Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Pahang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari SMK Clifford Kuala Lipis)
Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford
SMK Clifford Kuala Lipis
SMK Clifford Kuala Lipis
Lokasi
Kuala Lipis, 27200, Lipis, Pahang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoAd Sapientiam (Towards Excellency)
Nombor sekolah+6 09 3101 242
Kod sekolahCEE3037
PengetuaRoziah Abdul Latiff
Faks+6 09 3101 241
Laman sesawang
Map
Datuk Siti Nurhaliza ialah salah seorang alumni SMK Clifford Kuala Lipis.

Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis atau nama ringkasnya SMK Clifford, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di sebelah sungai Lipis.

Sekolah ini berada di Kuala Lipis, Pahang di sebelah Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis. Sekolah dan setahun kemudian sebagai perintis Sekolah Indera Shahbandar Pahang yang mengambil pelajar tahun 4 terpilih.

Moto sekolah ini ialah "Ad Sapientiam"(Bahasa Latin)("Ke arah kearifan" dalam bahasa Malaysia).

DYMM Sultan Haji Ahmad Shah (Sultan Negeri Pahang) merupakan salah seorang bekas pelajar sekolah ini.

Antara nama Bekas Pelajar SMK Clifford Kuala Lipis yang terkenal

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada Tahun 1913 SMK Clifford ditubuhkan dan merupakan sekolah Inggeris kerajaan yang tertua di negeri Pahang. Pada permulaan sekolah ini dinamakan Sekolah Inggeris Kerajaan (Government English School) dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa Penghantar (English Medium) dan dibuka kepada semua kaum. Pada masa itu, ia hanya berupa sebuah rumah kayu beratap nipah di Jalan Besar Bandar Kuala Lipis. V.N. Bartlett yang berasal dari Ceylon(Sri Lanka) merupakan pengasas dan pengetua pertama sekolah ini.

Menjelang Tahun 1914, sebuah bangunan baru yang boleh menampung lebih kurang 100 pelajar telah dibina di Jalan Batu Kurap (kini Desa Jeram Batu).

Pada tahun 1919, sebuah bangunan telah dibina ditengah padang sekolah pada masa ini, namun telah musnah dilanda banjir besar tahun 1926.

Pada tahun 1926 sebuah asrama telah dibina dan di bahagian bawahnya dijadikan bilik-bilik darjah.

Dalam tahun 1928, sebuah bangunan batu dua tingkat telah dibina dan Sir Hugh Clifford yang merupakan Gabenor Negeri-Negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Bersekutu telah merasmikan bangunan ini dan seterusnya menamakannya Sekolah Clifford (Clifford School).

Dalam tahun 1939, orang Inggeris yang pertama menjadi guru besar ialah D.B.J.Ambler.

Januari 1942 - September 1945, Semasa peperintahan Jepun, bangunan ini telah dijadikan Markas Polis Askar Jepun (Kempetai). Ia juga dijadikan ”pusat transit” bagi pelajar-pelajar yang akan memasuki Sekolah Pelayaran Syonan (Syonan Nautical School). Rodo Jimu Kyoku Tyo (Pegawai Tentera Jepun) dalam memonya kepada Pegawai Daerah Kuantan menghendaki pegawai itu mendapatkan sepuluh orang belia untuk mengikuti Malacca Nautical School yang baru dibuka. (rujuk http://psmkawasanlipis.blogspot.com/2013/08/clifford-school-markas-polis-tentera.html)

Pada tahun 1945 sebaik sahaja selepas hari kemenangan pihak Bersekutu dalam perang dunia kedua iaitu pada 15 September 1945, pihak berkuasa British Military Administration telah dengan segera membuka Sekolah Clifford, Tuan V.Rasiah telah menjadi pemangku guru besar.

Pada tahun 1946, C.M. Coats berbangsa Australia telah mengambil alih pentadbiran sekolah.

Pada tahun 1959, sekolah rendah(SK Clifford) dan menengah telah diasingkan apabila sekolah rendah mempunyai tapak dan bangunannya sendiri. Oleh itu semua bangunan yang ada pada ketika itu telah diserahkan kepada Sekolah Menengah Clifford.

Pada 1959 kelas aliran melayu di bawah tadbiran sekolah Inggeris, dinamakan Darjah Menengah Melayu (DMK) – Malay Secondary Classes dimulakan di sekolah ini (rujuk https://alberangque.wordpress.com/2012/08/29/majlis-graduasi-smkpt-2008/)

Encik Seow Bin Hak (Guru besar 1965-1967) telah berusaha untuk mendirikan dua buah pavilion bagi para tetamu untuk melihat program dan aktiviti yang dijalankan di padang. Satu perubahan besar telah dilakukan oleh Tuan Ketua Pelajaran Pahang, Dato’ Idris Babjee mengenai status sekolah. Sekolah Menengah Clifford telah diarahkan untuk menawarkan pelajaran tingkatan 1, 2 dan 3 dalam bahasa Inggeris dan tingkatan 4 dan 5 sahaja dalam aliran Melayu.

Pada awal tahun 1971, Sekolah Menengah Clifford sekali lagi dilanda banjir besar dengan teruknya yang menyebabkan kerugian besar. Di atas bencana yang berlaku, Kementerian Pelajaran telah meluluskan bangunan baru. Diantaranya ialah bangunan mengandungi 4 bilik darjah, 2 makmal sains dan perpustakaan, kantin, bengkel dan dewan.

Pada tahun 1975, sekolah ini mendapat beberapa bangunan tambahan. Pada tahun 1986 sebuah bangunan asrama 4 tingkat telah dibina bagi menampung murid-murid dari kawasan luar bandar. Pada tahun 1991, satu blok bangunan mengandungi 16 bilik darjah dan satu blok makmal yang mengandungi makmal sains telah dibina.

Pada tahun 1996, sekolah ini telah diisytiharkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai salah sebuah sekolah "premier" di Malaysia.

Pada tahun 1997, sejarah berulang kembali dengan penubuhan Projek Sekolah Indera Shahbandar Pahang yang melibatkan murid sekolah rendah bermula dari tahun 4 sehingga tahun 6. Idea ini adalah saranan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang pada ketika itu adalah Menteri Pendidikan Malaysia.

Kini Sekolah Menengah Clifford merupakan sebuah sekolah yang menawarkan 4 peperiksaan awam iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM. Sekolah ini adalah sebuah sekolah model khas dan sekolah premier bagi negeri Pahang dan daerah Lipis dan terkini Sekolah Kluster kecemerlangan.



Beberapa keistimewaan yang telah memberi identiti / watak / imej sekolah ini antaranya:

  • SMKC adalah merupakan sekolah premier yang telah diasaskan oleh pihak Inggeris yang memerintah Tanah Melayu pada tahun 1913.
  • Kini 2 blok bangunan tertua di sekolah ini telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti Negara.
  • Kewujudan Projek Sekolah Indera Shahbandar Pahang merupakan penubuhan program yang pertama dalam intipati Sekolah Model Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • SMK Clifford telah diangkat menjadi Sekolah Model Khas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 1996. Ia meliputi pengambilan pelajar daripada Tahun 4 hingga Tingkatan 6 Atas(Pra Universiti).
  • SMK Clifford merupakan sebuah sekolah yang menawarkan 4 peperiksaan awam iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM.
  • Mulai tahun 2006 SMK Clifford telah terpilih sebagai sebuah Bestari dalam Projek Perluasan Sekolah Bestari Fasa I Negeri Pahang.
  • Pada tahun 2009, SMK Clifford telah mendapat gelaran "Sekolah Kluster Kecemerlangan" yang diberi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

Beginilah rupanya lencana rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford yang dilekatkan pada baju atau kain tudung setiap pelajar yang menjadi warga Clifford. Terdapat beberapa makna yanag tersirat disebalik lencana ini.

Lambang Maksud
Gajah Kekuatan
Pelita yang menyala Sinar Pembelajaran
7 batang tunggak Kebijaksanaan
AD SAPIENTIAM Ke arah Kearifan
Warna Kuning Taat Kepada Raja
Warna Biru Penyayang
Warna putih dan hitam Warna bendera Pahang


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford
Km 1 Jalan Lipis-Raub,
27200, Kuala Lipis,
Pahang Darul Makmur,
Malaysia
Telefon = +6 09 3101 242
Faksimili = +6 09 3101 241

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

What'er our hearts are turning

What'er hopes, what'er yearning

May we never cease discerning

What is right to do

To our sultan and our leaders

To our friends and those who need us

To our school our seat of learning

Ever loyal and true

Both to those who taught us

And the faith they brought us

To ensure that we endure

With justice and with reason to support us

So that helping one another

With the steadfast hands of brother

May we in the years to come

Bring pride to Clifford School

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 4°10′45″N 102°03′19″E / 4.179152°N 102.055231°E / 4.179152; 102.055231