Sa'd bin Mu'az

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sa'd ibn Mu'adh (Arab: : سعد ابن معاذ) ialah seorang ketua Bani Aws, satu daripada dua suku besar Arab yang menghuni Yathrib (Madinah).

Biografi[sunting | sunting sumber]

Sa'd memeluk Islam pada tahun 622 (1 H), apabila Nabi Muhammad (SAW) berhijrah ke Madinah yang dikenali sebagai Yathrib pada masa itu. Sa'd merupakan orang ternama kaum Ansar, gelaran yang diberikan Nabi Muhammad kepada Bani Aws dan Bani Khazraj yang memeluk Islam dan membantu baginda.

Sebelum memeluk Islam, Sa'd merupakan kawan rapat Umayah ibn Khalaf, seorang Quraisy Makkah yang mendera Bilal bin Rabah. Sa'd biasa tinggal bersama Umayah semasa beliau berada di Makkah, dan sebaliknya. Sebelum Perang Badar, Sa'd sedang melawat Makkah bagi melakukan 'Umrah' (lawatan) bersama-sama rakan musyriknya Umayah bin Khalaf apabila mereka terserempak dengan Abu Jahal.[1].

Berikutan Perang Ahzab pada tahun 627 M (5 H), dalam mana pihak Quraisy Makkah dan sekutu Gabungan mereka gagal menawan Madinah, orang Islam mengepung suku Yahudi Bani Quraizah yang telah belot dan mengkhianati perjanjian mereka dengan Nabi Muhammad dengan membantu musuh dan mengancam Madinah dari dalam. Bani Quraizah bertahan di dalam kubu mereka buat beberapa minggu tetapi pada akhirnya menyerah diri kepada orang Islam.[2]

Kaum Quraizah ditawan dan dibawa menghadapi pengadilan di atas pengkhianatan mereka. Beberapa orang Aws merayu bagi pihak sekutu lama mereka (lihat Pertempuran Bu'ath). Apabila dibawa ke meja pengadilan, Bani Quraizah memohon agar dihakimi oleh orang daripada sekutu mereka (yakni Aws). Nabi Muhammad bersetuju dan melantik Sa'd sebagai hakim. Pilihan Nabi Muhammad ini juga dipersetujui Quraizah.[3][4][5] Sa'd tercedera dalam pertempuran awal dan hampir menemui ajalnya. Semasa pengadilan orang Yahudi Quraizah, beliau menyatakan bahawa Quraizah akan dihakimi mengikut hukum-hakam agama yang dianuti mereka, yakni Judaisme. Dengan mengikut hukum Taurat Sa'd memutuskan bahawa kesemua orang lelaki Quraizah dikenakan hukum bunuh sementara wanita dan kanak-kanak dakan diambil sebagai hamba.

Sa'd meninggal dunia sejurus selepas pulang ke Madinah.

Nota[sunting | sunting sumber]

  • Imam al-Bukhari. "Sahih al-Bukhari". Al-Maghazi. Dicapai pada 2 Sept 2012. Text "publisher" ignored (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  • Muir, William (sir.) (1858). "Yathreb or Medîna". The Life of Mahomet. Smith. Dicapai pada 2011-11-11.CS1 maint: ref=harv (link)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sahih Bukhari, Jilid 5, Buku 59, Hadis nombor 286Imam al-Bukhari. "Sahih al-Bukhari". Al-Maghazi. Dicapai pada 2 Sept 2012. Text "publisher" ignored (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ Muir, William (1858). "Yathreb or Medîna". The Life of Mahomet. Smith. Dicapai pada 2011-11-11.CS1 maint: ref=harv (link)
  3. ^ Mohammed Abu-Nimer (2000–2001). "A Framework for Nonviolence and Peacebuilding in Islam". Journal of Law and Religion. 15 (1–2): 247.CS1 maint: date format (link)
  4. ^ Hashmi, Sohail H. (2003). States, Nations, and Borders: The Ethics of Making Boundaries. Cambridge University Press. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  5. ^ Khadduri, Majid (1955). War And Peace in the Law of Islam. Baltimore: Johns Hopkins Press.