Sabronzo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sabronzo
Nama lahirWan Sabrina binti Wan Rusli
Kelahiran (1995-03-07) 7 Mac 1995 (umur 29)
Kelantan, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif2019–kini
Syarikat rakaman
Universal Music Malaysia
Pengkarya berkait
Dolla

Wan Sabrina Wan Rusli (Jawi: وان صبرينا وان رسلي) atau lebih dikenali dengan nama pentas, Sabronzo (Jawi: سابرونزو) (lahir 7 Mac 1995) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau terkenal sebagai salah seorang ahli kumpulan wanita Malaysia, Dolla, yang ditubuhkan pada 2019.[1][2][3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sabronzo ialah salah seorang ahli kumpulan Dolla sewaktu penubuhannya pada April 2019.[4] Beliau merupakan ahli kumpulan wanita DOLLA Selain beliau, ahli kumpulan lain terdiri daripada Angelina Chai Ka Ying (Angel), Norsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya) dan Tabitha Ariel Lam (Tabby). Mereka pada mulanya mengenali antara satu sama lain dan hanya bertemu semasa sesi ujibakat pencarian kumpulan penyanyi wanita baharu yang diadakan oleh Universal Music Malaysia. Sabronzo bersama rakan sekumpulannya meraih kejayaan komersial menerusi album sulung mereka, "Dolla Make You Wanna" yang dikeluarkan pada Mac 2020.

Beliau bersama Ismail Izzani dijemput bersama lapan lagi selebriti e-sukan tanah air dalam satu pertaru­ngan pertunjukan diberi nama MLBB All Star Funmatch yang diadakan pada 2 Oktober 2021 sempena sambutan ulang tahun kelima permainan Mobile Legends yang dibangunkan oleh Moktan sejak ia mula diterbitkan pada 14 Julai 2016.[5]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Dolla[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2023 Pulau Yaya Filem pertama

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Biodata penuh Sabronzo, penyanyi kumpulan Dolla". Oh Hiburan. 9 Ogos 2022. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  2. ^ Zaara Talita (23 Februari 2022). "Sabronzo Dolla dah lali kecaman seksi dari netizen". Harian Metro. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  3. ^ Ali Toupan Rajalee (31 Disember 2021). "Sabronzo (Dolla) lali dikecam imej seksi - "Setiap orang ada perjalanan sendiri dalam hal agama"". mStar Online. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  4. ^ Najiy Jefri (16 November 2021). "Bertahan selama mungkin". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2021.
  5. ^ Muhammad Zuhaily Badlishah (7 Oktober 2021). "Sabronzo, Ismail Izzani berlawan bawa geng". Kosmo!. Dicapai pada 17 Mei 2022.