SMS Seeadler (Pengalih angin)
![]() Pass of Balmaha, kemudian SMS Seeadler
| |
Sejarah | |
---|---|
![]() | |
Nama: | SMS Seeadler |
Bersempena dengan: | Helang Laut |
Dipesan: | 1878 sebagai Pass of Balmaha |
Pembina: | R Duncan & co |
Dilancarkan: | 1878 |
Diperolehi: | 1915 |
Ditauliah: | 1915 |
Takdir: | Rosak 2 Ogos 1917 |
Ciri-ciri umum | |
Sesaran: | 4500 tan (1571 tan tanan berdaftar kasar (GRT) |
Panjang: | 83.5 m |
Lunas: | 11.8 m |
Draught: | 5.5 m |
Jana kuasa: | 1 aci, enjin disel tambahan, 900 kuasa kuda |
Sail plan: | 3 tiang layar, layar penuh, keluasan layar 2600 m2 |
Halaju: | 9 knot |
Anak kapal: | 64 |
Persenjataan: | 2 - meriam 105mm |
SMS Seeadler (Bahasa Jerman: lang laut) ialah kapal pengalih angin bertiang layar tiga. Kapal ini merupakan satu-satunya kapal jenis kuasa stim/layar yang digunakan dalam perang apabila ia digunakan sebagai sebuah kapal penyerang kapal dagang oleh Empayar Jerman semasa Perang Dunia Pertama.
Kapal ini dibina sebagai Pass of Balmaha, kapal bendera AS; ia ditawan oleh kapal selam Jerman, U-36, dan pada tahun 1916 ia diubah suai menjadi kapal penyerang perdagangan. Kapal ini mengalami kejayaan sebagai Seeadler, menawan dan menenggelamkan 15 buah kapal dalam tempoh 225 hari, sehinggalah ia ranap di Polinesia Perancis pada September 1917.
SMS Seeadler
[sunting | sunting sumber]Semenjak tahun 1916, kapal-kapal perang Jerman dikepung pihak Berikat di Laut Utara, dan apa jua kapal penyerang kapal dagang yang berjaya membolosi kepungan tersebut tidak ada tempat atau pengakalan di negara-negara asing ataupun tanah-tanah jajahan untuk mendapatkan bekalan bahan api, batu arang. Ini menimbulkan idea tentang penggunaan kapal layar yang sudah tentu tidak memerlukan batu arang.
Seeadler dilengkapi enjin bantuan, tempat tinggal tersorok, tempat penginapan anak kapal tambahan dan orang tawanan, dua meriam 105 mm yang tersorok dan dapat muncul dari dek, dua mesingan berat yang tersorok, dan raifel bagi pasukan yang menaiki kapal musuh. Senjata-senjata ini jarang digunakan dan kebanyakan daripada 15 kapal yang ditemui Seeadler ditenggelamkan dengan hanya seorang tercedera pada kedua-dua belah pihak sepanjang pelayarannya.

Pada 21 Disember 1916, kapal belayar di bawah perintah Kapitanleutnant Felix von Luckner. Kapal menyamar sebagai kapal pembawa kayu Norway dan berjaya membolos kepungan British mahupun dinaiki pasukan pemeriksa British. Anak-anak kapal dipilih khas dan boleh berbahasa Norway. Dldalam 225 hari berikutnya kapal layar ini berjaya menawan 15 kapal di Lautan Atlantik dan Pasifik sambil mengelak tentera-tentera laut British dan AS yang mengejarnya.
Perjalannanya berakhir setelah terkandas pada terumbu di pulau Mopelia 450 km dari Tahiti di gugusan Society Islands, sebahagian daripada Polinesia Perancis. Luckner dan beberapa orang anak kapal belayar menuju ke Fiji, di mana mereka ditawan dan dipenjarakan. Sebuah skuner Perancis, Lutece, berat 126 tan, ditawan anak kapal yang lain pada 5 September 1917. Mereka belayar ke Pulau Easter dengan nama Fortuna, dan tiba pada 4 Oktober. Mereka terkandas di sana dan akhirnya ditawan pihak berkuasa Chile.
Kapal-kapal yang ditawan
[sunting | sunting sumber]
Enam belas buah kapal, dengan tanan tuntas sebanyak 30,099 tan, ditawan Seeadler antara 21 Disember 1916 dan 8 September 1917. Melainkan dicatatkan, semua kapal merupakan kapal kuasa stim.
- Gladis Royle, 3,268 tan, ditawan dan ditenggelamkan 9 Januari 1917.
- Lundy Island, 3,095 tan, ditawan dan ditenggelamkan 10 Januari 1917.
- Charles Gounod, 2,199 tan, barque Perancis, ditawan dan ditenggelamkan 21 januari 1917.
- Perce, 364 tan, skuner, ditawan dan ditenggelamkan 24 Januari 1917.
- Antonin, 3,071 tan, barque Perancis, ditawan dan ditenggelamkan 3 Februari 1917.
- Buenos Ayres, 1,811 tan, kapal layar Itali, ditawan dan ditenggelamkan 9 Februari 1917.
- Pinmore, 2,431 tan, skuner, ditawan 19 Februari 1917 dan kemudiannya dikaramkan selepas digunakan untuk mengambil bekalan.
- British Yeoman, 1,953 tan, barque, ditawan dan ditenggelamkan 26 Februari 1917.
- La Rochefoucauld, 2,200 tan, barque Perancis, ditawan dan ditenggelamkan pada 17 Februari 1917.
- Dupleix, 2,206 tan, barque perancis ditawan dan ditenggelamkan 5 Mac 1917.
- Horngarth, 3,609 tan, ditawan dan ditenggelamkan 11 Mac 1917.
- Cambronne, 1,833 tan, barque Perancis ditawan dan dilepaskan 21 Mac, tiba di Rio de Janeiro, Brazil pada 30 Mac 1917.
- A. B. Johnson, 529 tan, skuner Amerika Syarikat, ditawan dan ditenggelamkan 14 Jun 1917.
- R. C. Slade, 673 tan, skuner Amerika Syarikat, ditawan dan ditenggelamkan 18 Jun 1917.
- Manila, 731 tan, skuner Amerika Syarikat, ditawan dan ditenggelamkan 8 Julai 1917.
- Lutece – lihat di atas.
Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Ships - Pass of Balmaha - Seeadler Diarkibkan 2006-05-15 di Wayback Machine
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan SMS Seeadler |