Sabrina Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sabrina Ali
Kelahiran
Sabrina Nadira binti Ali Dad Khan

(1980-06-26) 26 Jun 1980 (umur 43)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2000–kini
Pasangan
  • Mohd Shahrin Abd Halim (k. 2006; c. 2011)
  • Syed Amirul Syed Ahmad (k. 2012; c. 2014)
Anak-anak3
Saudara

Sabrina Nadira binti Ali Dad Khan (lahir 26 Jun 1980) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia, terkenal dengan peranan di televisyen dan filem.[1][2] Beliau merupakan anak saudara penerbit filem terkenal, Datuk Dr. Yusof Haslam dan sepupu kepada Syamsul Yusof.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 26 Jun 1980 di Kuala Lumpur dan mempunyai seorang abang. Beliau mempunyai darah campuran Melayu dan Pakistan. Bapa kandungnya berketurunan Pakistan manakala ibunya berdarah campuran Melayu dan Pakistan. Sepupu beliau ialah pasangan adik-beradik pelakon dan pengarah filem terkenal, iaitu Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof. Bapa saudara beliau ialah Datuk Yusof Haslam yang merupakan pelakon, pengarah, penerbit filem dan pengasas Skop Productions, ibu beliau merupakan kakak kepada Datuk Yusof.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sabrina Ali dan suami menyertai musim kedua rancangan Sehati Berdansa, sebuah program realiti tarian terbitan Astro,[4] bersama-sama peserta selebriti lain termasuk Sazzy Falak dan suami, Nazril Idrus. Beliau kemudiannya, berlakon bersama Tania Hudson dalam siri TV, Mayang Mengurai di TV3.[5]

Beliau membuat penampilan pertama di layar lebar menerusi filem seram Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011) arahan Syamsul Yusof yang mana beliau memegang watak sebagai Anna, bekas teman wanita Johan lakonan sepupunya.[6] Beliau kembali bekerja dengan Syamsul menerusi watak sebagai Zati, ibu tiri Maria lakonan Nabila Huda dalam filem seram yang meraih kutipan pecah panggung, Munafik (2016).[7] Peranan filem beliau yang lain termasuk watak sebagai Faridah dalam filem drama biografi, Makrifat Cinta[8][9] dan sebagai Diana dalam KL Special Force.[10]

Sabrina juga muncul dalam iklan pesanan khidmat masyarakat, "#PintarkahAnda" terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Pada 13 Januari 2018, beliau melancarkan produk wangian Sphere Perfume Sweet dan Exclusive Sabrina, yang dikhususkan untuk wanita dan mesra wuduk.[11]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sabrina berkahwin sebanyak dua kali.[12] Beliau pernah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Mohamad Shahrin Abdul Halim yang berasal dari Singapura pada 2006, mereka memfailkan perceraian pada 2010. Beliau kemudiannya berkahwin dengan Syed Amirul Syed Ahmad pada 2011 dan bercerai tiga tahun kemudian.[13][14]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Khurafat: Perjanjian Syaitan Anna Filem pertama
2016 Munafik Zati
2017 Dorm Melati Rose
2018 Makrifat Cinta Faridah
KL Special Force Diana
2019 Rise to Power: KLGU Victoria Cortez
2021 Penunggang Agama Datin Maria

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2004 Sephia Haida TV3
2005 Salina 2 Salina Menggantikan Sharifah Haslinda
2005–2008 Dilema Wanita Pelbagai TV1 Watak berulang
2006 Janji Diana Sabrina TV2 Drama adaptasi filem
2008 Kasih Iftitah TV3
2009 Matahari
2010 Mayang Mengurai Kornilam
Fitrah Wanita TV2
Ulek Mayang Puteri Mayang Mengurai TV3
2012 Ameera Rozi
Tanah Kubur (Musim 3) Zainab Astro Oasis Episod: "Anak Angkat"
2014–2019 Gerak Khas Pelbagai TV2 Watak berulang
2014 Kifarah (Musim 1) Isma TV3 Episod: "Wifi Ada Tak"
Tanah Kubur (Musim 9) Tasha Astro Oasis Episod: "Mushahaqah"
2018 Sejuta Rasa Buat Adelia Puan Mona Astro Ria
Mata Ketiga Liza Tonton Pelakon undangan
2019 Cemburu Seorang Perempuan Nad Astro Ria Drama adaptasi novel karya Siti Hazneza.
Dia Yang Ku Cinta Mak Su TV3
2020 Budak Tebing (musim 1) Murni
KL Gangster: Underworld 2 Victoria Cortez Iflix
2021 Malaysian Ghost Stories Zubaidah Astro Ria Episod: “Hantu Raya”
Ali Alia Shila Astro Prima
2022 Jiwa Wanita TV9
Gerak Khas Undercover (Musim 2) Tisha TV3 Episod: "Proksi"

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Dosa Siapa? Faridah TV3
2016 Munajat Suci Astro Prima
2021 Kampong Bharu Fatimah TV2

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2009 Sehati Berdansa (Musim 2) Peserta Astro Ria

Iklan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2017 "#PintarkahAnda"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sabrina Ali selesa berlakon filem seram". Astro Gempak. 17 Januari 2017. Dicapai pada 7 Februari 2018.
  2. ^ Nur Asyikin Mayudin (18 April 2018). Sabrina Ali hanya terima watak sesuai mStar Online. Dicapai pada 25 April 2018.
  3. ^ Mohd Aizat Shamsuddin (20 Februari 2016). Sabrina bangkit daripada kemurungan Berita Harian. Dicapai pada 2 April 2017.
  4. ^ Sein Ruffedge dan Nana bercerai
  5. ^ Raja Intan Dianna Raja Azaham (18 Januari 2010). "Mayang Mengurai, Rapunzel Melayu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 Julai 2018.
  6. ^ Saspens, Kejutan Diuji Dalam 'Khurafat' Diarkibkan 2011-01-25 di Wayback Machine, mStar Online, 20 Januari 2011. Dicapai pada 2 Februari 2011.
  7. ^ "Munafik bukan sekadar seram". Utusan Malaysia. 7 Februari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-08. Dicapai pada 16 April 2016.
  8. ^ Ramlah Zainal (23 Januari 2018). "Makrifat Cinta ala Bollywood". Harian Metro. Dicapai pada 6 Februari 2018.
  9. ^ Nadzarul Amir Zainal Azam (25 Januari 2018). "Makrifat cinta Syamsul, Balqis, Sabrina". Kosmo!. Dicapai pada 6 Februari 2018.
  10. ^ Elrafaei Sapi (16 Ogos 2016). "KL Special Force Filem Aksi Setanding Hollywood". Rojak Daily. Dicapai pada 7 Februari 2018.
  11. ^ "Actress Sabrina Ali launches wudhu friendly perfumw". The Sun Daily. 13 Januari 2018. Dicapai pada 5 April 2018.
  12. ^ Hanis Zainal, Allison Yap, R. Aravinthan (25 December 2017). After two divorces, Sabrina now fears marriage The Star (Malaysia). Diperoleh pada 5 April 2018.
  13. ^ Nur Asyikin Mayudin (15 Disember 2017). Dua kali gagal, Sabrina Ali belum sedia nak kahwin lagi mStar Online. Diperoleh pada 2 April 2018.
  14. ^ Nor Eryani Yusup (19 Disember 2017). Sabrina Ali belum sedia kahwin lagi Kosmo!. Diperoleh pada 2 April 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]