Pergi ke kandungan

Sadaharu Oh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sadaharu Oh
Sadaharu Oh pada 2023
First baseman / Pengurus
Dilahirkan: (1940-05-20) 20 Mei 1940 (umur 85)
Sumida, Tokyo, Jepun
Pukulan: Kiri Balingan: Kiri
NPB debut
11 April, 1959, untuk Yomiuri Giants
Penampilan terakhir
12 Oktober, 1980, untuk Yomiuri Giants
Statistik NPB
Purata pukulan.301
Pukulan2,786
Home run868
RBI2,170
Stolen base84
Pasukan
Pemain

Pengurus

Eksekutif

  • Fukuoka SoftBank Hawks (2009–kini)
Kerjaya cemerlang dan anugerah
Pemain
Pengurus
Eksekutif
  • 8× Juara Japan Series (2011, 2014, 2015, 2017–2020, 2025)
Rekod NPB/Dunia
Ahli Jepun
Baseball Hall of Fame
Pelantikan1994
Wang Chen-chih
Sadaharu Ō
Cap tangan Sadaharu Oh
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional王貞治
Tulisan Cina Ringkas王贞治
Nama Jepun
Kanji王 貞治
Kanaおう さだはる

Sadaharu Oh (bahasa Jepun王貞治, Ō Sadaharu; lahir 20 Mei 1940), juga dikenali sebagai Wang Chen-chih (Cina tradisional: 王貞治pinyin: Wáng Zhēnzhì), ialah bekas pemain dan pengurus besbol profesional kelahiran Jepun berketurunan Taiwan yang kini merupakan pengerusi pasukan Fukuoka SoftBank Hawks dalam liga Nippon Professional Baseball (NPB).

Kerjaya bermain Oh berlangsung selama hampir empat dekad, dan sepanjang tempoh itu beliau hanya bermain untuk pasukan Yomiuri Giants. Oh memegang rekod dunia bagi jumlah home run terbanyak sepanjang karier, dengan 868 kali, lebih 100 kali melebihi pemegang rekod Major League Baseball (MLB), Barry Bonds.[1]

Oh bermain dan melontar secara kidal serta kebanyakannya beraksi sebagai penjaga tapak pertama. Beliau pada asalnya menandatangani kontrak dengan Yomiuri Giants pada tahun 1959 sebagai pemain pelempar, namun kemudiannya ditukar kepada pemukul sepenuh masa. Di bawah bimbingan jurulatih Hiroshi Arakawa, Oh mengembangkan gaya pukulan uniknya yang dikenali sebagai tendangan 'flamingo'. Selepas tiga tahun berlatih, beliau mula menyerlah dan akhirnya menjadi pemain dominan dalam NPB.

Sepanjang kariernya, Oh menjadi juara home run sebanyak 15 kali dan dipilih ke pasukan All-Star Liga Pusat sebanyak 18 kali. Selain terkenal sebagai pemukul kuat, beliau juga mendahului carta pukulan sebanyak lima kali dan memenangi Triple Crown Liga Pusat Jepun sebanyak dua kali. Dengan Oh beraksi di posisi tapak pertama, Yomiuri Giants memenangi 11 kejohanan Japan Series, termasuk sembilan berturut-turut dari tahun 1965 hingga 1973. Oh juga dinobatkan sebagai Anugerah Pemain Terbaik (MVP) Liga Tengah sebanyak sembilan kali, termasuk dua kali walaupun pasukannya tidak memenangi liga, iaitu pada tahun 1964 dan 1974.

Selain rekod home run sepanjang zaman, Oh turut memegang beberapa rekod pukulan lain dalam NPB, termasuk larian hasil pukulan (RBI) terbanyak (2,170), peratusan slugging tertinggi (.634), jumlah walk terbanyak (2,390) dan gabungan on-base plus slugging (OPS) tertinggi (1.080).

Pada tahun 1977, beliau menjadi penerima pertama Anugerah Kehormatan Rakyat Jepun, dan pada tahun 2025, beliau menjadi pemain besbol kedua menerima Pingat Kebudayaan Jepun.[2] Oh juga telah dilantik ke dalam Dewan Kemasyhuran Besbol Jepun pada tahun 1994.

Selepas bersara sebagai pemain, Oh menjadi pengurus Yomiuri Giants dari 1984 hingga 1988, dan kemudian menguruskan Fukuoka Daiei/Fukuoka SoftBank Hawks dari 1995 hingga 2008.[3] Beliau turut menjadi pengurus pasukan kebangsaan Jepun dalam kejohanan World Baseball Classic sulung, yang mana Jepun menewaskan Cuba untuk muncul juara. Kini, beliau berkhidmat sebagai pengerusi pasukan Hawks.

Kontroversi rekod home run

[sunting | sunting sumber]

Sebanyak tiga kali dalam sejarah, pemain asing hampir memecahkan rekod Oh bagi home run pada satu musim dengan rekod 55 pukulan home run, dan ketiga-tiganya berdepan dengan pasukan yang dikendalikan oleh Oh pada penghujung musim. Dalam setiap kes tersebut, para pemain pelempar Oh didapati enggan melontar bola tepat (strike) kepada pemukul lawan.

Pada tahun 1985, pemain Amerika Randy Bass daripada pasukan Hanshin Tigers memasuki perlawanan terakhir musim menentang Yomiuri Giants yang dikendalikan oleh Oh dengan memiliki rekod 54 home run. Dalam perlawanan itu, Bass telah dikenakan intentional walk sebanyak empat kali berturut-turut tanpa sebarang lontaran strike. Pada percubaan kelima, Bass berjaya memukul bola ke luar padang untuk mendapatkan single. Setelah perlawanan itu, Oh menafikan bahawa beliau mengarahkan pemain pelemparnya untuk mengelak daripada melontar strike kepada Bass. Namun, pemain Giants dari Amerika, Keith Comstock kemudian mendakwa bahawa jurulatih Tsuneo Horiuchi telah mengancam akan mengenakan denda ASD 1,000 bagi setiap lontaran strike yang dilemparkan kepada Bass. Majalah Takarajima melaporkan bahawa pejabat pengurusan Giants berkemungkinan telah mengarahkan supaya Bass tidak diberi peluang memecahkan rekod Oh, kemungkinan kerana pemain utama pasukan itu, Suguru Egawa, telah bertindak bertentangan dengan arahan tersebut dan tetap melontar bola strike kepada Bass. Walau bagaimanapun, media Jepun dan pesuruhjaya liga ketika itu, Takeso Shimoda, kebanyakannya berdiam diri tentang insiden tersebut.[4]

Pada tahun 2001, pemain Amerika Karl "Tuffy" Rhodes daripada Osaka Kintetsu Buffaloes turut mencatat 55 home run dengan beberapa baki perlawanan menjelang penghujung musim. Pasukannya menentang Fukuoka Daiei Hawks, yang dikendalikan oleh Oh. Rhodes diberi intentional walk dalam setiap percubaan memukul, dan kamera merakamkan penangkap Hawks, Kenji Johjima tersenyum sewaktu menerima lontaran bola-bola tersebut. Sekali lagi, Oh menafikan sebarang penglibatan, tetapi jurulatih lontaran Hawks, Yoshiharu Wakana mengakui bahawa arahan datang daripadanya kerana beliau 'tidak mahu pemain asing memecahkan rekod Oh'. Rhodes menamatkan musim itu dengan 55 home run.[5]

Pada tahun 2002, pemain Venezuela Alex Cabrera juga mencapai 55 home run dengan lima perlawanan berbaki menentang pasukan Hawks. Oh dilaporkan telah mengarah pemainnya supaya melontar strike, namun kebanyakan pemain mematuhi tradisi tidak rasmi dan tetap mengelak. Sebahagian pemerhati mengaitkannya dengan 'rasa hormat' terhadap Oh dan juga spekulasi mengenai penggunaan bahan peningkat prestasi yang digunakan oleh Cabrera. (Beliau telah disebut dalam Mitchell Report di Amerika Syarikat tetapi menafikan sebarang penggunaan dadah.[6][7][8]) Selepas perlawanan, Oh berkata: "Jika seseorang mahu memecahkan rekod itu, lakukanlah dengan lebih daripada satu. Pecahkan dengan banyak."

Wartawan ESPN, Jeff Merron kemudiannya menggelar rekod home run pada satu musim milik Oh sebagai 'rekod palsu',[9][10] manakala Cabrera pula menyifatkan situasi itu sebagai berunsur perkauman.

Akhirnya, pada 15 September 2013, pemain dari Curaçao, Wladimir Balentien berjaya memecahkan rekod Oh dengan melakukan home run ke-56 dan ke-57 dalam perlawanan menentang Hanshin Tigers.[11] Balentien menamatkan musim tersebut dengan 60 home run, sekali gus melakar rekod baharu dalam sejarah besbol Jepun.

  1. ^ Spatz, Lyle. Historical Dictionary of Baseball (Scarecrow Press, 2012), p. 169.
  2. ^ https://www.asahi.com/ajw/articles/16134257
  3. ^ Nussbaum, Louis-Frédéric. (2005). "Ō Sadaharu" in Japan Encyclopedia, p. 758.
  4. ^ Whiting, Robert (2008-10-31). "Equaling Oh's HR record proved difficult". The Japan Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-15.
  5. ^ Roah, Jeff, "Tokyo under the tracks: It's Never Too Late to Insert an Asterisk" Diarkibkan 2009-01-13 di Wayback Machine, Tokyo Q, October 12, 2001.
  6. ^ Magruder, Jack (2007-12-13). "D-Backs escape wrath of steroids investigation". East Valley Tribune (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-02.
  7. ^ "Ex-D'back Alex Cabrera denies steroid use". USA Today. December 16, 2007. Dicapai pada December 26, 2007.
  8. ^ "Alex Cabrera frente al informe Mitchell" (dalam bahasa Sepanyol). Caracas Lions. December 14, 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2007. Dicapai pada December 26, 2007.
  9. ^ Coskrey, Jason (September 6, 2013). "Bass says Balentien won't get easy path to Oh's record". The Japan Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2015.
  10. ^ Merron, Jeff (February 25, 2003). "SPORTS NATION - The Phoniest Records in Sports". ESPN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-06-21. Dicapai pada 2025-09-02.
  11. ^ Berry, Adam (September 15, 2013). "Balentien breaks Oh's Japanese home run record". MLB.com. Dicapai pada September 15, 2013.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]