Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (L)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari SK Pasir Puteh (L))
Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (L)
Lokasi
Jalan Tg. Rahim, 16800, Pasir Puteh,, Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1912
Nombor sekolah6097866293
Kod sekolahDBA4274
Guru besarHj Misran b Midin
GPK Pentadbiran dan AkademikHjh Maimun bt Abdul Rahman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridHjh Ruhani bt Che Mat
Penolong Kanan KokurikulumMohd Asri b Yaacob
Faks6097866293


Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (L) atau nama ringkasnya SK Pasir Puteh (L), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Tg. Rahim.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (L) memiliki 353 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 353 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Lelaki) atau (SKPPL) adalah sebuah sekolah rendah yang terletak di tengah-tengah Bandar Pasir Puteh, Kelantan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah Melayu yang tertua di negeri Kelantan.

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Ketua Jajahan Pasir Puteh iaitu Dato Bentara Luar, Tuan Haji Ghazali. Pada awalnya, sekolah ini telah dinamakan sebagai Sekolah Melayu Pasir Puteh. Pada masa itu, sekolah ini hanya mempunyai satu kelas dengan bilangan murid seramai 20 orang dan seorang guru kelas.

Semasa era pendudukan Jepun iaitu pada awal tahun 1943, sekolah asal telah dipecahkan kepada dua buah sekolah yang berasingan, Sekolah Melayu Pasir Puteh telah ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Lelaki). Sebuah sekolah lagi dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Perempuan).

Pada 26 Julai 1984, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SKPPL telah mencadangkan agar nama Sek. Keb. Pasir Puteh (L) ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Tok Janggut. Walau bagaimanapun, cadangan ini tidak diluluskan oleh pihak Jabatan Pendidikan Kelantan (sekarang Jabatan Pelajaran Kelantan).

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Pintu masuk ke SKPPL

Pada tahun 1917, sekolah ini memilki bangunannya sendiri apabila kerajaan membeli sebidang tanah daripada Tuan Haji Wan Musa Bin Wan Daud. Tanah ini terletak berhampiran Jalan Nara (sekarang dikenali sebagai Jalan Pasir Puteh – Machang). Pada 1933, sekolah ini mendapat dua teres bangunan setingkat baru. Kemudian, pada tahun 1981 sekolah ini mendapat bangunan yang moden dengan selesainya pembinaan satu blok bangunan sekolah tiga tingkat. Dua blok bangunan lama yang dibina pada 1933 masih digunakan sehingga hari ini untuk menampung bilangan murid yang belajar pada satu sesi.

Senarai Guru Besar[sunting | sunting sumber]

  1. Tuan Hj. Daud bin Dato’ Puteh (1912 - 1928)
  2. Tuan Sulong bin Syed Ab. Rahman (1928 - 1931)
  3. Tuan Hj. Ngah Idris bin Ismail (1931 - 1933)
  4. En. Salleh bin Bulat (1933 - 1935)
  5. En. Wan Abdullah bin Wan Muda (1935 - 1942)
  6. En. Maarof bin Salleh (1942 - 1944)
  7. En. Abdullah bin Din (1944 - 1946)
  8. En. Maarof bin Salleh (1946 - 1947)
  9. En. Musa bin Osman (1947 - 1950)
  10. En. Wan Salleh bin Wan Samad (1950 - 1953)
  11. Tuan Hj. Ngah Idris bin Ismail (1953 - 1959)
  12. Tn. Hj. Ismail bin Abdul Rahman (1959 - 1983)
  13. Tn. Hj. Ahmad bin Abdullah (1983 - 1986)
  14. En. Ismail bin Abdul Rahman (1986 - 1988)
  15. Tn. Hj. Yusoff bin Abd Rahman (1988 - 1994)
  16. Tn. Hj. Ahmad Fikri bin Ismail (1994 - 1999)
  17. En. Mah Dahwi bin Ya (1999 - sekarang)

Tokoh-tokoh terkenal[sunting | sunting sumber]

Di antara tokoh-tokoh yang terkenal yang dapat dikesan ialah:

  1. Dato' Ab. Aziz b. Deraman (bekas Ketua Pengarah DBP)
  2. Kamaruddin b. Mohd. Nor (Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh)
  3. Daud b. Seman
  4. Dr. Muhamad b. Salleh
  5. Wan Burhanuddin b. Wan Ismail
  6. W. Ismail b. W. Ibrahim
  7. Ghazali b. Husin
  8. Dato' Wan Ibrahim b. Wan Ismail (bekas Ketua Pengarah FAMA Malaysia)
  9. Ariffin b. Daud
  10. Hj. Mohamad b. Ideris
  11. Tn. Hj. Mohd. Rujhan bin Hj. Salleh (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan)
  12. Tn. Hj. Wan Shafei bin Wan Ahmad (Ketua Penolong Pengarah- KPP Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN))

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (L)
Jalan Tg. Rahim
16800, Pasir Puteh
Kelantan,  Malaysia
Telefon = 6097866293
Fax = 6097866293

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]