Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa, Sri Gading

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari SJK (C) Chong Hwa Sri Gading)
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa, Sri Gading

SJKC CHong Hwa Sri Gading adalah sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Batu Pahat, Malaysia. Ia telah ditubuhkan pada tahun1927 dengan nama asalnya Sekolah Rakyat Chong Hwa Sri Gading. Namun pada tahun 1969, sekolah ini telah dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran lalu dinamakan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa Sri Gading.

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1927 dan namanya ialah Sekolah Rakyat Chong Hwa, Sri Gading. Bangunannya hanyalah sebuah rumah atap sahaja. Terdapat dua buah bilik darjah dengan murid lebih kurang 40 orang murid lelaki dan perempuan.

Pengasas-pengasas sekolah ialah En Kee Ah Seng, En Pang Tien Huat, En Lee Ze Kee, En Ko Sing Teng, En Lau Beng Seng, En Chew Chai Kwang dan En Teo Boon Hwee.

Disebabkan berlakunya Perang Dunia Kedua, beberapa orang penduduk tempatan seperti En Pang Tien Huat, En Lee Ze Kee, En Lee Yong Mui dan En Toh Buck Seng telah mengambil berat tentang pelajaran Bahasa Cina dan mereka telah mengambil langkah-langkah untuk membuka sekolah ini. Sekolah ini berjaya dibuka semula pada tahun 1946.

Pada tahun 1955, sekolah ini telah dibenarkan menyertai sistem gaji baru. Dengan adanya sistem ini, maka tanggungan dan bebanan Lembaga Pengurus dapat diringankan.

Pada tahun 1957, Ko Rubber Estet Sri Gading dengan murah hatinya menderma sebidang tanah seluas 4 ekar kepada pihak Jemaah Pengurus sekolah ini. Oleh kerana bangunan asal sekolah ini berada dalam tanah persendirian maka Jemaah Pengurus telah mengambil keputusan supaya bangunan baru didirikan. Derma-derma dari orang ramai telah pun dikutip. Pada tahun 1958, pihak Jemaah Pengurus dengan kerjasama daripada orang-orang kampung telah berjaya membina 8 buah bilik darjah. Pada tahun 1959, sebuah dewan telah dibina.

Selepas merdeka, Kementerian Pendidikan telah bersedia memperuntukan bantuan penuh kepada sekolah tidak kira apakah aliran bahasanya. Pihak Jemaah Pengurus telah menyambut baik tawaran ini lalu memohon supaya diberikan peruntukan itu. Dengan ini mulai tahun 1962, sekolah ini telah dikelolakan oleh Pejabat Pelajaran lalu dinamakan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa Sri Gading.

Sejak sekolah ini menjadi Sekolah Jenis Kebangsaan, maka berubahlah juga kelolaan Lembaga Pengurus Sekolah yang diterajui seramai 15 orang, 3 orang wakil Kementerian Pelajaran, 3 orang wakil murid tua, 3 orang penyokong, 3 orang wakil ibu bapa dan 3 orang amanah.Persatuan Ibu Bapa Dan Guru ini telah pun ditubuhkan pada bulan Oktober 1973.

Pada tahun 1988 Pihak Jemaah Pengurus dan Pihak Persatuan Ibu Bapa Guru SJK(C) Chong Hwa Sri Gading telah mencapai kata sepakat untuk membina bangunan Pejabat serta menggantikan tiang-tiang dewan yang telah terbenam dengan tiang-tiang yang lebih kukuh serta selamat. Dengan usaha mereka SJK(C) Chong Hwa Sri Gading telah mendapat peruntukan daripada Timbalan Menteri Pelajaran untuk membina 1 bangunan pejabat baru. Pada 1993, bangunan pejabat baru telah siap dibina dengan kos pembinaannya berjumlah RM 33,150.00.

Visi dan misi[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Unggul Penjana Generasi Gemilang.

Misi[sunting | sunting sumber]

Membangunkan Potensi Individual Melalui Pendidikan Berkualiti.

Kemudahan sekolah[sunting | sunting sumber]

Dewan Serbaguna & Pentas[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1996 pula Dewan Serbaguna dan Pentas telah dibina dengan kos pembinaan bernilai RM 150,000.00. Sumber kewangan diperolehi daripada Jemaah Pengurus Sekolah, PIBG, Sumbangan Wakil Rakyat dan Bantuan Kerajaan.

Makmal Sekolah[sunting | sunting sumber]

Apabila komputer mula diperkenalkan pihak Jemaah Pengurus dan PIBG sekolah telah bersetuju untuk membina bilik komputer pada tahun 1996 dengan kos pembinaan berjumlah RM 15,000.00. Kos pembinaan tersebut adalah dari dana Jemaah Pengurus Sekolah dan PIBG sendiri. Agar murid-murid di SJK(C) Chong Hwa Sri Gading dapat mempelajari ilmu komputer dengan baik.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1998, Bilik Kemahiran Hidup pula dibina dengan kos pembinaan bernilai RM 15,000.00 yang dibiayai oleh pihak Jemaah Pengurus Sekolah dan PIBG sendiri. Bagi keselesaan murid-murid semasa membeli makanan serta semasa makan di kantin sekolah pada waktu rehat, pada tahun 2002 MCA Cawangan Sri Gading menyumbangkan peruntukan untuk menaiktaraf kantin sekolah.

Pada tahun 2003, Pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah telah memberikan sumbangan untuk menukar bumbung 8 bilik darjah. Pada tahun 2006, Jemaah Pengurus Sekolah dan PIBG Sekolah telah menganjurkan Hari Kantin dan telah berjaya mengutip sebanyak RM 23,000. Wang yang diperolehi itu digunakan untuk menaiktaraf bilik Kemahiran Hidup,bilik ABM serta menambahkan kelengkapan sekolah.

Dalam perancangan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2009 pula, SJK(C) Chong Hwa Sri Gading telah menerima Peruntukan Bantuan Kewangan Kepada SJK(C) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 1 Negara 2009 Kementerian Pelajaran Malaysia berjumlah RM 240,000. Kos tersebut dapat digunakan untuk menampung sebahagian besar kos Pembinaan Semula 8 buah bilik darjah yang telah teruk diserang anai-anai. Anggaran kos membina bangunan 2 tingkat 8 buah bilik darjah itu bernilai RM 360,000. Projek tersebut mula dijalankan pada bulan November 2009 dan dijangka siap pada bulan Jun 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]