Sekolah Kebangsaan Brickfields 1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari SK Brickfields (1))
Sekolah Kebangsaan Brickfields 1
Lokasi
Jalan Sultan Abdul Samad,, 50470 Brickfields ,, Kuala Lumpur,
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kerajaan
MotoBERUSAHA UNTUK BERJASA
Nombor sekolah0322741245
Kod sekolahWBB0044
Faks0322741248


Sekolah Kebangsaan Brickfields 1 merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields , Kuala Lumpur, Malaysia.

Sekolah ini siap dibina pada tahun 1954 dan dinamakan Brickfields School Kuala Lumpur. Pada Selasa 6 Mac 1956 Brickfields School telah dirasmikan oleh Sultan Selangor ketika itu ialtu Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Pada permulaannya sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan, 2 blok bangunan kelas dua tingkat dan satu blok untuk kantin sekolah. Sekolah ini hanya menerima pelajar lelaki sahaja pada ketika itu. Sekolah ini beroperasi satu sesi sahaja. Bilangan pelajar bertambah dari tahun ke tahun dan sekolah tidak dapat menampungnya. Pada tahun 1977 Jabatan Pendidikan Negeri telah menukar sekolah ini menjadi dua sesi persekolahan

Maka dengan itu sekolah ini telah berubah nama menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan Brickfields (1) dan Sekolah Rendah Kebangsaan Brickfields (2). Giliran sesi persekolahan bertukar 6 bukan sekali. Bangunan sekolah ini ditadbir oleh 2 pentadbiran iaitu Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Brickfields (1) dan Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Brickfields (2)

Pada tahun 1992 satu peubahan baru telah dilakukan. Pra-Sekolah SK.Brickfields (1) telah ditubuhkan. Guru Pra Sekolah ketika itu ialah Puan Saripah dan dibantu oleh Pn Saadiah. Pada tahun 1992 juga status Sekolah Rendah Kebangsaan bertukar menjadi Sekolah Kebangsaan. Justeru itu sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Brickfields (1), Kuala Lumpur.

Pada tahun 2000, padang sekolah telah dibangunkan untuk didirikan sebuah bangunan sekolah baru iaitu Sekolah Kebangsaan Brickfields (2), Kuala Lumpur.

Pada tahun 2003, bangunan lama Sekolah Bickfields (1) telah dirobohkan keseluruhannya. Sesi persekolah pada tahun itu telah dijalankan dengan menumpang bangunan Sekolah Brickfields (2). Bangunan baru telah siap dibina dalam jangka masa 9 bulan dengan kos keseluruhan 9.6 juta dan dibina secara pasang siap.

Bangunan indah 4 tingkat dan 5 blok mula digunakan pada sesi persekolahan 2004. Pada tahun 2005 dua peristiwa besar berlaku pada sekolah ini. Pada tahun 2005 SK.Brickfelds (1) yang dikenali sebagai sekolah lelaki telah secara rasminya dibenarkan oleh JPWP untuk menrima pelajar perempuan. Maka sesi persekolahan 2005 bermula era baru SK.B rickfields (1) sebagai sekolah campur. Pada tahun itu juga sekolah telah menerima palajar perempuan seramai 42 orang. Satu lagi peristiwa besar ialah sesi persekolahan 2005 bermula kelas Pendidikan Khas Bermasalahan Pembelajaran (PKBP) Penyelaras pertamanya ialah Pn Belinda Wong dan dibantu oleh Pn Seetha.

Secara umumnya, SK.Brickfields (1) merupakan sekolah yang telah melaksanakan pendidikan kepada warga Malaysia sudah hampir 52 tahun. Ramai tokoh-tokoh yang dilahirkan di SK.Brickfields (1) samada dalam bidang akademik, sukan, hartawan dan budayawan. Adalah diharapkan, masa depan SK.Brickfields (1) akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Berkat kerjasama pentadbiran sekolah, guru-guru, ibu bapa, murid-murid dan masyarakat. Matlamat untuk melahirkan insan modal yang seimbang dari segi jasmani, emosi, mentaliti dan sosial dapat dilakukan dengan jayanya.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Brickfields 1
Jalan Sultan Abdul Samad,
50470 Brickfields ,
Kuala Lumpur,
 Malaysia
Telefon = 0322741245
Fax = 0322741248

Pautan luar[sunting | sunting sumber]