Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari SMK Majakir)
Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir Papar
Lencana Sekolah
Lencana Sekolah
Alamat Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir, 89608, Papar, Sabah.
Telefon 088-913554
Faksimili 088-915494
Tarikh Ditubuhkan 1962
Jenis Sekolah Sekolah Kerajaan Harian
Kod Sekolah XEE4239
Pengetua Tn. Hj. Abdul Aziz Bin Mohamed Zain
PK Pentadbiran En. Anuar Sidek
PK HEM En. Durahman Ramli Hj. Wahap
PK Kokurikulum En. Sapri Marup
PK Pra-Universiti Pn. Dg Nismah Hj. Abdul Rahman
Laman Web Rasmi http://www.majakir.net

Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir Papar atau nama ringkasnya SMK Majakir, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di daerah Papar, Sabah. Sekolah ini ditubuhkan pada 1962, moto sekolah ini ialah Kebijaksanaan Nilai Kemanusiaan.

Sejarah Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah ini diasaskan pada tahun 1962 dengan nama Goverment Junior Secondary School, Papar (GJSS).[1] Pada mulanya hanya ada 45 orang murid sahaja yang menuntut di Bridge 1, dan dua orang guru sahaja. Pada waktu itu GJSS meminjam bilik Sains Rumah Tangga Sekolah Rendah Kerajaan Pekan Papar dan pengetua sekolah pada masa itu ialah Encik John Ganai.
  • Menjelang tahun 1963, pihak sekolah terpaksa meminjam bilik darjah Sekolah Cheng Hwa dan waktu belajar hanya pada sebelah petang sahaja. Pada masa itu hanya ada Bridge 1 dan 11 sahaja dengan lima orang guru di bawah pentadbiran Puan Ausan, diikuti pula oleh Encik Lim Hsing Hui sebagai pengetua selepas itu. Kemudian pihak sekolah meminjam bilik darjah di Sekolah St. Joseph pula untuk menampung murid dari Bridge 1, 2 dan Secondary I and II.
  • Pada tahun 1966, bangunan sekolah ini telah siap dibina dan dirasmikan oleh Tun Datu Mustapha B. Datu Harun. Terdapat empat blok bangunan sahaja dan sebuah dewan. Namun pihak sekolah masih meminjam bilik-bilik darjah di Sekolah Cheng Hwa dan Sekolah St. Joseph. Pada tahun ini juga sekolah ini telah buat pertama kalinya mengikuti Peperiksaan Sabah Junior Certificate. Keputusannya pula cukup membanggakan.
  • Tanggal 1 Ogos 1975, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir sempena nama seorang Ketua Daerah Papar ketika itu iaitu OKK Mohd Zakir B. Awang.

Kurikulum[sunting | sunting sumber]

Kelas

1) Menengah Rendah (Tingkatan 1-2)

  • Kelas Aliran Agama (KAA)
  • Kelas Rancangan Khas (KRK)
  • Dinamik
  • Progresif
  • Amanah
  • Efisien

(Tingkatan 3)

  • Kelas Aliran Agama (KAA)
  • Dinamik
  • Progresif
  • Amanah
  • Efisien
  • Murni

2) Menengah Atas (Tingkatan 4-5)

  • Sains KRK
  • Sains
  • Teknologi
  • Ekonomi
  • Perdagangan
  • Sastera
  • Pendidikan Seni Visual (PSV)

3) Menengah Atas (Tingkatan 6)

  • 6 Bawah 1
  • 6 Bawah 2
  • 6 Bawah 3
  • 6 Bawah 4
  • 6 Atas 1
  • 6 Atas 2
  • 6 Atas 3
  • 6 Atas 4

Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Unit Beruniform

Rumah Sukan

Senarai Pengetua Sekolah Dari Tahun 1963 - Sekarang[sunting | sunting sumber]

Tempoh Perkhidmatan Nama Pengetua
19631964 En. John Ganai
19651968 En. Lim Hsing Hui
19691972 En. P.M. John
19731978 En. Albert SK Chia
1979 En. Richard F. Tunggolou
19801988 En. Zakaria Jap
1989Ogos 1995 Datuk Normah Gagoh
September 1995Februari 2000 En. Hj. Ag. Matussin B. Hj. Pg Ahmad
Jun 2000Oktober 2001 Pn. Sherfah Fatimah Hayati Ismail
Januari 2002Februari 2002 Pn. Salmah Abdullah
Mac 2002Februari 2006 Pn. Jarah Abdullah Gad
20062009 En. Loh Kok Cheang
2009 - September 2023 Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain
September 2023 - Sekarang Pn. Zuraidah binti Salleh

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Bertekad Ke Arah Sekolah Perdana


PERDANA merupakan akronim untuk:

  • Progresif & Proaktif: Menuju ke arah perbaikan atau kemajuan. Sikap positif merangka atau melakukan sesuatu tindakan jauh lebih awal daripada sememangnya perkara itu berlaku.
  • Efisien & Efektif: Individu, organisasi yang boleh menjalankan tugas dengan cekap tanpa pembaziran waktu atau tenaga.
  • Rasional: Tindakan, perbuatan, pegangan yang mempunyai pertimbangan yang munasabah, fikiran yang wajar dan waras.
  • Dinamik: Bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan.
  • Amanah: Kepercayaan, boleh dipercayai, jujur, kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang.
  • Nilai-nilai Murni: Kualiti, mutu, taraf yang tidak mengandungi unsur-unsur asing (biasanya unsur yang mencemarkan) bersih, suci dan tulen.
  • Agam: Besar, tegap, tidak ada akhir dan berpanjangan.

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Setiap warga Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir bertekad:

  • Melahirkan pelajar cemerlang akademik dan mencapai tahap keputusan kebangsaan berteraskan prinsip berilmu dan berdisiplin.
  • Mencapai kecemerlangan kokurikulum melalui penglibatan pelajar yang optimum berteraskan prinsip cergas dan cerdas.
  • Menjana generasi berakhlak mulia, berdisiplin, bersahsiah, berketrampilan, dan bertanggungjawab berteraskan prinsip berilmu, beriman dan beramal.
  • Melahirkan generasi bestari yang berfikrah berteraskan kemahiran berfikir dan strategi berfikir.
  • Menyediakan prasarana yang berkualiti dan kondusif berteraskan prinsip sempurna, selamat, dan selesa.
  • Memastikan bahawa pengurusan sumber sistematik dan berkesan berteraskan prinsip, cukup, dan hebat.
  • Menzahirkan masyarakat penyayang melalui muafakat dan kerjasama dengan ibubapa serta masyarakat setempat berteraskan prinsip adil, mesra, dan efisien.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 110, 89608, Papar,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah088-913554
Kod sekolahXEE4239
Faks088-915494


Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir atau nama ringkasnya SMK Majakir, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 110.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir memiliki 522 pelajar lelaki dan 517 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1039 orang. Ia mempunyai seramai 80 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir
Peti Surat 110
89608, Papar
Sabah, Malaysia
Telefon = 088-913554
Fax = 088-915494

Pautan luar[sunting | sunting sumber]