Sabah Film Productions
Persendirian | |
Industri | Perfileman |
Nasib | Dibubarkan (1992) |
Ditubuhkan | Malaysia (1980) |
Pengasas | Deddy M. Borhan |
Ibu pejabat | Malaysia |
Tempat diberi khidmat | Malaysia |
Tokoh penting | Deddy M. Borhan |
Output pengeluaran | Filem melayu berwarna |
Perkhidmatan |
|
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Syarikat ini ditubuhkan oleh usahawan filem dari Sabah, iaitu Deddy M. Borhan. Syarikat ini ditubuhkan diwaktu industri perfileman di Malaysia melalui zaman gelap. Di tambah dengan kehilangan seniman agung, Tan Sri P. Ramlee, melengkapkan lagi kegelapan industri filem di Malaysia yang telah dibanjiri dengan filem-filem luar seperti Indonesia, Inggeris dan Hindustan.
Atas kesedaran untuk melihat filem Malaysia maju, beliau bersama Seniman Aziz Sattar menerbitkan filem bawah syarikat beliau. Maka lahirlah filem Keluarga Si Comat. Selepas mendapat sambutan yang menggalakkan, syarikat ini menerbitkan beberapa buah filem sehingga tahun 1992.
Kejayaan[sunting | sunting sumber]
Syarikat ini telah menempa beberapa kejayaan dalam industri. Antaranya, kejayaan filem Azura menjadi filem Melayu dan filem Malaysia pertama mendapat kutipan pecah panggung pada zaman 1980-an.
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Antara filem yang diterbitkan bawah syarikat ini:
- Yang Disayangi
- Si Jantung
- Pagar-Pagar Cinta
- Di Ambang Kasih
- Azura
- Talak
- Mat Salleh Pahlawan Sabah
- Manis-Manis Sayang
- Toyol
- Sumpah Semerah Padi
- Si Badol
- Kisah Seorang Biduan
- Pendekar
- Hapuslah Air Matamu
- Seiring dan Sejalan
- Keluarga Si Comat
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() | Rencana berkenaan filem ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
'Teks tebal''''Teks tebal''''