Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mahkota

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari SMK SERI MAHKOTA, UMBAI)
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mahkota
(atau Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota)
Lokasi
 Malaysia Km 16, Umbai, 77300, Merlimau, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah06-2619262
Kod sekolahMEA1072[1]
PengetuaEn. Zulkifli Bin Md Daud
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Siti Salwah Binti Abd. Aziz
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Norsiah Binti Hamid
Penolong Kanan KokurikulumPn. Hafilah Binti Yusop
Faks06-2617592
E-mel = mea1072@ppdjasin.edu.my


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota atau nama ringkasnya SMK Seri Mahkota, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 16, Umbai, Merlimau, Melaka.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota memiliki 963 orang pelajar lelaki dan 789 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1752 orang. Ia mempunyai seramai 119 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Seri Mahkota telah dibuka pada 1973. Ianya diasaskan oleh YB Datuk Abdul Aziz bin Tapa - DSKSJ, AMN, PJK. Pada masa ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Umbai.

Ketika sekolah ini dibuka terdapat dua bangunan sahaja (blok A dan B), yang mana menempatkan sebuah pejabat, 12 buah bilik darjah, 3 makmal sains dan sebuah bilik guru. Selain dari itu, terdapat 3 buah bengkel Seni Perusahaan, sebuah Bilik Sains Rumah Tangga dan sebuah Kantin.

Pada tahun itu jumlah guru adalah seramai 10 orang dengan jumlah murid 226 orang.

Pada tahun 1976 Sekolah Menengah Umbai telah ditukar menjadi Sekolah Seri mahkota. Nama ini dicadangkan oleh Tuan Hj.Mohamad bin Haji.Md.Tain. Guru Penolong Kanan pada masa itu. Pertukaran ini dilakukan sebagai reaksi ekoran daripada rungutan penduduk di sekitar kampung Umbai dan Kampung Pulai, yang mendakwa sekolah ini terletak di kawasan masing-masing. Lokasi sekolah ini sebenarnya terletak di sempadan di Kampung Umbai dan Kampung Pulai. Nama 'Seri Mahkota' dipilih sebagai melambangkan darjah ketinggian ilmu pengetahuan yang di harapkan akan sentiasa berkembang di sekolah ini serta kecemerlangan dalam semua bidang.

Pada masa ini pelajar, guru dan kakitangan sangat beruntung kerana dapat menikmati suasana persekolahan yang indah, lengkap dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa gangguan kebisingan lalu lintas. Kemudahan yang di sediakan adalah seperti 54 buah bilik darjah, 12 buah makmal sains, 3 buah bengkel KH, 1 bilik lukisan, 1 bilik bimbingan dan kaunseling, sebuah perpustakaan dan bilik sumber, 3 bilik ERT, pejabat dan bilik guru, 1 dewan, 1 padang, sebuah astaka, sebuah klinik pergigian dan sebuah bilik K.B.

Jumlah tenaga pengajar =114 orang

Jumlah pelajar =1069 orang

jumlah kakitangan bukan guru =29 orang

Visi[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi[sunting | sunting sumber]

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Lagu[sunting | sunting sumber]

Maju jaya lambang cita kami
Kata pendorong sakti
Menghadapi cabaran dunia
Satu tekad ke muka
Perintah agama ditaati
Hormat tertib berbudi
Berbakti untuk pertiwi
Menjadi prinsip kami
Harapan ayah dan bonda
Tidakkan dipersia
Doa dan restunya dipinta
Teman ke medan jaya
Sujud diri pada yang Esa
Mohon limpah kurnia
Semangat waja dan berwibawa
Majulah Seri Mahkota

Lencana[sunting | sunting sumber]

Bentuk lencana SMK Seri Mahkota adalah berdasarkan kepada bentuk Gasing Labu iaitu sejenis permainan tradisonal Melayu. Ia menggambarkan dunia yang sentiasa berpusing, berputar dan berubah dari masa ke semasa. Namun ia tetap tidak lari dari paksinya sebagai suatu pegangan dan kehidupan serta dihiasi pula dengan awan suluran.

Lencana sekolah
  • Warna hijau gelap dan hijau muda melambangkan kesuburan fizikal dan mental.
  • Warna kuning melambangkan kesetiaan kepada raja dan negara.
  • Buku merupakan simbol kepentingan ilmu dunia dan akhirat.
  • Roda melambangkan kepentingan teknologi.
  • Bintang melambangkan kemajuan sains.
  • Tiga Bintang melambangkan kepentingan sukan. 


Kesemua simbol yang terdapat dalam lencana menggambarkan hasrat dan cita-cita murni SMKSM untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam semua bidang serta pelajar-pelajar yang mampu menghadapi cabaran dan mengisi wawasan diri, keluarga dan negara.

Bendera[sunting | sunting sumber]

bendera smksm
bendera smksm
Ciri-ciri Maksud
Kuning Kesempurnaan, kebahagiaan, kewibawaan dan kegemilangan
Hijau Agama dan keimanan
Tiga jalur sama besar Keseimbangan dalam mengejar kemajuan dunia dan akhirat
Jalur hijau Keislaman dan keimanan
Jalur Kuning Kesetiaan kepada sekolah, negeri dan negara
"SMKSM" di tengah jalur kuning Segala usaha yang dibuat bertujuan untuk mengangkat nama sekolah ke mercu kejayaan sebagai sebuah mahkota

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

Bil Nama Pengetua Tahun Berkhidmat
1 En. Aziz Bin Tapa (Datuk) Jan. 1973 - Mac 1974
2 En. Yusof Bin Ali 01/05/1974 - 31/07/1974
3 En. Salleh Bin Md.Ali 01/09/1974 - 31/12/1977
4 En. Aziz Bin Zubir 01/12/1977 - 15/03/1978
5 En. Ramli Bin Mohamad 15/03/1978 - 01/12/1978
6 En. Sairi Bin Hj. Tahir 01/01/1980 - 31/07/1987
7 Pn. Hjh. Faridah Binti Bujang 01/08/1987 - 01/12/1987
8 Tuan Hj. Muhammad Maarof 01/01/1988 - 31/12/1988
9 Tuan Hj. Janudin Bin Jaafar 01/01/1989 - 31/07/1990
10 Tuan Hj. Ismail Bin Bachik 01/08/1990 - 31/08/1997
11 Pn. Zakiah Binti Osman 01/09/1997 - 17/09/1999
12 Tuan Hj. Mazlan Bin Md. Amin 01/10/1999 - 15/12/2001
13 En. Mohamad Yamin Bin Hj. Baba 16/12/2001 - 01/12/2001
14 Hjh. Maimun Suboh 01/12/2003 - 31/05/2007
15 Tuan Hj. Isa Saleh 01/06/2007 - 31/12/2008
16 Hjh. Bibah Binti A.Rahman 01/01/2009 - 04/07/2011
17 Hjh. Zariyah Binti Daud 01/08/2012 - 02/01/2015
18 En. Madzlan Bin Mahat 02/02/2015 - 28/02/2017
19 En. Zainudin Bin Haji Koming 01/03/2017 - 22/04/2018
20 Pn. Hjh Rosinah Binti Mat Din 23/07/2018 - Kini

Kejayaan Sekolah[sunting | sunting sumber]

  1. Johan Kawad Kaki | Perkhemahan Tahunan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat) Peringkat Kebangsaan 2017 | 22-29/07/2017
  2. Peserta | Program Kem Aspirasi Kelab 1Malaysia Peringkat Negeri Melaka 2017 | 04-06/08/2017
  3. 2nd Runner-up | State Finals Young Chef Secondary Schools Cooking Competition | 03/05/2017
  4. Tempat Ketiga | Majlis Sukan Sekolah Malaysia Kejohanan Sepak Takraw Bawah 15 Tahun

Anugerah Kecemerlangan[sunting | sunting sumber]

2016[sunting | sunting sumber]

Pelajar Terbaik PT3[sunting | sunting sumber]

Nama Pencapaian
HAIKAL REZZA BIN MOHD FAIRUZ                                            9A
AMEER HAKEM BIN MOHD SAID 7A
SITI AISHAH BINTI MOHD SALLEH 7A
NUR ANEESA ZULAIKHA BINTI ANUAR  7A
SERI NOR SYAHIDAH BINTI SERI WANGSA  7A
SOH CHING TECK  7A
NURUL NABILA HUDA BINTI RAHMAT 6A
MUHAMMAD IZZ FADLULLAH BIN MOHD YUSRIE   6A
SOLEHAH BINTI ABDUL RAHMAN  6A

Pelajar Terbaik SPM[sunting | sunting sumber]

Nama Pencapaian
AMIR SYARIFUDIN BIN BAHARUDIN                     8A, 1B
MUHAMMAD LUQMAN BIN ABD RAOF 8A, 1B
MUHAMMAD AMIR DANISH BIN JURAIME 7A, 2B
KHAIRUNISA UMAIRA BINTI OMAR 7A, 2B
NUR NAZIHAH BINTI MAAROF            7A, 1B, 1C
SARAH DIANA BINTI ISNIN                           6A, 3B
SITI AISYAH BINTI AZAHAR                               6A, 1B, 2C
EZAIDY BIN ABDULLAH                                    6A, 1B, 1C

Pelajar Terbaik STPM[sunting | sunting sumber]

Pelajar Cemerlang

FATIN FATIHAH BINTI MOHD YUSOF

Nama Mata pelajaran
FATIN FATIHAH BINTI MOHD YUSOF PENGAJIAN AM    
NOR MAISARAH BINTI HASBULAH BAHASA MELAYU 
RUSZI NURAQBAR BIN CHE RUS SEJARAH 
SITI HAWA BINTI YATIMY EKONOMI      
NOOR AISHAH BINTI MOHD SA’DON KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
AMIR HAMZAH BIN MOHAMMAD SENI VISUAL 
ANISAH BINTI SHAHAIMI MUET

Pendidikan Khas[sunting | sunting sumber]

  1. MUHAMMAD NUR SHAHRAFUDDIN BIN MOHD SAID              
  2. MUHAMMAD ZUHAIRI BIN IBRAHIM                                       
  3. MUSLIHIN BIN MAT ASRI                                                        
  4. MUHAMMAD HAFIZI HAKIMI BIN LIMAT                                  
  5. MUHD AZLAN BIN AHMAD                                                   
  6. MUHD AMMAR BIN ABDUL RAHIM                                         
  7. NAZRUL AFIQ BIN ROSTAM AFFANDY                                     

Anugerah Kokurikulum PIBG[sunting | sunting sumber]

  1. MUHAMMAD NIZARWAN BIN AB RAZIF
  2. CAHAYA MUSYTARI BINTI MINHAD

Alumni[sunting | sunting sumber]

Perjumpaan Lepasan Pelajar
Perjumpaan Lepasan Pelajar

Perjumpaan Lepasan Pelajar 1978 - 1982 di Dewan SMK Seri Mahkota

Tokoh Pelajar[sunting | sunting sumber]

Nama AMIR SYARIFUDIN BIN BAHARUDIN
Tarikh lahir 10/11/1999
Cita-cita IR Engineer
Idola
  • Puan Salwati Binti Othman
  • Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Pendidikan
  • SK Pulai
  • SMK Seri Mahkota
Pencapaian
  • UPSR - 5A
  • PT3 - 5A 4B 1C
  • SPM - 8A 1B+
  • Matapelajaran kimia terbaik
  • Mencapai tahap nilam
  • Tokoh nilam Bahasa Inggeris
  • RIMUP kebangsaan
  • Kem Kor Kadet Polis Kebangsaan
  • Kem Nuklear kebangsaan
  • Memasuki penulisan esei nuklear kebangsaan
  • Tempat ketiga kawad kaki negeri
  • Johan daerah kawad kaki
  • Jawatan: Ketua kumpulan pengawas
  • Ketua tingkatan
  • Pengerusi rumah sukan Temenggung
  • Naib pengerusi Kor kadet polis
  • AJK Kelab Pelancongan
Motto "Siapa tidak berusaha dia menyalahi sunnah,

Siapa tidak bertawakal dia menyalahi iman"

Program Sepanjang 2017[sunting | sunting sumber]

  1. Majlis Orientasi Pelajar Tingkatan 1 - 30/12/2016
  2. Kempen Ponteng Sifar - 03/01/2017
  3. Majlis Persaraan : Encik Mohamad, Encik Saleh Lempah, Puan Hajjah Azimah - 06/01/2017
  4. Merentas Desa - 24/01/2017
  5. Majlis Lambaian Kasih : Puan Rabiah Ahmad - 03/02/2017
  6. Program Guru Penyayang - 13/02/2017
  7. Majlis Sejambak Kasih Setulus Budi : Encik Ishak Hasshim - 15/02/2017
  8. Majlis Pelantikan, Watikah Pengawas, Pemimpin Muda - 20/02/2017
  9. Temasya Sukan Tahunan 2017 - 23/02/2017
  10. Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi : Persaraan Pengetua Peringkat Negeri - 27/02/2017
  11. Majlis Lambaian Budi : Encik Mazlan Mahat & Majlis Intai Kasih - 28/02/2017
  12. Majlis Pelancaran Program Nilam - 10/03/2017
  13. Mesyuarat Agung PIBG Kali 43 - 08/04/2017
  14. Persaraan Puan Hajjah Hamilah Senin - 21/04/2017
  15. Majlis Perpisahan Puan Marlina GKMP Teknik Vokasional ke SMK Pernu - 05/05/2017
  16. Pertandingan Memasak Sekolah Maggi Peringkat Negeri Melaka - 22/05/2017
  17. Majlis Persaraan Encik Hasmidan Selamat - 26/05/2017
  18. Majlis Khatam Al-Quran, Program Seikhlas Hati Setulus Budi - 22/06/2017
  19. Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Sekolah - 29,30/07/2017
  20. Hari Kokurikulum - 06/09/2017
  21. Majlis Penutup Bulan Patriotisme, Bahasa, Teknik dan Vokasional, Sains dan Matematik - 18/09/2017
  22. Penilaian Kokurikulum - 20/09/2017
  23. Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat - 21/09/2017

Galeri[sunting | sunting sumber]

2017[sunting | sunting sumber]

Panorama SMKSM[sunting | sunting sumber]


Bilik-bilik Khas[sunting | sunting sumber]

Sudut Warisan[sunting | sunting sumber]

Bulan Kemerdekaan[sunting | sunting sumber]

Hari Penilaian Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Bacaan Yaasin dan Solat Hajat[sunting | sunting sumber]

Kempen Keselamatan Kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

  1. https://smkserimahkota.wordpress.com/
  2. https://pssmksrimahkota.wordpress.com/

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota
KM 16, Umbai
77300, Merlimau
Melaka, Malaysia
Telefon = 06-2619262
Faks = 06-2617592
E-mel = mea1072@ppdjasin.edu.my

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Sekolah di Melaka