Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada SMK Seremban 2)
SMK Seremban 2
Lokasi
Persiaran S2/A4, Seremban 2l, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
MotoBeramal, Berilmu, Bertakwa
Nombor sekolah606-6013644
Kod sekolahNEA4109
PengetuaHjh. Normanida Abdul Rahman
GPK Pentadbiran dan AkademikZamani Disin Salam
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridZulkifly Mohd Yusof
Penolong Kanan KokurikulumFairos Lubis Amaran @ Amran
Faks606-6011491
Laman sesawang
Map

Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2(SMK S2) terletak di Seremban 2, Negeri Sembilan bersebelahan dengan Green Street Homes dan Emerald Park, kira-kira 7 kilometer dari Bandar Seremban. Ia telah siap dibina pada pertengahan bulan Disember 2002 dan beroperasi sepenuhnya pada 6 Januari 2003. Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2 adalah sebuah Sekolah Menengah kategori harian terbaik di Seremban dan antara yang terbaik di Negeri Sembilan.

  • Sekolah ini akan berusaha mendidik dan membimbing.
  • Pelajar-pelajar dalam pembinaan insan
  • Yang bercirikan kesempurnaan intelek, moral dan jasmani
  • Untuk mencapai kecemerlangan dalam segala bidang
  • Meliputi kurikulum, sahsiah dan ko-kurikulum.
  • “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”
  • “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

Ko-Kurikulum

[sunting | sunting sumber]
  • Kelab & persatuan
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Bahasa Cina
  4. Bahasa Tamil
  5. STEM
  6. Agama Islam
  7. Sejarah
  8. Pendidikan seni visual / budaya
  9. Kelab komputer
  10. Kelab keselamatan jalan raya
  11. Kelab tunas niaga
  12. Kelab alam sekitar
  13. Kelab muzik
  14. Kelab tarian
  15. Kelab kerjaya
  16. Kelab SPBT
  17. Kelab doktor muda
  18. Kelab lensa
  19. Kelab pencegahan jenayah
  20. Nilam / TVPSS
  21. Persatuan seni pendidikan khas
  • Badan beruniform
  1. Pengakap
  2. Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM)
  3. Kadet Polis
  4. Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
  5. Kadet Remaja Sekolah (KRS)
  6. Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
  7. Kadet Pertahanan Awam (JPAM)
  8. Kadet Bomba
  9. Pengakap PPKI
  • Sukan & permainan
  1. Bola sepak
  2. Bola jaring
  3. Bola baling
  4. Sepak takraw
  5. Badminton
  6. Ping pong
  7. Bola tampar
  8. Ragbi
  9. Catur
  10. Bola keranjang
  11. Olahraga
  12. Boling tenpin
  13. Golf
  14. Akuatik
  15. Memanah
  16. Skuasy
  17. Silat
  18. Taekwan-do

1. Berusaha memberi layanan yang sama kepada semua pelajar

2. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang selesa

3. Mengutamakan keselamatan pelajar dalam sekolah

4. Berjanji memantau persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar

5. Melahirkan pelajar yang berkualiti dan bersahsiah tinggi

6. Menjadikan sekolah sebagai pusat pembentukan insan yang cemerlang

7. Menerima dan menyambut pelawat atau tetamu secara mesra dan dedikasi

8. Sentiasa peka dan responsif terhadap kehendak dan arahan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri

dan Kementerian Pendidikan Malaysia

Sejarah ringkas

[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah siap dibina pada pertengahan bulan Disember 2002 dan beroperasi sepenuhnya pada 6 Januari 2003 dengan menerima seramai 424 pelajar, 29 orang guru dan 6 orang kakitangan sokongan sebagai warga pertama. Datin Hjh Maznah Binti Yusof merupakan Pengetua pertama sekolah ini dengan dibantu oleh En. Jamil Bin Mohd Tahir sebagai Guru Penolong Kanan Akademik yang kemudiannya telah diganti oleh Pn. Hjh Sadariah Binti Md Jali pada bulan Julai 2003, En. Mad Pazir Bin Mad Ahair selaku Guru Penolong Kanan HEM dan En. Abdul Wahid Bin Abd.Ghani sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Tanggal 13 Oktober 2003, Dewan Sekolah telah dirasmikan oleh Yang Mulia Profesor Diraja Ungku Abd. Aziz bin Ungku Abdul Hamid, maka dewan ini telah diberi nama Dewan Ungku Abdul Aziz. Sekolah ini turut dilengkapi dengan sebuah padang dan trek larian. Pada tahun 2004, bilangan pelajar meningkat kepada 720 orang, 46 orang guru, dan 8 orang kakitangan sokongan. Pada tahun tersebut sebuah kelas Pendidikan Khas telah dibuka dengan pengisian pelajarnya yang terdiri daripada pelbagai masalah pembelajaran.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2 telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan pada 8 Mac 2007. Tahun demi tahun terdapat pertambahan dari segi bilangan pelajar, guru dan kakitangan sokongan. Sehingga kini jumlah pelajar adalah 1299 orang, dengan 89 orang guru dan 14 orang kakitangan sokongan.  

Kini, Pengetua disandang oleh Pn.Hjh Normanida binti Abd Rahman A.N.S, dibantu oleh En.Zamani Bin Disin Salam sebagai Guru Penolong Kanan Akademik, En. Zulkifly Bin Mohd Yusof memegang jawatan Guru Penolong Kanan HEM, Pn. Fairos Lubis Binti Amaran@Amran sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Rosemaerwaty Binti Yusof sebagai GPK Petang dan Pn. Norhayati bt Mohamed memegang Jawatan sebagai GPK PPKI.

Bekas Pengetua

[sunting | sunting sumber]
Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2
Persiaran S2/A4, Seremban 2
70300, Seremban
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6066013644
Fax = 6066011491

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]