Saad bin Haji Daud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Cendekiawan Islam
Ulama tersohor dari Kelantan
Nama: Haji Saad bin Haji Daud
Gelaran: Haji Saad Kangkong
Lahir: 1893
Wafat: 22 Jamadil Akhir 1362 bersamaan 12 Jun 1943
Etnik: Melayu
Rantau: Semenanjung Tanah Melayu


Haji Saad bin Haji Daud (1893-1943) atau lebih dikenali sebagai Haji Saad Kangkong merupakan salah seorang tokoh ulamak di nusantara yang terkemuka dan antara yang bertanggung jawab mengembangkan syiar Islam di nusantara. [1]

Kedudukan nusantara diantara jalan perdagangan tanah Arab dengan negara China merupakan peluang yang membenarkan kawasan nusantara menjadi satu kuasa bertaraf antarabangsa yang dipengaruhi oleh idea dan kebudayaan daripada bangsa Arab, India dan China.

Haji As'ad bin Haji Daud merupakan imam sewaktu perintis di Masjid Besar Kota Bharu. Guru Kitab Arab paling muda di Halaqat kitab Masjid Muhammadi. Rakan setugas haji Yaakub Legor dan Haji Yaakub Lorong Gajah Mati.

Haji As'ad bin Haji Daud dilahirkan di Kampung Kangkong, Pasir Mas, Kelantan pada 1893. Beliau tidak jemu-jemu belajar dan mengajar, semenjak muda sampai beliau tua. Guru guru utamanya termasuk Tok Kenali, Haji Ahmad Hafiz, Mufti Haji Wan Musa dan anaknya, Haji Nik Abdullah. Juga disebut-sebut pernah menuntut di Makkah selama tujuh tahun.

Apabila pentadbiran Majlis Agama Islam Kelantan. (MAIK) memperkenalkan jawatan Imam Sembahyang Waktu di Masjid Besar Kota Bharu (sekarang Masjid Muhammadi) beliau terpilih sebagai penyandang pertamanya berkhidmat mulai 19 Jun 1927 hingga 31 Disember 1930 bergaji RM 15 sebulan. [2]

Sepanjang dasarwarsa 1930-an, beliau bertugas sepenuh masa sebagai guru kita Arab di masjid Muhammadi (nama rasmi Masjid Besar Kota Bharu) bergaji RM30 sebulan dan meningkat ke RM 40 apabila bertukar ke Jami'merbau al-ismail (sejak awal 1941) Haji Saad menggalakkan murid muridnya supaya membaca akhbar dan majalah bagi menambah ilmu pengetahuan.

Antara murid murid kenamaanya termasuk Dato' Haji Ismail ( Mufti Kerajaan Kelantan ) , Haji Abdul Rahman Lubok Tapah, Haji Nik Man Sungai Budor, Haji Awang Beta, Haji Yusuf Tasik Berangan, Haji Nik Daud Tanah Merah, Haji Osman Padang Siam, Haji Ibrahim Apa-Apa , Haji Ismail Kampung Talak, Haji Che Mat Padang Upeh, Haji Yaakub Wakaf Baharu , Haji Abdullah Kampung Laut, Haji Abdullah Aur Cina, Haji Abdullah Gemuk (Hutan Pasir), haji Mohd Amin Tok Bachok ( Qadhi ), haji Mstafa Idris ( Psesara Timbalan Qadhi Besar Kelantan ) , Ustaz Haji Wan Ahmad kampung Menuang, Haji Yaakub Kg. Sireh ( Pegawai Agama MAIK ), Haji Abdul Syukur Kubang Gendang ( Kemudian menjadi menantunya) , Haji Abdul Wahid Sungai Udang ( Melaka ), Haji Husein Hafiz Umbai ( Melaka ), Ahmad Zaini Haji Tahir Asahan ( Sumatera ) dan Haji Shuaib Ahmad kampung Pulau Kerengga, Marang (Terengganu). [2]

Sebagai mana rakan rakan seperjuangannya beliau turut dilantik menjadi ahli (mesyuarat ) Majlis Agama Islam Kelantan ( 1940 ) . Tuan Guru Haji Saad Kangkong ditakdirkan meninggal dunia secara mengejut dirumahnya sekitar jam 11 pagi 22 Jamadil Akhir 1362 bersamaan 12 Jun 1943. Bakat beliau dalam kegiatan dakwah kini diwarisi cucunya Dr. Abdul Hayie Abdul Shukor ( Pensyarah Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya. )[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Oleh Abdul Rahman Haji Abdullah, "Pemikiran Islam di Malaysia: sejarah dan aliran" Gema Insani, 1997 - Islam - 393 halaman. Diambil 30 November 2018
  2. ^ a b Oleh Cempaka, Haji Saad Bin Haji Daud Antara Guru Kitab Arab Paling Muda Di Halaqat kitab Masjid Muhammadi. 11 September 2017 . Diambil 30 November 2018
  3. ^ Oleh Dr. Abdul Hayei Bin Abdul Sukor, "Biodata Dr Abdul Hayei Bin Abdul Sukor", TOKOH-TOKOH HADITH DI MALAYSIA - Isnin 13 Oktober 2014, Diambil 30 November 2018

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.