Sagantang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sagantang ataupun tapai ialah sejenis minuman arak tradisional bagi masyarakat Kadazandusun di negeri Sabah, Malaysia.[1]

Ia diperbuat daripada campuran nasi dan laru iaitu sejenis pengawet yang juga digunakan dalam pembuatan nasi tapai.[1] Nasi yang telah ditanak kemudian diletakkan di dalam satu bekas yang kering lalu dicampurkan dengan sasad dan dikacau sehingga sebati. Apabila nasi dan sasad telahpun sebati, ia kemudian dimasukkan ke dalam tempayan (tajau) dan ditutup dengan menggunakan plastik yang bersih. Ia diperam mengikut kehendak pembuat kerana semakin lama diperam, semakin tinggi kandungan alkohol sagantang tersebut. Biasanya apabila sebulan diperam, sagantang tersebut bolehlah diminum.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Zawawi Ibrahim (2001). Voices of the crocker range indigenous communinities Sabah: social narratives of transition in Tambunan and its neighbours : a monograph based on the UNIMAS led International Crocker Range Expedition 2000 (dalam bahasa Inggeris). Institute of East Asian Studies, Universiti Malaysia Sarawak. m/s. 124-125. ISBN 9789832369011.