Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari SMK Agama Matang)
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang
Lokasi
Sarawak
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan agama, Sekolah kerajaan


SMK Agama Matang ditubuhkan pada tahun 1985 di Gedong, Simunjan dengan nama SMK Agama Gedong. Pada tahun 1986, ia dipindahkan ke SMKA Sheikh Hj. Othman Abdul Wahab (menumpang) yang dikenali dengan nama SMKA Matang No.2. Pada 20 Julai 1992, SMK Agama Matang No. 2 telah dipindahkan ke tapaknya sendiri di Km. 24, Jalan Matang, dan dikenali dengan nama SMK Agama Matang. Terletak di Kawasan Matang, Kuching 24 km dari Bandaraya Kuching. Keluasan SMK Agama Matang 43.00 ekar. Sekolah Ini Mempunyai Satu Sesi Persekolahan: Ting. 1 sehingga Ting. 5. Bilangan guru adalah seramai 52 orang (sehingga bulan Mei 2007). Manakala bilangan staf sokongan pula adalah seramai 26 orang (sehingga bulan Mei 2007). Sementara itu bilangan pelajar pula seramai 606 orang (sehingga bulan Mei 2007).

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Agama Matang menjadi sekolah cemerlang melalui kecemerlangan akademik, kokurikulum, akhlak dan sahsiah.


Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Agama Matang Kuching menjadi sekolah cemerlang di Sarawak menjelang Tahun 2010.


Piagam Sekolah[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan piagam SMK Agama Matang.

Kami warga sekolah SMK Agama Matang beriltizam dan berazam untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan berteraskan etika agama kepada pelanggan kami berdasarkan piagam berikut:

  1. Memberikan layanan yang adil & saksama tanpa mengira agama, bangsa & keturunan.
  2. Menyediakan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualti dan berkesan.
  3. Menyediakan dan melaksanakan program kokurikulum yang sepadu, berkualiti dan berkesan.
  4. Menyediakan dan melaksanakan program pembangunan sahsiah murid berteraskan Islam.
  5. Mewujudkan pengurusan dan pentadbiran yang cekap, berkesan dan Islami.
  6. Mewujudkan suasana asrama yang kondusif yang membantu perkembangan murid.
  7. Memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa diberikan keutamaan.
  8. Mewujudkan sistem dokumentasi yang kemas kini dan dapat dicontohi.
  9. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan bimbingan dan kaunseling.
  10. Mewujudkan iklim sekolah yang sihat dan ceria.
  11. Memberikan pengiktirafan terhadap sumbangan bermakna warga sekolah.


Falsafah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang menjadi impian pilihan utama ibu bapa kerana kecemerlangan akademik, akhlak dan ko-kurikulum.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]