Kapal selam peluru berpandu balistik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari SSBN)
Kapal selam kelas Borei

Kapal selam peluru berpandu balistik adalah sebuah kapal selam yang dilengkapkan dengan peluru berpandu balistik. Peluru berpandu jenis ini juga dikenali sebagai peluru berpandu balistik lancaran kapal selam atau SLBM. SSBN pula merupakan simbol pengelasan badan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat untuk sebarang kapal selam berkuasa nuklear yang membawa peluru berpandu balistik.[1] Huruf SS mewakili Submersible Ship, B pula merujuk pada Ballistic missile, dan N Nuclear powered.

Keterangan[sunting | sunting sumber]

Kapal selam peluru berpandu balistik adalah lebih besar daripada mana-mana kapal selam dari jenis yang lain. Ini kerana ia perlu menempatkan SLBM. Antara jenis peluru berpandu balistik yang dibawa adalah R-29 buatan Rusia atau Trident buatan Amerika Syarikat. Meskipun kapal selam model-model awal harus timbul ke permukaan bagi melancarkan peluru berpandu balistik, kapal selam moden biasanya melancarkan peluru berpandu ini pada kedalaman lunasnya, biasanya kurang daripada 50 meter (164 kaki).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "SECNAVINST 5030.8" (PDF). United States Navy. 21 November 2006. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-03-26. Dicapai pada 10 September 2008. Unknown parameter |dateformat= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]