Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari SMK Datin Onn Jaafar)
سكوله منڠه كبڠسأن داتين عون جعفر
Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar
Logo Sekolah Menengah kebangsaan Datin Onn Jaafar
Lokasi
Kg Kenangan Dato Onn, Batu Pahat Batu Pahat,  Johor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan
MotoDaya Amalan Jaya
Ditubuhkan1977
Nombor sekolah07-434 3497
Kod sekolahJEA0019
Pengerusi PIBGMisrom Bin Sadiman
PengetuaZamilah Binti Ekhwan
GPK Pentadbiran dan AkademikLoh Cher Ting
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridHaji Jaafar Bin Sami
Penolong Kanan KokurikulumZainal Bin Baharom
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangAdi Manja Bin Juki
Faks07-433 2958
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar (SMKDOJ) atau lebih dikenali sebagai DOJ atau Pesta oleh sebahagian besar penduduk setempat, ialah sebuah sekolah menengah di Batu Pahat, Johor. Pengetua SMKDOJ kini ialah Zamilah Binti Ekhwan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada awal tahun 1977 dan sesi pertama persekolahan bermula pada 1 Januari 1978.

Bangunan sekolah ini terletak di Tapak Pesta Pembangunan Negeri Johor 1977 di Batu Pahat, Johor, dalam kawasan seluas 10 ekar. Ketika awal penubuhannya, Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar pada awalnya dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Bandar Penggaram. Kemudian dicadangkan nama "Sekolah Menengah Rendah Datin Halimah", sempena nama balu Allahyarham Dato’ Onn Jaafar. Walau bagaimanapun, nama tersebut tidak dipersetujui oleh Datin Halimah. Beliau meminta agar diletakkan nama suaminya dan mencadangkan nama Sekolah Menengah Rendah Datin Onn Jaafar, Batu Pahat. Sekarang, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar.

Sekolah ini telah dirasmikan oleh Mahathir Mohamad selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu pada 1 September 1977. Turut sama dalam majlis perasmian itu ialah Menteri Besar Johor, Tan Sri Othman bin Saat, Pengarah Pelajaran Johor, Datuk Idris bin Tain dan pengetua sementara iaitu Encik Sulaiman bin Belawi.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Laman Web Rasmi SMK Datin Onn Jaafar [1]
  • Facebook Rasmi SMK Datin Onn Jaafar [2]