Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Medan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari SMK Seri Medan)
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Medan
Lokasi
Sri Medan,83400, Batu Pahat, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan
MotoUsaha Jaya moto
Ditubuhkan2000
Nombor sekolah07- 4850243
Kod sekolahJEA0014
Pengerusi PIBGEncik Zamani
PengetuaPuan Mahidah Binti Kosnan (2023-)
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Latifah Binti Abd Rahman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Mohd Noor Zaini Bin Elias
Penolong Kanan KokurikulumEncik Mohd Shaiful Bin Mustaffa
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Medan atau nama ringkasnya SMK Seri Medan, merupakan sebuah sekolah menengah yang mantap yang terletak di Seri Medan, Batu Pahat, Johor

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Medan telah ditubuhkan pada 1 Januari 1965. Pada awalnya pelajar-pelajar sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Seri Medan pada tahun 1965 dengan bilangan pelajarnya seramai 72 orang dan tenaga pengajarnya seramai 4 orang.Oleh kerana bilangan pelajarnya semakin bertambah ramai, sebahagian daripada pelajar-pelajar terpaksa menumpang di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa, Seri Medan pada 1 Januari 1970. Pada ketika itu, bilangan pelajarnya telah bertambah menjadi 342 orang dan guru-gurunya seramai 14 orang.

Memandangkan bilangan pelajar yang semakin bertambah ramai dan perlunya sebuah sekolah yang tersendiri serta mewujudkan identitinya yang tersendiri, maka kerja-kerja membina bangunan sekolah ini di tapak yang ada sekarang telah dimulakan pada tahun 1971. Bangunan ini telah dapat disiapkan pada penghujung tahun 1972. bangunan baru dan blok ini mempunyai 8 buah bilik darjah, 2 buah bilik SRT, 2 buah bilik makmak Sains Panduan, 1 bilik buah pejabat, 1 bilik setor, tandas pelajar lelaki dan perempuan dan tandas guru lelaki dan perempuan. Sebuah kantin yang sederhana besarnya juga telah didirikan.Pada 16 Januari 1973, pelajar-pelajar dan guru-guru yang menumpang di Sekolah Kebangsaan Seri Medan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa berhijrah kebangunan baru dengan semangat dan azam baru. Pada tahun yang sama juga, sekolah ini mendapat perhatian dari Kementerian Pendidikan kerana dengan berkat usaha gigih pelajar-pelajar, guru-guru PIBG dan masyarakat setempat, Menteri Pendidikan Malaysia, YB Tuan Haji Mohamed bin Yaacob telah sudi merasmikan sekolah ini pada 8 September 1973 dalam satu majlis yang gilang gemilang.

Sebelum sekolah ini ditubuhkan, ramai pelajar yang hendak melanjutkan pelajaran menegah dari Kawasan Seri Medan ini terpaksa pergi ke Bandar Batu Pahat yang jaraknya kira-kira 20 kilometer. Oleh kerana ramai pelajar yang tinggal di kawasan pendalaman di Seri Medan dan menghadapi masalah pengangkutan, maka keciciran tidak dapat dielakkan dari berlaku. Dengan terdirinya sekolah menengah ini ia merupakan satu rahmat bagi penduduk di kawasan ini. Murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Seri Medan, Sekolah Kebangsaan Seri Sejati, Sekolah Kebangsaan Seri Pematang Rengas, Sekolah Kebangsaan Tenaga Setia, Sekolah Kebangsaan Seri Pasir, Sekolah Kebangsaan Seri Dayong, Sekolah Kebangsaan Sejagong dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa berpeluang untuk melanjutkan pelajaran menengah mereka. Dengan ini masalah keciciran telah dapat dikurangkan.

Pengasas[sunting | sunting sumber]

Sumbangan bakti tokoh-tokoh tempatan yang menjadi pengasas dan penggerak sekolah ini perlu diberi perhatian dan tempat yang sewajarnya. Diantara tokoh-tokoh yang jasanya patut menjadi kenangan ialah:
1. YB Dr. Awang bin Hassan, Wakil Rakyat Kawasan Muar Selatan. (sekarang Tun Dato’ Dr. Awang Hassan)
2. Allahyarham M. Philip, Pengurus Lombong Seri Medan yang merupakan bapa kepada pengasas tudung Ariani, Datin Hjh Nur Farah Haryani binti M. Philip

Menaiktaraf[sunting | sunting sumber]

Memandangkan pertambahan yang begitu pesat dari segi bilangan pelajar dan guru, bangunan yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah yang begitu besar. Oleh itu pada tahun 1981 sebuah bangunan tambahan telah didirikan. Bangunan dua tingkat itu mengandungi 8 bilik darjah, sebuah perpustakaan dan sebuah bilik makmal Sains Panduan. Sebuah blok bangunan Seni Perusahaan juga didirikan.

Selepas tahun 1981, bilangan pelajar sekolah ini semakin bertambah ramai.Pada tahun 1982 pelajarnya berjumlah 1288 orang dan pada tahun 1983 pula angkanya meningkat kepada 1301 orang. Untuk menampung jumlah pelajar yang begitu ramai, pada tahun 1985 didirikan sebuah lagi bangunan tambahan satu tingkat yang mengandungi 6 bilik darjah dalam projek pasang siap.

Kini dengan perlaksanaan KBSM dan untuk memastikan mata pelajaran Kemahiran Hidup dapat dijalankan denga teratur dan sempurna, sebuah lagi bangunan satu tingkat yang mengandungi 4 buah bilik darjah telah dibina dan disiapkan dalam tahun 1989. Bangunan tambahan ini adalah projek gotong royong.

Pada hujung tahun 1991 sebuah bangunan tiga tingkat siap dibina. Bangunan ini mengandungi 3 buah makmal Sains Tulin, 12 buah bilik darjah, 4 bilik kecil dan tandas guru. Dengan terbinanya bangunan ini, lengkaplah keperluan bilik darjah bagi pelajar-pelajar sekolah ini. Mulai permulaan sessi 1992 waktu pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Medan hanya dalam sidang pagi sahaja.

Pusat Pemindahan Banjir[sunting | sunting sumber]

Banjir besar selalu melanda kawasan Seri Medan. Ia merupakan masalah tahunan yang dihadapi oleh sekolah ini sejak tahun 70an hingga pertengahan tahun 80an. Apabila banjir besar berlaku, sekolah ini kerapkali dijadikan pusat pemindahan dan penempatan mangsa-mangsa banjir. Pada tahun 1985 sekolah ini telah dijadikan pusat pemindahan selama 3 bulan. Pada tahun 1987 pula, sekolah dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir selama sebulan khas untuk 689 orang pelajar sekolah ini. Banjir yang saban tahun melanda daerah ini menyebabkan sekolah terpaksa ditutup dan dibuka kepada penduduk kampung.

Kunjungan[sunting | sunting sumber]

Sekolah yang terletak diluar bandar ini juga pernah menerima kunjungan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan juga orang-orang kenamaan dan pembesar-pembesar negara. Di antaranya adalah seperti berikut :

17 Julai 1975 - En. Omar b. Md. Hashim (Pengarah Pendidikan Johor)

9 Jun 1976 - Datuk A.Kadir b. Talib (Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia)

10 Januari 1978 - En. Idris b. Tain ( Pengarah Pendidikan Negeri Johor)

26 Disember 1982 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor

19 Februari 1983 - Menteri Besar Johor, Abdul Ajib Ahmad

28 Mei 1985 - Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 dan bekas Pengerusi BERSATU, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

16 Mac 1986 - DYMM Tengku Mahkota Johor

15 Januari 1987 - Menteri Besar Johor ke-13, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-10, Perdana Menteri Malaysia ke-8, Presiden BERSATU dan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin

15 September 1988 - Tn. Hj. Ibrahim Yahya (Timbalan Pengarah Pendidikan Johor 1)

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

1.1.1965 hingga 31.12.1968 - En. Johar b. Abu Bakar (Allahyarham)

1.1.1969 hingga 31.12.1969 - Tn. Hj. Ahmad b. Abd. Rahman

1.1.1970 hingga 31.12.1979 - Tn. Hj. Omar b. Othman

1.1.1980 hingga 31.12.1983 - Tn. Hj. Paiman b. Hussein(Allahyarham).

1.1.1984 hingga 30.04.1988 - Tn. Hj. Mohd. Fahmi b. Mohd. Yusof.

1.5.1988 hingga 16.10.1992 - En. Yaacob b. A. Kadir

17.10.1992 hingga 5.8.1994 - Tn. Hj. Ismail b. Mohd. Talib

1.01.1995 hingga 15.5.1995 - En. Mohamed Anuar b. Jaafar

16.8.1995 hingga 30.6.1997 - Pn. Hjh. Jamiliah bt. Md. Noh

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]