Sekolah Kebangsaan Nalapak, Ranau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari SK Nalapak, Ranau)

Sekolah Kebangsaan Nalapak terletak di Daerah Ranau, Sabah, Malaysia. Sekolah ini terletak bersebelahan dengan lebuh raya utama Kota Kinabalu - Sandakan. Jarak sekolah ini dari Pekan Ranau ialah 22 km dan jaraknya dari Kota Kinabalu ialah lebih kurang 140 km. SK Nalapak termasuk dalam Zon Timur, Ranau di bawah pembahagian zon-zon yang ditetapkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Ranau. Zon Timur mengandungi 11 buah sekolah.

Jumlah murid di SK Nalapak adalah menghampiri 200 orang dan tenaga pengajar seramai 16 orang termasuk guru besarnya. KTBM seramai 2 orang (kerani), pekerja am 3 orang dan pengawal keselamatan 3 orang.

Sesi persekolahan di sekolah ini ialah pada sebelah pagi sahaja iaitu bermula 7.10 pagi sehingga 1.30 petang.

Sekolah ini letaknya di dalam Mukim Nalapak yang terdiri daripada Kg. Nalapak, Kg. Kebuh Baru, Kg. Boroing, Kg. Luanti Baru, Kg. Batu Sembilan, Kg. Sedul dan Kg. Muruk. Ladang Desa Tea Sdn. Bhd. juga terletak di dalam kawasan Mukim Nalapak. Hampir kesemua murid di SK Nalapak adalah datang dari kampung-kampung tersebut.

Sekolah ini mempunyai kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan elektrik 24 jam, bekalan air graviti, klinik desa Kg. Nalapak, kemudahan talian telefon / telefon bimbit, stesen bas, 3 buah kedai runcit, kemudahan pengangkutan ke Pekan Ranau (bas mini - tambang RM3.00 sehala ['stesen menunggu bas' ke Kg. Nalapak di depan Kedai Tan Eng Tai, Pekan Ranau], bermula 8.00 pagi - 5.00 petang).

Guru-guru sekolah ini ada yang tinggal di rumah kuarters guru di dalam kawasan sekolah dan selebihnya berulang-alik dari kampung masing-masing ke sekolah setiap hari persekolahan.

Sekolah ini mempunyai kebun buah-buahan sendiri dan tapak perkhemahan. Berhampiran kawasan sekolah terdapat sungai kecil yang dipanggil Sungai Moroli. Di tepi sungai inilah letaknya tapak perkhemahan milik sekolah ini. Sungai Moroli adalah di bawah jagaan AJK Tagal, Kg. Nalapak, Ranau dan tiada sesiapa pun dibenarkan menangkap hidupan air yang terdapat di dalam sungai tersebut.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini pernah memenangi gelaran "Sekolah Harapan Negeri" dan pernah menjadi calon untuk "Sekolah Harapan Negara".

Di sekolah ini sudah banyak majlis berprofail tinggi, kejohanan sukan, perkhemahan, pertandingan dan sebagainya diadakan.

Di kalangan bekas pelajarnya pula sudah ramai yang memegang jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam mahupun swasta. Bekas pelajar SRK Nalapak yang pertama berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA ialah En. Junny Emi iaitu dalam Bidang Seni Bina (Architecture Housing, Building & Planning) di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Selain itu ramai yang masih menuntut di IPTA dan IPTS pada masa kini.

Sejarah sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1963 dengan nama NVS Nalapak (NVS ialah Natives Volunterary School) dengan usaha pemimpin kampung dan penduduk Kg. Nalapak dan Kg. Kebuh. Tapak sekolah seluas lebih kurang 3 ekar telah disumbangkan oleh En.Yumbon bin yumandar, penduduk Kg. Nalapak. Hanya terdapat 1 buah bangunan yang dibina daripada kayu dan buluh dan diusahakan oleh The Holy Trinity, dan hanya 3 orang tenaga pengajar ketika itu iaitu Puan Sominah, Puan Kindayung dan Puan Maimunah.

Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini ditadbir oleh seorang penyelia sekolah merangkap guru yang mengajar. Jumlah murid pada awal penubuhannya ialah seramai 9 orang.

Sejurus selepas penubuhan Malaysia, NVS Nalapak diubah namanya menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Nalapak dan mula menerima guru bertauliah lepasan maktab perguruan.

Alamat surat-menyurat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Nalapak
Peti Surat 74
89308 Ranau
Sabah, Malaysia.
No. tel: 088-875601