Pergi ke kandungan

Sabri Yunus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sabri Yunus

Kelahiran
Mohd Sabri bin Yunus

(1961-09-08) 8 September 1961 (umur 64)
PekerjaanPelawak, pelakon, penyanyi, pengacara, pengarah, penulis skrip
Tahun aktif1990–kini
PasanganNorraya Mohd. Yusof (k. 1989; m. 2007)
Angeline Tan (k. 2023)
KerabatTan
(secara perkahwinan)
Anak-anak3

Mohd Sabri Yunus (lahir 8 September 1961) ialah seorang pelawak, pelakon, penyanyi, pengacara, pengarah dan penulis skrip lelaki Malaysia.[1][2][3] Beliau terkenal dengan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan telefilem Pok Ya Cong Codei.

Beliau dilahirkan di Kampung Landak, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 1961. Beliau merupakan anak ketiga daripada tujuh adik beradik. Beliau juga merupakan anak kepada ketua kampung (Tok Nghulu Yunus). Beliau berkahwin dengan Norraya Mohd. Yusof dan dikurniakan tiga cahaya mata. Namun, Norraya meninggal dunia pada 2007 kerana menghidap penyakit kanser. Sabri mula berlawak ketika di tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa, dan pernah muncul sebagai juara lawak antara kelas. Sewaktu di bangku sekolah beliau amat popular di kalangan rakan-rakan dan guru kerana perangainya yang suka berlawak itu. Beliau meminati lakonan Allahyarham S. Kadarisman yang mempunyai gaya tersendiri. Sebelum bergiat teater di Dewan Bahasa dan Pustaka, Sabri terlebih dahulu mengasah bakat sebagai pengarah ketika di tingkatan enam lagi. Ketika itu sambutan ulang tahun sekolah dan beliau tanpa pengalaman mengarah telah mengambil skrip teater Mayat dari Dewan Sastera untuk dipentaskan. Menjadi Otai Lawak bagi program Raja Lawak Astro pada 2007.

Pada 14 Oktober 2023, Sabri Yunus berkahwin kali kedua dengan aktres Angeline Tan yang juga pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dalam satu majlis tertutup di Kangar, Perlis. [4]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pelakon Pengarah Penulis skrip
1990 Driving School Ya Tidak Tidak Bomoh Filem pertama
1992 Wanita Bertudung Hitam Ya Ya Tidak Iskandar Juga sebagai pengarah seni
1993 Imigran Ya Tidak Tidak Daud
1995 Sayang Salmah Ya Tidak Tidak Tuan Rumah Penampilan khas
1996 Yes Tuan Ya Tidak Tidak Mamat
1999 Jogho Ya Tidak Tidak Jali
2004 Puteri Gunung Ledang Ya Tidak Tidak Sang Setia
2007 Budak Lapok Ya Tidak Tidak Bapak Aziz/Sattar (suara)
2010 Magika Ya Tidak Tidak Bendahara
2011 Kembar Siang Ya Tidak Tidak Pak Din Duda
Libas Ya Tidak Tidak Hj Hasbullah Awang Pelakon undangan
Sanggul Beracun Ya Ya Ya Alang Ludin Filem langganan Astro Citra Eksklusif & Filem arahan pertama
2012 Mael Lambong Ya Tidak Tidak Ketua Ejen
Seram Sejuk Ya Tidak Tidak Che Mey
Hantu Kapcai Ya Tidak Tidak Ayah Ajib (Tahun 1970an) Penampilan khas
2013 Kolumpo Ya Tidak Tidak Rahim
2015 Jejak Warriors Ya Tidak Tidak Atuk Penampilan khas
2016 Dukun Doktor Dani Ya Ya Ya Dukun Sudin
Hanyut Ya Tidak Tidak Mahmat
2018 Hantu Kak Limah Ya Tidak Tidak Ketua Kampung / Abe Yie Pelakon undangan
One, Two, Jaga Ya Tidak Tidak Penjual
2020 Butak Ya Ya Ya Pak Man
2021 Sabda Kekasih Ya Tidak Tidak Abah Sufi
2023 Duan Nago Bogho Ya Ya Ya Pok Su Ki
Coast Guard Malaysia: Ops Helang Ya Tidak Tidak Pak Amir @ Mustafa
Merewang Keluarga Pak Awang Ya Tidak Tidak Pak Awang
2024 Janna Endoro Ya Tidak Tidak
19 Puasa: Playboys Of Plestik Hitam Ya Tidak Tidak Penampilan khas
Roxana Ya Tidak Tidak
2025 Denu Ya Tidak Tidak Pok Yeh
Baran Ya Tidak Tidak Pak Mat
Malam Terlarang Ya Tidak Tidak Haji Mokhtar
TBA Libang Libu Ya Tidak Tidak Dalam-produksi
Pi Mai Pi Mai Tang Tu The Movie Ya Tidak Ya Wan Ismail Golok Dalam perancangan

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah Penulis skrip
1994 Dunia Punya Cerita Ya Tidak Tidak TV3 Telefilem pertama
1998 Komik Ya Tidak Tidak Samad
2003 Tiga Dara Pingitan Ya Tidak Tidak Bapa Awa VCD
2009 Rompakan Kabinet Ya Tidak Tidak Jim Astro Ria
2010 Drogba & Rooney Ya Tidak Tidak Ustaz Kamaruzaman / Imam Zulhijjah / Pencuri / Pemandu Teksi Astro Prima
2011 Wangi Setanggi Ya Tidak Tidak Pak Nasir Astro Oasis
2012 Sorok Bau Budu Ya Tidak Tidak Astro Prima
Kampung Semerah Padi Ya Tidak Tidak Penghulu Siak TV1
2013 Vespa Sarip Dol Ya Ya Tidak Din Astro Prima
Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman Tidak Ya Ya Astro Box Office
2014 Cikgu Gangster Ya Tidak Tidak Astro Ria
Nasi Dagang Nasi Ayam Ya Tidak Tidak
2016 FB Mak Ya Tidak Tidak TV2
Dari Kerana Mata Ya Tidak Tidak Unifi TV Penampilan khas
Karya 12: Wau Kasih Ya penolong Tidak Astro Citra Sebagai penolong pengarah
2017 Sinar Cinta Ya Ya Tidak TV9
Mengharap Sebuah Keredhaan Ya Ya Tidak
16 Puasa Ya Tidak Tidak Abe Li Astro First Ekslusif
Che Pa Tidak Ya Tidak
Ali Ya Tidak Tidak Pak Iki TV3
Kembalikan Syawalku Ya Tidak Tidak Pak Jamil Astro Citra
Kita Bukan Anjing Ya Ya Tidak
2018 Pok Ya Cong Codei Ya Ya Ya Pok Ya
Kebaya Mek Hwa Tidak Ya Ya TV3
Cekelat Tak Semanis Honey Ya Tidak Tidak Astro Citra
Kampung Kuala Lambat Ya Tidak Tidak Dewa
Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati Ya Ya Ya Pok Ya
2019 Wali Jantan Sematan Tidak Ya Tidak TV Okey
2020 Panjak 7 Ya Ya Tidak Pak Ngah Agel TV3
10 Malam Terakhir Tidak Ya Ya TV Okey
Satu Kampung Dua Orang Ya Ya Tidak Juang Astro Citra
Pak Dogo Ya Ya Tidak Senik
Kelab Gentleman Ya Tidak Tidak TV3
Cucu Nek Putih Ya Ya Tidak Astro Citra
Poster Wayang Terakhir Tidak Ya Tidak TV1
2021 Dia Abangku Ya Ya Ya
2022 Am'ma Ya Ya Ya Pak Harun TV Okey Penampilan khas
Mat Ri Ye Pak Din Ya Tidak Tidak Pak Din Awesome TV
Terbuka Pintu Syurga Ya Tidak Tidak Yunus Astro Prima
Dalang Ya Ya Ya Tok Dalang TV1
2023 Durjana Pujaan Ya Tidak Tidak Tahir
Tumpat Berdarah Ya Ya Ya Nir Dir Tonton
2024 Gadis Pasir Mas Ya Ya Tidak Pok Na TV1
TBA Dari Rahim Yang Sama: Mencari Cahaya Di Hujung Derita Ya Tidak Tidak Pak Ayob TV3
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah Penulis skrip
1990 Camni Cantu Ya Tidak Tidak TV1 Drama pertama, sitkom
2+1 Ya Tidak Tidak Sitkom
1992 Pak Din K.K Ya Tidak Tidak
1992–2004 Pi Mai Pi Mai Tang Tu Ya Tidak Tidak Wan Ismail Golok TV3
2007 Salam Pantai Timur Ya Tidak Tidak Pelbagai watak TV1
2008 Nik & Nani Ya Tidak Tidak
2009 Angguk-Angguk Geleng-Geleng Ya Tidak Tidak Zakaria TV2
Pemanduku Jutawan Ya Tidak Tidak TV3
Kampung Jaguh Ya Tidak Tidak Pak Hassan Astro Warna
2011 Moh Ke Kafe Kita Ya Tidak Tidak Pak Itam TV3 Sitkom
Kias Ramadan Ya Tidak Tidak Suami Episod: "Sutera Cina Di Kaki Lima"
2019 4 Penjuru Ya Tidak Tidak Astro Citra
2019–2021 Keluarga Baha Don Ya Tidak Tidak Abe Wan Katok Viu
2020 Tanya Sama Pokok Ya Ya Tidak Pak Don Astro Warna
2022 4 Abdul 1 Mohd Ya Ya Ya Abdul Jabar / Abdul Wasit / Abdul Somad / Abdul Hakim Astro Ria
Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti Ya Ya Ya Pok Ya
Bukan Pi Mai Pi Mai Ya Ya Ya Wan Seman
2023 Salam Famili Ya Tidak Tidak Pak Din Astro Ceria
Nak Dengar Cerita Hantu? Tidak Ya Tidak DEGUP
2024 Kampung Puasa Ya Ya Tidak Ketua Kampung Astro Ceria
Perang Nasi Dagang: Kelate VS Ganu Ya Tidak Tidak Stopa Astro Warna
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Pac-Man and the Ghostly Adventures Specter TV9 Suara
Tajuk
Wangi Tak Saksi
Patah Sayap Terbang Jua
Tok Selampit
Matinya Seorang Pahlawan
London
Pentas Opera
Cindai
Menunggu Kata Dari Tuhan

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2007 Raja Lawak Astro (Musim 1) Otai Lawak Astro Ria
2012 Karoot Komedia Pengacara Astro Warna Tukang Karut
2012-2015 Karoot Komedia X Pengacara Tukang Karut
2017 Di Balik Tawa (Musim 1) Dirinya sendiri
2018 Panggung Karoot Pok Ya Pok Ya
2023 Mega Spontan Mentor
2024 Sepahtu Reunion Al-Moreh Cameo Episod: "Bukan Aku Tak Cinta"
Angeline Tanya Abang Jawab Sabri TV AlHijrah

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio

[sunting | sunting sumber]

Sabri dan rakan pelawak Ahmad Busu pernah bergandingan pada tahun 1993 merakamkan album istimewa sempena perayaan Aidilfitri yang serentak dengan sambutan Tahun Baru Cina. Album yang diberi judul Jangan Mercun! Kongsi, Kongsi, Kongsilah" menampilkan 10 lagu baru dan duo ini popular dengan lagu Kisah Seorang Bujang.
Runut

  • Kongsi, Kongsi, Kongsilah (2:40)
  • Jangan Main Mercun (4:00)
  • Dikir Raya (4:14)
  • Kisah Seorang Bujang (4:30)
  • Sketsa Malam Raya (2:00)
  • Raya Sakan (4:25)
  • Jom-jom Balik (1:50)
  • Selamat Hari Raya (4:14)
  • Halalkan (4:30)
  • Anak Bulan (3:00)

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
  • Pelakon Lelaki Komedi TV Terbaik (Anugerah Seri Angkasa 2005)
  • Artis Komedi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular (1993 - 1996 dan 2000)
  • Anugerah Khas Filem Semangat ASEAN - Duan Nago Bogho (AIFFA 2023)
  • Tercalon Filem Terbaik - Duan Nago Bogho (AIFFA 2023)
  • Tercalon Pengarah Terbaik - Duan Nago Bogho (AIFFA 2023)
  • Tercalon Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (2024)
  • Tercalon Pengarah Terbaik - Duan Nago Bogho Festival Filem Malaysia ke-33 (2024)
  • Tercalon Lakon Layar Terbaik - Duan Nago Bogho Festival Filem Malaysia ke-33 (2024)

Kehormatan

[sunting | sunting sumber]
  •  Kelantan
    • Seri Mahkota Kelantan (S.M.K.) (2025)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]