shot down missiles". The Guardian. Dicapai pada 14 April 2018.
  45. ^ "Tomahawk и авиаракета доставлены из Сирии в Москву для изучения". Тass.ru. Dicapai pada 2 January 2022.
  46. ^ "Ðîññèéñêèå âîåííûå ïîêàçàëè îáëîìêè âûïóùåííûõ ïî Ñèðèè êðûëàòûõ ðàêåò". Interfax.ru. Dicapai pada 2 January 2022.
  47. ^ "Typhoon fires Storm Shadow operationally for first time". Janes.com. Dicapai pada 2 January 2022.
  48. ^ Newdick, Thomas. "British Typhoons Have Used Storm Shadow Cruise Missiles For The First Time In Combat". Thedrive.com. Dicapai pada 2 January 2022.
  49. ^ a b c d "Projet de loi de finances pour 2013 : Défense : équipement des forces" (dalam bahasa Perancis). Senate of France. 22 November 2012. Dicapai pada 2013-11-07.
  50. ^ "Premier tir réussi pour le missile de croisière Scalp Naval" (dalam bahasa Perancis). Mer et Marine. 16 June 2010. Dicapai pada 24 May 2012.
  51. ^ "MdCN (Missile De Croisière Naval - Naval Cruise Missile), France". Naval-technology.com. Dicapai pada 2 January 2022.
  52. ^ "Final Qualification Firing for French Naval Cruise Missile". Sea Technology. 1 December 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 15 August 2015 – melalui HighBeam Research.
  53. ^ "French Navy Fitting Aster 30 Long Range SAM on its Last Two ASW FREMM Frigates". Navyrecognition.com. Dicapai pada 2 January 2022.
  54. ^ Vavasseur, Xavier (21 October 2021). "World's Newest Class of Nuclear Attack Submarine: Rare Access Inside Suffren". Navalnews.com. Dicapai pada 2 January 2022.
  55. ^ "DCNS Scorpène submarine: an unmatched strategic deterrent capability". Navyrecognition.com. Dicapai pada 2 January 2022.
  56. ^ Jean Dupont (15 June 2010). "Successful First Firing of MBDA's SCALP Naval Missile". MBDA. Dicapai pada 16 June 2010.
  57. ^ IHS Inc. Jane's Defence Weekly, Volume 49, Issue 44, p3, 31 October 2012
  58. ^ French frigates getting cruise missiles - UPI.com, 7 June 2017
  59. ^ Video: First Operational Use of MdCN Naval Cruise Missile by French Navy FREMM Frigates. Navy Recognition. 14 April 2018.
  60. ^ "Syrie : La Marine nationale a tiré les enseignements des " ratés " de l'opération Hamilton". zone militaire. 3 November 2018.
  61. ^ "Syrie : après les ratés de l'armée française, "il y a une crise de crédibilité"". TV5MONDE. 22 April 2018.
  62. ^ "France's Tried to Make Its Own 'Tomahawk' Missile (But It Isn't Going Well)". National Interest. 17 September 2019.
  63. ^ "Scalp EG/Storm Shadow/Black Shaheen". Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2014. Dicapai pada 7 May 2014.
  64. ^ "Missili a lungo raggio venduti e consegnati all'Egitto di al-Sisi dal consorzio europeo Mbda (al 25% dell'italiana Leonardo)". Il Fatto Quotidiano. 15 February 2021. Dicapai pada 2 January 2022.
  65. ^ "Egyptian Air Force displays SCALP cruise missile". 3 Feb 2021. Dicapai pada 11 Feb 2021.
  66. ^ "Photos: Egypt's army reveals SCALP stealth missiles". Egyptindependent.com. 3 February 2021. Dicapai pada 2 January 2022.
  67. ^ "Egyptian Air Force displays SCALP cruise missile". Janes.com. Dicapai pada 2 January 2022.
  68. ^ "Engine Support Surges With Rafale Flight Hours, Exports". Defense News. 7 January 2015. Dicapai pada 19 January 2015.
  69. ^ "SCALP-EG". Hellenic Air Force. Dicapai pada 14 April 2018.
  70. ^ "Η πολεμική αεροπορία διαθέτει πύραυλο κρουζ". Newsbeast.gr. Dicapai pada 14 April 2018.
  71. ^ Shukla, Tarun (23 September 2016). "India signs $8.9 billion Rafale fighter jet deal with France". Livemint.
  72. ^ "Qatar Emiri Air Force To Get The Full Range of MBDA Missiles for its 24 Rafale fighters 0705152". Airrecognition.com. Dicapai pada 8 October 2015.
  73. ^ a b "APACHE AP/ SCALP EG/ Storm Shadow/ SCALP Naval/ Black Shaheen". Missilethreat.csis.org. Dicapai pada 2 January 2022.
  74. ^ [1] [pautan mati]
  75. ^ [2] [pautan mati]
  76. ^ "MBDA to Supply MICA and SCALP EG / STORM SHADOW Missile Systems to the Hellenic Air Force". Defense-aerospace.com. Dicapai pada 2 January 2022.
  77. ^ "Storm Shadow / SCALP Long-Range, Air-Launched, Stand-Off Attack Missile". Airforce-technology.com. Dicapai pada 2 January 2022.
  78. ^ Bellamy, Christopher; Brown, Colin (25 June 1996). "Thousands of jobs shielded by new military spending". The Independent. London.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:UKmissiles