Sekolah Menengah Agama Toh Puan Hajjah Rahmah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari SMA Toh Puan Hajjah Rahmah)
Sekolah Menengah Agama Negeri Toh Puan Hajjah Rahmah
Lokasi
Jalan Persiaran Palma Kinarut, 88100 Kinarut, Papar., Kota Kinabalu, Sabah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Agama Negeri
MotoBerilmu, Berusaha, Bertaqwa
Ditubuhkan1976
Nombor sekolah088-752 232
PengetuaPuan Jonisah binti Harimin@Sairin
GPK Pentadbiran dan AkademikUstaz Mohd Safri Bin Bakar Ustazah Salamah Binti Mohd Raup
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridUstazah Idah Binti Sapari
Penolong Kanan KokurikulumCikgu Mohd Kurnia Bin Mohd Isa
Laman sesawang


Sekolah Menengah Agama Negeri Toh Puan Hajjah Rahmah (Bahasa Arab: مدرسة توه فوان حاجة رحمة الثانوية الدينية الإسلامية Bahasa Inggeris: Toh Puan Hajjah Rahmah Islamic Religious Secondary School) ialah sebuah Sekolah Menengah yang menawarkan pendidikan berteraskan agama Islam dan akademik di negeri Sabah sejak tahun 1976. Tempoh persekolahan adalah pada Hari Isnin sehingga Hari Jumaat setiap minggu.

SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah ditubuhkan pada 1976 di bawah Majlis Agama Islam Sabah (MUIS), namun kini ia dikelola dan dikawal selia oleh sebuah jabatan dalam Kerajaan Negeri Sabah, iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Nama sekolah itu diambil sempena nama isteri Allahyarham Tun Mohammad Fuad Stephens yang juga Ketua Menteri Sabah yang pertama.[1]

Ia juga dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Negeri Toh Puan Hajah Rahmah (SMAN)[2] atau Sekolah Menengah Agama (SMA) Toh Puan Hajjah Rahmah.[3]

Pembelajaran[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini berlainan dengan Sekolah Menengah yang lain. Sekolah ini lebih menekankan pendidikan berteraskan cabang-cabang agama Islam. Namun, penekanan ilmu ukhrawi (akademik) tidak diabaikan oleh pihak sekolah, sebaliknya kedua-dua cabang pembelajaran ini sama rata diajar. Buku pembelajaran akademik yang digunakan pelajar sekolah ini dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 adalah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kitab-kitab agama adalah daripada Lembaga Pembukuan Agama, Yayasan Islam Kelantan. Bagi pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia, buku mereka adalah daripada kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Universiti al-Azhar, Mesir. Pada tahun 2007, aliran sains tulen telah dibuka buat pertama kalinya di sekolah ini. Pembukaan kelas aliran sains tulen ini ialah hasil inisiatif Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan juga pentadbiran SMA Toh Puan Hajah Rahmah sendiri yang bertujuan untuk melahirkan para doktor dan doktorah Islam.

Mata pelajaran yang dipelajari[sunting | sunting sumber]

Di Sekolah Menengah Agama Islam Toh Puan Hajjah Rahmah, terdapat 22 mata pelajaran yang dipelajari dari Tingkatan 1 Sehingga Tingkatan 5 di sekolah ini, iaitu 10 mata pelajaran akademik dan 12 mata pelajaran agama:

Pengajaran dan Pembelajaran Akademik[sunting | sunting sumber]

  1. Bahasa Malaysia
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Kemahiran Hidup Bersepadu
  6. Pendidikan Islam
  7. Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
  8. Sejarah
  9. Geografi
  10. Bahasa Arab

Pengajaran dan Pembelajaran Agama Islam[sunting | sunting sumber]

  1. Hadis حديث
  2. Tafsir Al-Quran تفسير القرءان الكريم
  3. Nahu نحو
  4. Sarof صرف
  5. Imlak إملاء
  6. Fiqh الفقة
  7. Tauhid توحيد
  8. Tarikh Islam تاريح إسلام
  9. Khat خط
  10. Akhlak أخلاق
  11. Muthala'ah مطالعة

Bagi pelajar Tingkatan 6, pembelajarannya ada sedikit berlainan dengan tingkatan-tingkatan yang lain. Terdapat 13 mata pelajaran Agama Islam yang perlu dipelajari kerana pada tahun tersebut, mereka akan menduduki satu peperiksaan awam, iaitu Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Ia digunakan untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana universiti Islam dalam negara dan di Tanah Arab serta tanda pelajar tersebut telah menghabiskan 6 tahunnya di Sekolah menengah Agama. Mata pelajarannya ialah:

Pengajaran dan Pembelajaran Agama Islam[sunting | sunting sumber]

  1. Hifz Al- Quran dan Tajwid حفظ القرءان والتجويد
  2. Fiqh dan Faraidh الفقة والفرائض
  3. Tauhid dan Mantiq توحيد و المنطق
  4. Tafsir dan Ulumuhu تفسير وعلمه
  5. Hadith dan Mustolah حديث ومصطلح
  6. Nahu Sarf نحو و صرف
  7. Insya'dan Muthala'ah إنشاء و مطالعة
  8. Adab dan Nusus أدب ونصوص
  9. Arudh dan Qafiyah عاروض والقافية
  10. Balaghah بلاغة
Kurikulum Bersepadu Dini[sunting | sunting sumber]

Bermula pada tahun 2016, kurikulum agama Islam bagi sekolah ini ditukar dengan kurikulum baru iaitu Kurikulum Bersepadu Dini atau dikenali sebagai KBD. Kurikulum baru ini menukarkan buku agama yang sedia ada iaitu daripada Yayasan Islam Kelantan dengan buku yang dibekalkan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia akan dimulakan dari Tingkatan Satu.

Antara buku baharu bagi Kurikulum Bersepadu Dini ialah :

  • As-Syari'ah
  • Usuluddin
  • Al-Lughatul Arabiyyah Al-Mu'assarah

Struktur pentadbiran sekolah[sunting | sunting sumber]

Pengetua : Puan Jonisah binti Harimin@Sairin

Penolong Kanan Pentadbiran : Ustaz Mohd Safri bin Bakar

Penolong Kanan Kurikulum: Ustazah Salamah binti Mohd Raup

Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar: Ustazah Idah binti Sapari

Penolong Kanan Kokurikulum : Cikgu Mohd Kurnia bin Mohd Isa

Tempat sekolah beroperasi[sunting | sunting sumber]

Sejak tahun 1975 sehingga pada tahun 2011, SMA Toh Puan Hajjah Rahmah telah beroperasi dengan sepenuhnya di Sembulan, Kota Kinabalu. Namun kerana keadaan bangunan sekolahnya yang usang, tidak teratur dan asramanya yang sering terbakar dan menakutkan, sekolah ini telah berpindah ke Kinarut Papar, Sabah walaupun pada permulaannya bangunan sekolah serta asrama belum lagi teratur seluruhnya dan bangunan yang dirancang belum lagi siap keseluruhannya. Bangunan baharu SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah yang terletak di Kinarut telah pun siap dibina dan telah mula digunakan pada tahun 2012.

Struktur Kelas[sunting | sunting sumber]

SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah mempunyai 2 kelas bagi kelas Tingkatan 1, 2, 3 dan 6. Manakala bagi kelas Tingkatan 4 dan 5 mempunyai 3 kelas, berdasarkan kepada aliran yang terdapat di sekolah ini.


Berikut merupakan kelas-kelas yang terdapat di sekolah ini:


Tingkatan 1[sunting | sunting sumber]
  • 1 Abu Bakar
  • 1 Umar


Tingkatan 2[sunting | sunting sumber]
  • 2 Abu Bakar
  • 2 Umar


Tingkatan 3[sunting | sunting sumber]
  • 3 Abu Bakar
  • 3 Umar


Tingkatan 4[sunting | sunting sumber]
  • 4 Abu Bakar (Aliran Sains)
  • 4 Umar (Aliran Ekonomi)
  • 4 Uthman (Aliran Ekonomi)


Tingkatan 5[sunting | sunting sumber]
  • 5 Abu Bakar (Aliran Sains)
  • 5 Umar (Aliran Ekonomi)
  • 5 Uthman (Aliran Ekonomi)


Tingkatan 6/ Pra- Universiti[sunting | sunting sumber]
  • 6 Abu Bakar/ Pra- Universiti Abu Bakar
  • 6 Umar/ Pra- Universiti Umar


Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah kendalian Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang menawarkan Aliran Sains Tulen Agama.

Pencapaian sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Mencatat keputusan paling cemerlang di seluruh Malaysia dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2001 apabila salah seorang pelajarnya mendapat 13 mumtaz mengalahkan 4 orang lagi pelajar dari Semenanjung.
  • Mencatat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Menengah Rendah pada tahun 2011 dengan 5 pelajarnya mendapat 9A dalam semua mata pelajaran manakala 2 orang mendapat 8A dan 7A serta 11 orang mendapat 6A sehingga 5A.
  • Menjadi johan keseluruhan bagi Majlis Kokurikulum Sekolah-sekolah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah peringkat negeri Sabah pada tahun 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012.
  • Tempat ketiga keseluruhan bagi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama (MSSMA) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri Sabah tahun 2008, 2009, dan 2010.
  • Pasukan Nasyid Sekolah Soutun Nida' Er Rahmah buat kali keduanya mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan bagi Majlis Ihtifal 'Ilmi Sekolah-sekolah Menengah Agama Peringkat Kebangsaan di Selangor pada tahun 2015 dan buat kali pertamanya pada tahun 2008 pada Festival Nasyid Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat kebangsaan di Pulau Wan Man, Terengganu.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Alamat surat-menyurat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Rujukan[sunting | sunting sumber]