Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari SMKA Putrajaya)

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya (SMAPUTRA) merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Putrajaya. SMAPUTRA merupakan SMKA ke-2 di Wilayah Persekutuan selepas Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur (SMAKL) yang ditubuhkan pada tahun 1988. Sekolah ini mempunyai program Tahfiz Modul Ulul Albab (TMUA)

Motto[sunting | sunting sumber]

Berilmu, Beriman, Berintegriti.

Berilmu[sunting | sunting sumber]

Bermaksud mengutamakan ilmu pengetahuan ke arah melahirkan modal insan kamil.

Beriman[sunting | sunting sumber]

Bermaksud berpegang teguh kepada nilai agama selaras dengan konsep sekolah menengah kebangsaan agama.

Berintergriti[sunting | sunting sumber]

Bermaksud menghayati kejujuran dan ketulusan serta sentiasa bertanggungjawab dalam menjaga nama baik sekolah daripada sebarang bentuk unsur yang negatif.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan SMKA Putrajaya adalah berasaskan kepada desakan daripada masyarakat Putrajaya yang inginkan sebuah SMKA dibangunkan di Putrajaya.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya
Lokasi
Putrajaya, Putrajaya, Wilayah Persekutuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) berstatus Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
MotoBerilmu Beriman Berintergriti Melahirkan Teknokrat Mutadayyin Islam
Ditubuhkan1 Januari 2011
Nombor sekolah03-88881678
Kod sekolahWRA2001
Pengerusi PIBGProf Madya Dr. Azwadi bin Che Sidik
Pengetua1.Tuan Hj. Othman Hashim (2011- Jun 2020) 2.Tuan Jamaluddin bin Yusoff (Jun 2020 - sekarang)
GPK Pentadbiran dan Akademik1.Datin Hajjah Halizah Abdul Majid (2011- Jan 2020)

2.Puan Salmah Abdul Rani (2020 - 2022)

3.Puan Yusmahida Osman (22/22 - sekarang)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid1.Samzini Abdullah (2011-2017)

2.Puan Salmah Abdul Rani (2018 - Jan 2020)

3. Encik Abdul Rashid Zainal (2020 -sekarang)
Penolong Kanan Kokurikulum1.Puan Hajjah Roslah Mohd. Rani 2.Puan Hajjah Khaslinda Lahuri 2023 - Sekarang
Faks03-88881679


Pada bulan Mac 2010, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pembukaan SMKA Putrajaya mulai 1 Januari 2011 di dalam mesyuarat susulan Jemaah Menteri, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Beberapa bahagian di KPM seperti di Bahagian Pendidikan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Aset mengadakan beberapa siri mesyuarat bersama dengan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP). Keputusan akhir mesyuarat menetapkan SMKA Putrajaya akan beroperasi sementara di SMK Putrajaya Presint 11 (2) mulai 1 Januari 2011 dan melibatkan 75 orang murid beserta 3 kelas.

Pada 16 Oktober 2010, Ketua Unit Pendidikan Islam PPWPP, Ustaz Samzini Abdullah dilantik sebagai caretaker 1 sekolah, diikuti oleh Pn. Halizah bt Abdul Majid dan Pn. Roslah bt Mohd Rani sebagai caretaker 2. Pada 16 Disember 2010, sesi pemilihan murid Imtihan Qabul telah diadakan di PPWPP dan seramai 100 orang murid telah terpilih ke sekolah ini. Sesi pendaftaran sekolah dan orientasi tingkatan 1 diadakan pada 30 Disember 2010. Pada 16 Januari 2011, Tuan Hj. Othman Bin Hashim,mantan pengetua SMKA Tun Juhar Sandakan(2007-2011), Sabah dilantik sebagai Pengetua SMAPUTRA dan mengambil alih pengurusan daripada barisan caretaker. Pengumuman pembukaan SMKA Putrajaya dibuat di laman web Perbadanan Putrajaya.

Setakat hari ini, sekolah ini mempunyai seramai kira-kira 700 orang murid dan 60 orang guru.

Lagu[sunting | sunting sumber]

SMK Agama Putrajaya
Menjana insan berakhlak mulia
Putera puterinya berdisiplin sentiasa
Mencipta insan yang berjaya
Setiap langkah perjuangan bersama
Demi agama, bangsa, negara
Kami berikrar, kami berjanji
Semangat waja menggapai cita
Kecapi dunia akhirat
Tarbiah insan mulia
Berilmu, beriman, berintegriti
Melahirkan teknokrat
Mutadayyin Islam
Mutadayyin Islam

Pautan luar[sunting | sunting sumber]