Safiyah binti Huyay

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Safiyyah binti Huyyai)

Safiyah binti Huyay (Ibrani: צפיה בת חיי Safiyyah bint Huyayy , Arab: صفية بنت حيي) (kk. 610 – c. 670)isteri Nabi Muhammad S.A.W, dan dianggap oleh orang Islam sebagai "Ibu Orang Beriman".[1][2]

Selepas kewafatan baginda, beliau terlibat dengan politik awal umat Islam, dan mempunyai kesannya selepas kewafatan beliau.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Safiyah dilahirkan di Madinah kepada Huyay ibn Akhtab, ketua Bani Nadir yang beragama Yahudi. Ibu beliau, Barrah binti Samawal, adalah dari Bani Quraizah. Beliau juga cucu kepada Samaw'al ibn Adiya daripada Bani Harith. Menurut sumber, beliau teah mengahwini Sallam ibn Mishkam, yang kemudiannya diceraikannya.[3]

Apabila Bani Nadhir dihalau dari Madinah pada tahun 625, keluarga beliau menetap di Khaibar, sebuah wadi atau oasis berhampiran Madinah.[3] Bapa dan abang beliau pergi ke Khaibar untuk menyertai puak Musyrikin Makkah dan Badwi mengepung Nabi Muhammad S.A.W di Madinah semasa Perang Khandaq. Apabila puak Musyrikin berundur, Nabi Muhammad S.A.W pula mengepung Bani Quraizah. Selepas kekalahan Bani Quraizah pada tahun 627, bapa Safiyah, musuh lama baginda, ditangkap dan dihukum bunuh oleh tentera Islam.[4]

Pada tahun 627 atau awal 628, Safiyah mengahwini Kinanah ibn al-Rabi, bendahari Bani Nadhir; beliau berusia lebih kurang 17 tahun.[3] Safiyah dikatakan memaklumkan Kinanah tentang mimpi beliau yang melihat bulan di langit jatuh ke atas ribaan beliau. Kinanah mentafsirkannya sebagai keinginannya untuk mengahwini Nabi Muhammad S.A.W dan memukulnya sehingga tertera kesan lebam di wajah beliau, yang masih jelas kelihatan ketika saat pertama bersama Nabi Muhammad S.A.W.[2][5]

Perang Khaibar[sunting | sunting sumber]

Pada Mei 629, tentera Islam mengalahkan beberapa kaum Yahudi (termasuklah Bani Nadhir) pada Perang Khaibar. Kaum Yahudi menyerah kalah dan dibenarkan tinggal di Khaibar dengan syarat mereka memberi separuh daripada pendapatan tahunan mereka kepada orang Islam. Tanah itu menjadi hak milik negara Islam.[6] Persetujuan ini, kata Stillman, tidak termasuk kepada kaum Bani Nadhir, yang tidak diberi sebarang tanah.[7] Suami Safiyah, Kinanah ibn al-Rabi, juga dibunuh.[8]

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik:"Kami tiba di Khaibar, dan apabila Allah membantu Rasul-Nya untuk membuka kota, kecantikan Safiyah binti Huyai bin Akhtaq yang suaminya terbunuh apabila beliau masih lagi pengantin, telah disebut oleh Rasulullah S.A.W. Baginda memilihnya untuk diri baginda, dan berangkat bersama beliau dan ketika kami sampai di tempat yang dipanggil Sidd-as-Sahba, Safiyah menjadi bersih dari haidnya, lalu Rasulullah S.A.W menikahi beliau. Hais (sejenis makanan Arab) disediakan di atas sehelai lapik kulit. Lalu baginda berkata kepadaku, "Undanglah orang-orang di sekitarmu." Maka, itulah jamuan pernikahan Nabi dan Safiyah. Lalu kami terus menuju ke Madinah. Dan saya melihat Nabi telah membuat sejenis kusyen dengan kain baginda di belakang baginda (di atas unta baginda). Baginda kemudian duduk di atas unta baginda dan lutut baginda diletakkan untuk Safiyah meletakkan kaki beliau, untuk mengenderai (unta itu)".[9]

Perkahwinan dengan Muhammad[sunting | sunting sumber]

Menurut Muhammad al-Bukhari, Nabi Muhammad S.A.W tinggal selama tiga hari di suatu tempat di antara Khaibar dan Madinah, di mana baginda bersama dengan Safiyah sebagai isteri baginda. Sahabat Nabi tertanya jika Safiyah dianggap sebagai tahanan ([ma malakat aymanukum] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) atau isteri. Mereka menganggap Safiyah sebagai isteri Nabi Muhammad S.A.W, maka termasuk sebagai "Ibu Orang Beriman", jika baginda mengarahkan beliau untuk menghijabi dirinya, jika tidak beliau adalah wanita pembantu.[10]

Nabi Muhammad {{saw}} mencadangkan Safiyah menganut Islam dan beliau setuju lalu jadilah beliau salah seorang isteri Nabi Muhammad.[11] Safiyah tidak melahirkan sebarang zuriat dengan Nabi Muhammad S.A.W}.[12]

Walaupun telah memeluk Islam, isteri-isteri baginda sering mengejek Safiyah dengan keturunan Yahudi. Terdapat perasaan ragu-ragu terhadap kesetiaan Safiyah kepada Islam dan syak yang beliau akan membalas dendam terhadap kaum keluarganya.[13] Dalam kitab Sirah Rasulullah, baginda sendiri atau Umar menyatakan kekecewaan terhadap keraguan dan meyakinkan mereka akan kesetiaan Safiyah.[2][3]

Berkenaan sulur galur Yahudi pada Safiyah, Nabi Muhammad pernah memberitahu isteri baginda itu, "Jika mereka menyakiti kamu lagi, beritahu mereka yang suami kamu ialah Muhammad, bapa kamu ialah Harun dan bapa saudara kamu ialah Musa. Jadi, apa yang kamu ada itu patut kamu banggakan."[2]

Warisan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 656, Safiyah menyebelahi Khalifah Uthman ibn Affan, dan mempertahankan beliau dalam pertemuan terakhir bersama Ali, Aisyah, dan Abdullah ibn Zubair. Semasa Khalifah dikepung di kediaman beliau, Safiyah cuba membekalkan air dan makanan kepada beliau melalui satu papan di antara rumah beliau dan rumah Uthman tetapi tidak berjaya.[3]

Safiyah wafat pada tahun 670 atau 672, semasa pemerintahan Muawiyah, dan dikebumikan di Jannatul Baqi'.[14] Beliau meninggalkan tanah dan barangan yang bernilai 100,000 dirham, satu pertiganya diberikan kepada anak saudaranya yang beragama Yahudi. Rumah beliau di Madinah pula dibeli oleh Muawiyah dengan harga 180,000 dirham.[3]

Rujukan dan nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Safiyya bint Huyay, Fatima az-Zahra by Ahmad Thompson
  2. ^ a b c d Stowasser, Barbara. The Mothers of the Believers in the Hadith. The Muslim World, Volume 82, Issue 1-2: 1-36.
  3. ^ a b c d e f g Vacca, V (1995). "Safiyya". Dalam P. J. Bearman, Th. Bianquis, C. E. Bosworth, E. van Donzel and W. P. Heinrichs (penyunting). Encyclopaedia of Islam. 8 (ed. 2nd). Brill Academic Publishers. m/s. 817. ISBN 9004098348. ISSN 1573-3912.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  4. ^ Guillaume, A. The Life of Muhammad: Translation of Ibn Ishaq's Sirat Rasul Allah.
  5. ^ "Diriwayatkan bahawa beliau mempunyai kesan lebam pada matanya; apabila Rasulullah S.A.W bertanyakan beliau dengan lembut akan penyebabnya, beliau memberitahu baginda, ketika menjadi pengantin Kinanah, beliau terlihat di dalam mimpinya yang bulan jatuh dari langit ke ribaannya; dan apabila dia memberitahu kepada Kinanah, dia memukul Safiyah sambil berkata: 'Apakah mimpimu ini hanyalah engkau sangat mengingini penguasa baru Hijaz, Nabi, untuk menjadi suamimu!' Kesan itu adalah kesan yang sama Nabi Muḥammad S.A.W lihat." cf. Muir (1912) pp. 378-379
  6. ^ Veccia Vaglieri, L. "Khaybar". Dalam P.J. Bearman, Th. Bianquis, C.E. Bosworth, E. van Donzel and W.P. Heinrichs (penyunting). Encyclopaedia of Islam Online. Brill Academic Publishers. ISSN 1573-3912.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  7. ^ Stillman (1979) p. 18
  8. ^ Ibn Hisham. Al-Sira al-Nabawiyya (The Life of The Prophet). English translation in Guillame (1955), pp. 145–146
  9. ^ Sahih Bukhari, 5:59:522
  10. ^ Al-Bukhari, Al-Sahih, vol. 7.1
  11. ^ Ibn Saad, al-Tabaqat, pp.120-123.
  12. ^ Peters, F. E., Muhammad and the Origins of Islam, State University of New York Press, 1994, pp.179, ISBN 0-7914-1876-6. "At Medina he also married Umar's daughter Hafsa, Hind, Zaynab daughter of Jahsh, 16 Umm Salama, Juwayriyya, Ramla or Umm Habiba, Safiyya, and Maymuna. None of them bore him children, however, though he had a son, Ibrahim, by his Coptic concubine Maria. Ibrahim died an infant."
  13. ^ Abu Dawud vol.3 no.4588 p.1293
  14. ^ Al-Shati', 1971, p. 181

Bacaan Lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Awde, Nicholas Women in Islam: An Anthology from the Qur'an and Hadits, Routledge (UK) 2000, ISBN 0-7007-1012-4
  • John Esposito and Yvonne Yazbeck Haddad, Islam, Gender, and Social Change, Oxford University Press, 1997, ISBN 0-19-511357-8
  • Leila Ahmed, Women and Gender in Islam: Historical roots of a modern debate, Yale University Press, 1992
  • Valentine Moghadam (ed), Gender and National Identity.
  • Karen Armstrong, "The Battle for God: Fundamentalism in Judaism, Christianity and Islam", London, HarperCollins/Routledge, 2001