Skop Production Sdn Bhd

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari SKOP Production Sdn Bhd)
Lompat ke: pandu arah, cari
"Skop Productions" dilencongkan di sini.
Skop Productions Sdn Bhd
Syarikat persendirian
Industri Hiburan
Wayang gambar
Ditubuhkan 1985; 32 tahun yang lalu (1985)
Ibu pejabat Danau Kota, Kuala Lumpur, Malaysia
Perancang utama
Dato' Yusof Haslam[1]
Keluaran Filem
Rancangan televisyen
Laman sesawang www.skop.com.my

Skop Productions Sdn Bhd (juga dikenali sebagai Skop Productions) merupakan syarikat penerbitan filem dan televisyen Malaysia yang beribu pejabat di Danau Kota, Kuala Lumpur, ditubuhkan pada 1985 oleh Datuk Yusof Haslam. Sehingga 2017, syarikat ini telah menerbitkan 40 filem cetera dan beberapa rancangan televisyen.

Filem pertama terbitan syarikat ini ialah Bayangan Maut (1991) yang menerima dua pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-9 dan dipertontonkan di Festival Filem Antarabangsa Pyongyang. Filem kedua terbitan Skop Productions ialah Pemburu Bayang (1993) yang bergenre aksi misteri. Ia seterusnya diikuti oleh beberapa filem pecah panggung termasuk filem drama romantik aksi Sembilu (1994) dan kesinambungannya pada 1996. Pada 1999, Skop menerbitkan drama kepolisan Gerak Khas yang menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai siri televisyen kepolisan paling lama bersiaran.

Skop Productions menerbitkan tiga filem yang menguntungkan bagi 2010 dan 2011, aksi perlumbaan Evolusi KL Drift 2 (2010), seram Khurafat: Perjanjian Syaitan dan KL Gangster (2011). Tiga filem terbitan syarikat ini bagi 2011 merupakan kejayaan komersial, kecuali Aku Bukan Tomboy yang gagal mengulangi kejayaan dua filemnya bagi tahun tersebut.

Filem cetera[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Syarikat ini banyak menghasilkan drama bersiri untuk beberapa stesen televisyen. Kebanyakan drama bersiri syarikat ini disiarkan menerusi RTM. Antaranya, siri Gerak Khas, yang sudah keudara sejak 1999 lagi. Antara drama yang dihasilkan ialah:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bissme (31 October 2017). "A life in films". The Sun. m/s. 18. Dicapai 4 November 2017. 
  2. ^ Abdul Aziz Itar (11 Julai 2011). Khurafat The Series yakin lulus LPF Utusan Malaysia. Diperoleh pada 21 Julai 2011.
  3. ^ Budiey (28 Februari 2012). Kisah unit elit polis dalam Metro Skuad Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 April 2012.
  4. ^ Wartawan Sinar Harian (22 September 2012). 2 pengarah muda arah drama bersiri Skop Productions Sinar Harian. Dicapai pada 23 September 2012.
  5. ^ Budiey (12 Mei 2009). Drama Si Capik Lakonan Ery Putra, Zack X Factor Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2 Jun 2017.
  6. ^ "Sentuhan terbaru Syafiq Yusof". Sinar Harian. 25 November 2015. Dicapai 1 Disember 2015. 
  7. ^ Sopi Sekuriti bukan sekadar komedi Sinar Harian (20 Februari 2012). Diperoleh pada 19 April 2012.
  8. ^ Drama Dia Bidadariku (Astro)
  9. ^ https://dramasyok.com/my-darling-inspektor-daniel/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pangkalan web
Media sosial