SHTI mungkir janji 1786

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pada tahun 1786, Siam telah menakluki Patani dan mengancam Kedah. Oleh kerana membimbang serangan daripada kerajaan Siam, Sultan Abdullah (Kedah) menuntut bantuan ketenteraan daripada SHTI seperti yang terdapat dalam Perjanjian Inggeris-Kedah 1786.

Antara Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 adalah seperti berikut:

  1. SHTI bersedia membantu Kedah jika Kedah diserang musuh .
  2. SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah .
  3. SHTI akan membayar 30000 dolar Sepanyol setahun bagi sultan sebagai pampasan .
  4. Kedah membenarkan SHTI menduduki Pulau Pinang .

Bagaimanapun, SHTI enggan memberikan bantuan ketenteraan kerana tidak terlibat dalam Perjanjian 1786 antara Sultan Abdullah dengan Francis Light. [1] selain untuk menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam. Oleh itu, Sultan Abdullah mendesak Francis Light untuk meninggalkan Pulau Pinang kerana tidak menepati janji. Francis Light enggan berbuat demikian dan menawarkan bayaran ganti rugi kepada Kedah tetapi ditolak oleh Sultan Abdullah.

Tindakan Sultan Abdullah[sunting | sunting sumber]

Sultan Abdullah berasa tertipu dan murka dengan tindakan Francis Light. Pada tahun 1791, Sultan Abdullah menyediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang. Baginda mendapatkan bantuan daripada Riau, Siak, dan Selangor. Francis Light meminta bantuan tentera daripada pihak British untuk menyerang kubu Sultan Abdullah di Seberang Perai.

Sultan Abdullah tewas dan terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah 1791 pada 1 Mei 1791.

Rujukan[sunting | sunting sumber]