SITI (siri TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SITI
GenreHiburan, santai
FormatBual bicara
PengarahMohd Feroz Abdul Kader
Dibintangi oleh
Datuk Siti Nurhaliza
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim2
Bilangan episod52
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Adila Ramly
PenerbitZaitun Mohd Jiwa
Tempoh siaran44 minit
Syarikat penerbitan
Global Station
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format audioStereo
Siaran asal12 Februari 2011 – 11 Februari 2012

SITI (juga dikenali sebagai SITI: Hiburan dan Inspirasi) ialah sebuah rancangan televisyen bual bicara berkonsepkan hiburan dan santai dihoskan oleh penyanyi nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza,[1] yang bersiaran pada 12 Februari 2011 di Astro Ria.[2][3]

Konsep[sunting | sunting sumber]

SITI ialah rancangan bual bicara pertama yang dihoskan oleh Datuk Siti Nurhaliza dengan kakak iparnya, Datin Zaiton Mohamad Jiwa bertindak sebagai penerbit dan Zetty Adilla Ramly sebagai Penerbit Eksekutif.[3] Diterbitkan oleh Global Station Sdn. Bhd., SITI disiarkan sebanyak 2 musim dan 52 episod.[3][4]

Rancangan yang bersiaran selama sejam ini terbahagi kepada lima segmen.[3] Setiap segmen ini berperanan menonjolkan karisma Siti Nurhaliza selaku seorang penghibur, penemuramah yang peka, individu yang sensitif, berjiwa khalayak dan seorang penggalak seni. Dalam program ini juga akan memaparkan kehidupan golongan yang kurang berkemampuan.[3]

Selain itu, beliau turut menampilkan tokoh masyarakat untuk berkongsi rahsia selain mengalunkan suara merdunya sama ada secara solo mahupun diiringi kumpulan muzik. Siti akan membawa beberapa tokoh terkenal tanah air untuk ditemubual. Pelbagai rasa dan rahsia akan dicungkil untuk dikongsi dengan para penonton.[3]

Segmen[sunting | sunting sumber]

  • VIP Siti — Datuk Siti akan tampil pada setiap episod dengan pelbagai aksi menarik yang jarang-jarang kita lihat dilakukannya sebelum ini. Menjalani latihan ketenteraan, berlakon sketsa daripada babak filem P. Ramlee, melakukan aksi lucu dan aksi seni mempertahankan diri merupakan antara perkara yang akan ditonjolkan sebagai pembukaan rancangan yang bersiaran selama sejam ini.
  • Sentuhan Kasih — Datuk Siti akan berkongsi rasa dengan kehidupan masyarakat yang hidup dengan penuh kekurangan sifat keprihatinan akan terserlah dalam diri beliau. Siti akan mendekati keluarga dari pelbagai lapisan masyarakat tidak mengira bangsa dan keturunan. Ini amat bertetapan dengan konsep 1Malaysia.
  • Perspektif Siti — Siti akan membawa beberapa tokoh terkenal tanahair untuk ditemubual di studio untuk segmen ketiga. Pelbagai rasa dan rahsia akan dicungkil untuk dikongsi dengan para penonton. Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kemunculan istimewa pada episod pertama.[5]
  • Simfoni Siti — Persembahan istimewa bakal mewarnai segmen keempat program bual bicara ini. Buat julung kalinya, Siti akan membuat persembahan diiringi pelbagai kumpulan muzik yang mempunyai kelainan berbeza yang jarang ditayangkan di televisyen. Ismail Gergaji yang mengalunkan gergaji menggantikan viola, Bahtiar Abdullah yang akan memainkan instrumen tradisional Pensol, Parijan pemain drum menggunakan satu tangan dan Sasimah Latif, pemuzik daripada masyarakat Orang Asli.
  • Pada segmen penutup, Siti akan berkongsi dengan penonton beberapa isu semasa yang hangat dibincangkan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Siti cabar diri jadi hos TV". Kosmo!. 11 Februari 2011. Dicapai pada 24 April 2014.
  2. ^ "A chat with Siti". The Star. 11 Februari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-03. Dicapai pada 2013-05-12.
  3. ^ a b c d e f ""Siti" Tampil Kehebatan Siti Nurhaliza". mSTAR Online. 11 Februari 2011. Dicapai pada 23 April 2014.
  4. ^ Wahida Othman (11 Februari 2011). "Temui SITI setiap Sabtu". Majalah. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-26. Dicapai pada 22 Februari 2020.
  5. ^ Budiey (10 Februari 2011). "Ikuti Temubual Siti Nurhaliza Bersama Tun Mahathir dalam SITI". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 23 April 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]