Safar Untong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr. Haji

Safar Untong

PJN; SPDK, PGDK, ASDK, ADK, JP (Sabah)
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Memegang jawatan
4 November 2019
GabenorJuhar Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriMohd Shafie Apdal
Hajiji Noor
Pengarah Tanah dan Ukur Sabah
Dalam jawatan
2014–2019
GabenorJuhar Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriMusa Aman
Mohd Shafie Apdal
Pengerusi Lembaga Jurukur Tanah Sabah
Dalam jawatan
2014–2019
GabenorJuhar Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriMusa Aman
Mohd Shafie Apdal
Butiran peribadi
LahirSafar Bin Untong
(1964-06-28) 28 Jun 1964 (umur 59)
Kampung Banting, Sipitang, Sabah, Malaysia
PasanganDatin Seri Panglima Nuinda Alias
Anak-anak4
HubunganBashir Alias
(Adik ipar)

Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong adalah merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah sejak 2019.

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Safar Untong dilahirkan di Kampung Banting, Sipitang, Sabah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Weston, Beaufort dalam peringkat rendah, seterusnya di SM St. John Beaufort untuk tahap menengah rendah dan SMK Bandaraya Menggatal, Kota Kinabalu untuk tahap menengah atas.

Setelah beliau mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, beliau telah melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Beliau mengambil jurusan tanah dan ukur, Selepas memperolehi Sarjana Muda (Kepujian) Tanah dan Ukur. Beliau kemudianya melanjutkan pengajian dalam bidang perniagaan iaitu Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Malaysia Sabah.

Namun atas minat dengan ilmu alamiah, beliau kemudianya sekali lagi melanjutkan pengajian Sarjana kedua beliau di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor dalam bidang tanah iaitu Sarjana Sains (Pembangunan dan Pentadbiran Tanah) bermula dari tahun 2007 hingga 2008.[1][2]

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Safar Untong berkahwin dengan Datuk Nuinda Alias dan memiliki empat orang anak.[3]

Kerjaya Penjawat Awam[sunting | sunting sumber]

Jawatan yang pernah di jawat oleh Safar Untong dalam perkhidmatan awam ialah Pegawai Juru Ukur Daerah Pantai Barat Selatan Sabah, Pegawai Juru Ukur Daerah Pantai Barat Utara Sabah, Ketua Penolong Pengarah Ukur Sabah serta Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.[4]

Pada hujung tahun 2014, beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.[5][6][7]

Selepas tempoh empat hingga lima tahun menjawat jawatan sebagai Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kerajaan Sabah pada 4 November 2019.[8][9][10]

Kerjaya Korporat[sunting | sunting sumber]

  • Ahli Perbadanan Sabah Credit Corporation[11]
  • Ahli Lembaga Pengarah Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd.[12]
  • Ahli Lembaga Pengarah Qhazanah Sabah Berhad[13]
  • Ahli Lembaga Pengarah Sawit Kinabalu Sdn. Bhd.[14]
  • Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah[15]
  • Ahli Lembaga Pengarah Pemegang Amanah Yayasan Sabah[16]
  • Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja[17]
  • Ahli Lembaga Pengarah Sabah Electricity Sdn. Bhd.[18]
  • Ahli Lembaga Pengarah Juru Ukur Sabah[19]

Bergiat Aktif Di Dalam bidang Perhutanan, Alam sekitar dan Sains[sunting | sunting sumber]

Safar Untong mula aktif dalam bidang Perhutanan, Alam sekitar dan Sains sejak memegang beberapa jawatan antaranya ialah;

  • Penasihat 1 Asia Park Kongres[20]
  • Pengerusi Lembaga Juruukur Sabah[21]
  • Ahli Majlis Konfederasi ASEAN (Juru Ukur Tanah dan Geomatik)[22]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Gred Utama Turus 1[26]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sabah appoints Safar Untong as new state secretary". www.malaymail.com.
  2. ^ "Safar dilantik KSN Baharu". www.pressreader.com.
  3. ^ "Hubungan Sabah-Pulau Pinang beri manfaat bersama". www.dailyexpress.com.my.
  4. ^ "TAKLIMAT SISTEM PENTADBIRAN TANAH DI SABAH KEPADA PESERTA BENGKEL PENGURUSAN TANAH PERSEKUTUAN NEGERI SABAH". moam.info.
  5. ^ "Program PANTAS ukur 36,137 hektar tanah NCR". www.bharian.com.my.
  6. ^ "Gamuda shows interest in Sabah". gamuda.com.my.
  7. ^ "Sejarah Jabatan Tanah dan Ukur telah ditubuhkan di Negeri Sabah". jtu.Sabah.gov.my.
  8. ^ "Safar dilantik sebagai SKN Sabah". www.dailyexpress.my.
  9. ^ "Sabah tetapkan majlis fizikal tak lebih 2 jam". www.bharian.com.my.
  10. ^ "Sabah Energy bayar dividen RM9 juta kepada Kerajaan Sabah". www.astroawani.com.
  11. ^ "Financial Update Sabah Credit Corporation" (PDF). www.sabahcredit.com.my.
  12. ^ "Board of Directors Sabah Energy Corporation Sdn.Bhd". www.dailyexpress.com.my.
  13. ^ "Board of Directors Qhazanah Sabah Berhad". www.dailyexpress.my.
  14. ^ "BOARD OF DIRECTORS SAWIT KINABALU". www.sawitkinabalu.com.my.
  15. ^ "BOARD OF DIRECTORS UMS". www.ums.edu.my.
  16. ^ "LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YAYASAN SABAH". www.yayasansabahgroup.org.my.
  17. ^ "MEMBERS OF THE BOARD KWSP". www.kwsp.gov.my.
  18. ^ "SESB Answers The MACC Call To Pledge The IBR". www.sprm.gov.my.
  19. ^ "Warta Kerajaan" (PDF). www.sabah.gov.my.
  20. ^ "Committee Asia Parks Congress". congress.sabahparks.org.my.
  21. ^ "Chairman of the Board". www.Ijs.com.my.
  22. ^ "Safar teruskan misi tambah baik perkhidmatan awam". www.borneotoday.net.
  23. ^ "17 individu terima pingat, darjah kebesaran Sabah hari ini". www.bharian.com.my.
  24. ^ "Joseph Lo dahului senarai penerima". www.utusanborneo.com.my.
  25. ^ "Warta Kerajaan Keluaran Khas". www.yumpu.com.
  26. ^ "Setiausaha Kerajaan Negeri mengikut gred" (PDF). www.istiadat.gov.my.