SS Zivilabzeichen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
SS Zivilabzeichen milik Hermann Senkowsky

SS Zivilabzeichen (Runic "↯↯"-Z.A.), ialah sejenis lencana SS yang dikeluarkan antara tahun 1933 dan 1938 kepada anggota SS.

Diterjemah sebagai "Lencana Awam SS", SS Zivilabzeichen ialah satu pin kecil lapel yang dipakai pada baju awam bagi melambangkan keahlian didalam SS. Lencana tersebut paling biasa diberikan kepada anggota Sicherheitspolizei yang merupakan anggota veteran SS. Tidak terdapat kriteria yang ditetapkan untuk pengeluaran SS-Z.A., dan anggota SS hanya perlu memohon kepada SS-Hauptamt untuk menerima lencana awam tersebut.

Nombor Lencana Awam yang diketahui[sunting | sunting sumber]

Adolf Hitler telah diberikan nombor "1" kehormat SS dan telah dikurniakan satu Zivilabzeichen oleh pihak SS. Lencana tersebut telah disimpan di apartmen Munich Hitler sehingga ia diambil oleh Leftenan Philip Ben Lieber pada tahun 1945.[1] Lencana tersebut, bersama dengan sejumlah barangan yang lain kepunyaan Hitler, telah dijual melalui Mohawk Arms kepada para pengumpul Stephen Wolfe and Neil Hardin. Pada tahun 2013, seluruh barangan Hitler telah dibeli oleh pengumpul barangan antik tentera dan peniaga Craig Gottlieb.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Craig Gottlieb Militaria (1930-04-20). "Hitler's SS Membership Pin". Craiggottlieb.com. Dicapai pada 2015-08-29.
  2. ^ Phillips, Erica E. (2014-03-25). "Sale of Items Linked to Hitler: Good Business or Bad Taste? - WSJ". Online.wsj.com. Dicapai pada 2015-08-29.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Templat:Germany-stub