Saddlebred Amerika

Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Saddlebred Amerika

Seekor kuda Saddlebred Amerika dan penunggangnya.
Ciri-ciri unggul: High stepping with exaggerated action
Nama alternatif: Saddlebred, Kuda Saddle Amerika, Saddler Amerika
Negara asal: Amerika Syarikat (Kentucky)
Nama gelaran biasa: "Peacock of the Horse World"
Standard baka
Persatuan Kuda Saddlebred Amerika: Standard baka
Kuda (Equus ferus caballus)

Saddlebred Amerika adalah satu baka kuda yang berasal dari Amerika Syarikat. Baka ini dirujuk sebagai "Kuda Buatan Amerika".[1] Ia adalah keturunan daripada kuda-kuda jenis tunggang yang berasal dari zaman Revolusi Amerika. Saddlebred Amerika termasuk Pacer Narragansett, Pacer Kanada, Morgan dan Thoroughbred adalah antara leluhurnya. Ia dibiakkan menjadi jenis moden pada hari ini di Kentucky, dan pernah dikenali sebagai "Saddler Kentucky", dan digunakan secara ekstensif sebagai tunggangan para pegawai dalam Perang Saudara Amerika. Pada tahun 1891, satu daftar baka telah dibentuk di Amerika Syarikat. Sepanjang kurun ke-20, populariti baka ini terus tumbuh di Amerika Syarikat, dan eksport ke Afrika Selatan dan Great Britain bermula. Sejak penubuhan daftar A.S, hampir 250,000 ekor kuda Saddlebred Amerika telah didaftarkan, dan kini boleh ditemui di seluruh dunia, dengan daftar-daftar berasingan diasaskan di Great Britain, Australia, benua Eropah dan selatan Afrika.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The American Saddlebred Horse Association".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Horse breeds of Canada and the United States