Sekolah Kebangsaan Holy Trinity

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari SK Holy Trinity)

Sekolah Kebangsaan Holy Trinity (SK Holy Trinity) merupakan salah sebuah Sekolah Kebangsaan yang tertua di daerah Tawau. Sekolah ini telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1922, iaitu semasa pemerintahan penjajah British di Borneo Utara (kini Sabah). Nama SKHT ini diambil sempena nama sebuah Gereja Katolik Holy Trinity yang berhampiran sekolah tersebut.

Sekolah Kebangsaan Holy Trinity
Holy Trinity Primary School (bahasa Inggeris)
Alamat
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Peti Surat 60156,
91011, Tawau, Sabah
Malaysia
Koordinat4°15′16.1″N 117°53′29″E / 4.254472°N 117.89139°E / 4.254472; 117.89139Koordinat: 4°15′16.1″N 117°53′29″E / 4.254472°N 117.89139°E / 4.254472; 117.89139
Maklumat
Nama lamaSekolah Rendah Kebangsaan Holy Trinity
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan, Sekolah Mubaligh Kristian
Ditubuhkan1922; 102 tahun yang lalu (1922)
PengasasRev. Father A. Sotter
Autoriti pendidikanPejabat Pendidikan Daerah Tawau
Nombor sekolah089-772516
Kod sekolahXCA3016
Guru besarBinjamin Philip
Jumlah penuntut742 orang
GPK Pentadbiran dan AkademikMailie Balunting
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridRuslee Ahmad
Penolong Kanan KokurikulumErnie Stephanie Edward
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangEmili George Mantais @ Emily
Faks089-751135
Laman sesawang


Holy Trinity diambil sempena kepercayaan agama Kristian kepada Suci Tritunggal di mana ia membawa makna "Tiga Peribadi dalam Satu Tuhan". Sekolah ini terletak di kawasan bukit di Jalan Melati, Tawau, Sabah, Malaysia, kira-kira 2.5km dari pusat bandar Tawau. SKHT juga terletak diantara dua sekolah iaitu, Sekolah Menengah Holy Trinity dan Sekolah Menengah Konven St. Ursula.

Walaupun sekolah ini berasaskan Sekolah Mubaligh Kristian, namun pada masa kini majoriti pelajarnya adalah beragama Islam.

Sekolah ini juga pernah menjadi salah sebuah sekolah terbaik di Malaysia atas pencapaian terbaiknya di peringkat UPSR.

Sekolah ini telah ramai melahirkan generasi baru yang pintar dan berjaya didalam bidang masing-masing.

Sejarah[1][sunting | sunting sumber]

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Holy Trinity ditubuhkan pada tahun 1922 oleh masyarakat setempat di bawah seliaan Mill Hill Fathers yang berpusat di Sandakan. Pengasas sekolah ialah Rev. Father A. Sotter dari St. Joseph’s Foreign Missionary Mill Hill Society. Guru Besar pertamanya adalah Encik Stephen Sim Kee Hong (1922-1929). Guru Besar Paderi yang pertama ialah Rev. Father A. McCarthy seorang paderi Gereja Roman Katolik. Rev. Father Mualders mengambil alih hingga ke zaman pendudukan Jepun di Tawau pada tahun 1941. Rev. Father Mualders di tawan oleh pihak Jepun dan dipenjarakan di Penjara Kuching, Sarawak sehingga tahun 1945.

Selepas Penjajahan Jepun[sunting | sunting sumber]

Semua bangunan sekolah dan gereja telah dimusnahkan oleh pihak Jepun pada tahun 1941 hingga tahun 1945. Sekembalinya Rev. Father Mualders ke Tawau, iaitu pada tahun 1945, beliau telah memulakan pemulihan dari semua aspek. Kerja pembinaan semula sekolah menjadi satu cabaran utama kerana kemusnahan semasa peperangan. Pada masa yang sama bahan binaan amat sukar diperolehi.

Beliau memulakan kerja-kerja pembinaan dengan menggunakan bahan daripada bekas bangunan rumah yang terdapat di kawasan tapak sekolah. Rumah tersebut milik seorang Eropah bernama Darret. Dengan itu Rev. Father Mualders berjaya membina sebuah bangunan sekolah sementara dan menamakannya “Darret House”. Sekolah itu telah dirasmikan pada bulan Februari 1946 dengan murid seramai 46 orang di empat buah kelas. Rev. Father Mualders mengambil tugas untuk dua buah kelas (Darjah 3 dan Darjah 4) sementara dua kelas lagi oleh dua orang guru yang lain.

Rev. Father Mualders mempunyai 6 orang penghuni asrama yang tinggal bersamanya di Darret House. Beliau menggunakan masa selepas waktu persekolahan untuk membina bilik darjah tambahan daripada bahan-banah kayu yang telah lama tidak digunakan yang terdapat berhampiran kawasan sekolah.

Seorang Pengurus Ladang yang bertugas di Ladang Table juga telah mendermakan papan dan beruti. Semasa cuti sekolah penggal kedua (Jun/Julai) 1946, beliau bersama penghuni asrama membina lebih banyak bilik kelas untuk penggal ketiga. Mereka telah berjaya membina empat bilik tambahan.

Penggal ketiga (pertengahan Julai 1946) telah berlakunya pertambahan murid kepada 100 orang. Majoritinya adalah dari kalangan orang Cina, 15 orang Melayu dan 6 orang India. Pada tahun 1947, terdapat 8 kelas, iaitu 5 dalam aliran Bahasa Inggeris dan 3 dalam aliran Bahasa Cina.

Pada penghujung 1947, Rev. Father Mualders telah mengambil cuti untuk ke Belanda dan Rev. Father Shaun, kemudian Rev. Father Walsh mengambil alih tugas-tugas sebagai guru besar sebelum Rev. Father Mualders kembali semula pada Oktober 1948 dan meneruskan tugas sebagai guru besar. Beliau bertanggungjawab menyelenggara segala kemudahan di sekolah termasuk membina rumah guru.

Beliau telah ditukarkan pada Februari 1949 dan perkembangan sekolah semakin pesat dengan pertambahan murid kepada 150 orang.

Tahun 50-an[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1955 pertambahan murid yang pesat menjadikan kelas tidak mencukupi. Ketika itu, SRK Holy Trinity merupakan satu-satunya sekolah aliran Bahasa Inggeris daripada lima buah sekolah yang terdapat di Tawau. Yang lainnya adalah aliran bahasa Cina.

Keputusan untuk menutup kelas bahasa Cina telah diambil untuk menambah kelas Bahasa Inggeris. Perubahan itu dibuat untuk menempatkan lulusan dari sekolah lain yang ingin melanjutkan pelajaran dalam Bahasa Inggeris.

Pada tahun 1956, Rev. Father Bekama telah memperolehi sejumlah kewangan yang mencukupi untuk membina bangunan dua tingkat dengan 8 bilik kelas. Tahun 1957, blok bangunan kedua dengan 6 bilik kelas dibina. Kedua-dua blok ini berhampiran dengan sungai Tawau. Enam daripada lapan bilik kelas adalah untuk sekolah menengah.

Dengan pertambahan jumlah murid di sekolah Rendah dan Menengah, Sekolah Rendah dan Menengah diasingkan. Pada tahun 1961, Rev. Father Bekama ditukarkan ke Kota Kinabalu dan Rev. Father Rainer menggantikan tempat beliau. Beliau berkhidmat sehingga tahun 1964 dan seterusnya Rev. Father Hill mengambil alih. Semasa Rev. Father Hill, segala urusan pentadbiran sekolah diserahkan kepada “Blue Sisters”.

Era Blue Sister[sunting | sunting sumber]

Mother Xavier merupakan Blue Sister yang pertama menjawat jawatan Guru Besar sehingga tahun 1975. Sister Celestina mengambil alih jawatan Guru Besar sehingga 1988. Pada masa yang sama, beliau telah mengambil cuti untuk melanjutkan pelajaran dan Jimmy Ngali Gosod dilantik menjadi pemangku Guru Besar sebelum Sister Celestina kembali bertugas pada 1 Julai 1989. Pada tahun 1990, Julius Mojilin dilantik sebagai guru besar sehingga 3 Julai 1992. Tugas guru besar diambil alih oleh Elizabeth Lok Fae Ling daripada Jemaah Nazir Sekolah Sabah, Zon Tawau.

Pembinaan Bangunan Baru[sunting | sunting sumber]

Bangunan lama SK Holy Trinity.

Sebuah blok bangunan 2 tingkat dengan 14 bilik kelas dan sebuah blok pentadbiran telah dibina pada tahun 1989 dengan kos RM400,000.00. Pada 8 Mei 1990, SK Holy Trinity berpindah ke bangunan baru di tapak berhampiran SM Holy Trinity.

Dari tahun 1991-1992, beberapa kemudahan asas seperti pagar, padang sekolah dan pembinaan 2 bilik kelas tambahan serta sebuah rumah Guru Besar dan sebuah stor yang diusahakan oleh Lembaga Sekolah telah dibina. Pembangunan keceriaan sekolah yang dilaksanakan secara berterusan diusahakan oleh warga sekolah. Kemudahan keselamatan kenderaan guru-guru telah dibina pada awal tahun 1993.

Peralihan Jawatan Guru Besar[sunting | sunting sumber]

Pada penghujung 1994, Elizabeth Lok telah ditukarkan dan Mary Magdalen Wong @ Doren Wong telah memangku jawatan Guru Besar dari bulan Januari hingga Jun 1995. Pada bulan Julai 1995, Francis Lamun daripada Jemaah nazir Sekolah Zon Kota Kinabalu telah dilantik menjadi Guru Besar sekolah ini sehingga bulan Mei 2000. Beliau telah ditukarkan ke Tamparuli.

Jawatan Guru Besar diambil alih oleh Leonilo Mirasol mulai Jun 2000 yang ditukarkan dari SK Brumas . Beliau adalah bekas nazir sekolah zon Tawau. Perkhidmatan beliau sebagai Guru Besar yang membawa banyak perubahan kepada sekolah dan sangat disenangi oleh semua warga sekolah dan masyarakat setempat, beliau kemudiannya bersara pada tahun 2017 dan Emilysia Chuan memangku jawatan Guru Besar sehinggalah Jhonny Gumbiled @ Gumbilit dilantik menjadi Guru Besar yang baharu pada April 2017.

Beliau kemudiannya berpindah ke Kota Belud pada 2018 dan digantikan oleh Petrus Josephemin, bekas Penolong Kanan St. Francis Xavier, Keningau yang dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar. Titik perubahan sekolah yang pada asalnya sekolah usang telah berubah wajah menjadi sekolah moden dan memiliki landskap yang cantik serta banyak perubahan dari segi pembangunan telah beliau lakukan. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini selama 3 tahun dari 2019 sehingga 2021 dan bertugas semula di sekolah asal beliau menjadi Guru Besar St Francis Xavier, Keningau menggantikan Guru Besar lama yang telah bersara. Tempat Guru Besar baharu kemudiannya digantikan oleh Binjamin Philip sehingga kini.

Misi dan Visi[sunting | sunting sumber]

  • Visi
Membangun Kecemerlangan Insan
  • Misi
    • Membangun kualiti insan sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan.
    • Memantapkan suasana dan persekitaran sekolah yang kondusif.
    • Memantapkan sistem pengurusan dan budaya sekolah.
    • Melahirkan murid cemerlang secara total.

Senarai Guru Besar[sunting | sunting sumber]

Pada awalnya, guru besar sekolah ini akan ditadbir oleh Paderi Gereja. Namun, seiring dengan peredaran zaman, guru besar akan dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah Tawau.

Senarai Guru Besar adalah :

Nama Mula tugas Tamat tugas Komen
Rev. Father A. Stotter 1922 Pengasas sekolah dari St. Joseph's Missionary Mill Hill Society
En. Stephen Sim Kee Hong 1922 1929
Rev. Father A. McCarthy 1930 1934
Rev. Father Mualder 1941 1947 Telah ditangkap semasa Perang Dunia ke-2 oleh penjajah Jepun dan dipenjara di Kuching, Sarawak namun dilepaskan pada tahun 1947.
Rev. Father Shaun 1947 1947
Rev. Father Walsh 1947 1947
Rev. Father Mualders 1948 1949 Menjadi Guru Besar kali kedua selepas keluar penjara
Rev. Father Bekama 1950 1961 Membina lapan blok bilik darjah, Enam daripadanya adalah untuk pendidikan sekolah menengah
Rev. Father Rainer 1961 1964
Rev. Father Hill 1964 1964
Mother Xavier 1964 1975 Guru besar pertama dari kalangan Blue Sisters
Sister Celestina 1975 1988
En. Jimmy Ngali Gosod 1988 1989 Memangku jawatan guru besar
En. Julius Mojilin 1990 1992

Pn. Elizabeth Lok Fae Ling

1992 1994
Pn. Mary Magdalen Wong @ Doreen Wong 1994 1995 Memangku jawatan guru besar
En. Francis Lamun 1995 2000
En. Leonilo Mirasol 2000 2017 Guru besar paling lama memegang jawatan dan banyak melakukan perubahan terhadap sekolah
Puan Emilysia Chuan 2017 2017 Memangku jawatan guru besar
En. Jhonny Gumbiled @ Gumbilit 2017 2018
En. Petrus Josephemin 2018 2021
En. Binjamin Philip 2021 -

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Berdiri Teguh
Berbilang Bangsa
Inilah Sekolah Kami
Aman Terpuji Disanjung Tinggi
Lambang Masyarakat Kami
Sekolah Rendah Holy Trinity
Kami Perlukan Harapan
Kerana Namamu
Jasa Terbilang, Lambang Kejayaan Kami

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pelajar Cemerlang 5A UPSR keseluruhan dalam daerah Tawau pada tahun 2007

Senarai Pelajar 5A UPSR

  1. Aezalia A. Malek
  2. Andi Muhammad Amin
  3. Andi Muhammad Basri Pojojongi
  4. Ariel Logunjin Premus
  5. Asyraf Yusuf
  6. Benny Aguspare Masse
  7. Bezalee Ginsos
  8. Dzulfa Jiplin
  9. Ersey Flourish Jefrin
  10. Kasing Webbly
  11. Melvira Melson
  12. Mohd. Zairin Zainurin
  13. Mohd. Safian Salim
  14. Nur Adilah Syahirah Rasid
  15. Nur Azilah Baharuddin
  16. Nur Hanim Malik
  17. Nur Hidayah Farhana Radzi
  18. Nur Azlin Hasbullah
  19. Nur Shafiqah Sabir
  20. Nurul Atiqah Sady
  21. Sharifah Noor Baizurah Ahmad
  22. Siti Nazaliah Ahmat Jailani

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sejarah Sekolah, source https://skholytrinity.com/ [1]