Pergi ke kandungan

Sagrada Família

Koordinat: 41°24′13″N 2°10′28″E / 41.40361°N 2.17444°E / 41.40361; 2.17444
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Basilika Keluarga Kudus
Basilika Minor Tempat Ziarah Pelayanan dan Gereja Penebusan Dosa dari Keluarga Kudus
Sepanyol: Templo Expiatorio de la Sagrada Familia
Catalan: Basílica i Temple Expiatori de la Sagrada Família
Basilika Sagrada Família, 2022.
41°24′13″N 2°10′28″E / 41.40361°N 2.17444°E / 41.40361; 2.17444
LokasiCatalonia Barcelona, Catalonia
Negara Sepanyol
MazhabGereja Katolik Rom
Laman sesawangSagradaFamilia.cat
Sejarah
Ditahbiskan7 November 2010
Seni bina
StatusBasilika kecil
Status fungsiAktif / sedang dibina
ArkitekAntoni Gaudí
Jenis seni binaBasilika
Gaya seni binaModernisme
Pecah tanah1882
Spesifikasi
Kapasiti9,000 orang penganut
Panjang90 m (300 ka)[1]
Lebar60 m (200 ka)[1]
Bilangan puncak menara18 (8 sudah siap)
Tinggi puncak menara170 m (560 ka) (dijangka)
Pentadbiran
Kawasan ketua biskopKeuskupan Agung Barcelona
Paderi
Ketua biskopYang Utama, Mgr. Juan Josep Kardinal Omella, Uskup Agung Barcelona

Basilika dan Gereja Penebusan Dosa Keluarga Kudus (bahasa Catalonia: Basílica i Temple Expiatori de la Sagrada Família) atau singkatnya Sagrada Família (sebutan Catalan: [səˈɣɾaðə fəˈmili.ə]) ialah gereja besar aliran Katolik yang belum habis pembinaannya di Barcelona, Catalonia, Sepanyol rekaan Antoni Gaudí. Pembinaan ini asalnya dijalankan Francisco Paula de Villar pada tahun 1882 sebelum meletakkan jawatan tahun berikutnya di mana Gaudí mengambil alih tugas tersebut.[2] Gaudí terus menumpukan perhatian selama bertahun-tahun sehingga akhir hayatnya kepada pembinaan gereja besar ini yang menerapkan gaya Goth bergabungan dengan bentuk lengkungan Art Nouveau; hanya seperempat bangunan selesai dibina pada saat kematiannya pada usia 73 pada tahun 1926.[3] Penerusan pekerjaan gereja ini sangat perlahan kerana kebergantungan kepada dana dan derma perseorangan pada awal-awal ini.[4]

Pada Julai 1936, golongan anarkis Federación Anarquista Ibérica membakar kamar bawah tanah gereja serta menceroboh bengkel merosakkan lakaran-lakaran kerja gereja;[5] tetapi pasukan kelolaan Francesc de Paula Quintana berjaya menyambung kerja raya berdasarkan rekaan dipulih semula dari pelan-pelan dan gambar lakaran yang terselamat.[6] Kemajuan teknologi seperti reka bentuk berbantu komputer memecut lanjut kerja raya sehingga dapat siap separuhnya pada 2010. Projek kerja raya ini dijangka selesai pada tahun 2026 genap selepas 100 tahun kematian Gaudí;[7][8] wabak koronavirus serata Sepanyol pada 2020 mengancam perjalanan projek ini.[9] Pekerjaan Gaudi diiktiraf oleh UNESCO pada 1984.[2] On 7 November 2010, Paus Benedictus XVI mentahbiskan gereja ini (minor basilica).[10][11][12]

Pada 30 Oktober 2025, pemasangan menara tengah Gereja Raya Keluarga Kudus berukuran 162.91 m melebihi ketinggian Gereja Kerahiban Ulm di Ulm, barat daya Jerman dengan rasminya menjadikannya gereja tertinggi di dunia. Menara tersebut bakal mencapai ketinggian 172 m sebaik siap tahun kemudian pada 2026.[7]

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama gimeno
  2. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama UNESCO
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama nyt1
  4. ^ Fletcher, Tom. "Sagrada Família Church of the Holy Family". Essential Architecture. Dicapai pada 5 August 2008.
  5. ^ Fraser, Giles (3 June 2015). "Barcelona's Sagrada Família: Gaudí's 'cathedral for the poor' – a history of cities in 50 buildings, day 49". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). London. Dicapai pada 29 December 2018.
  6. ^ "History of the Basílica". sagradafamilia.org.
  7. ^ a b "Four feet higher and rising: Barcelona's Sagrada Familia becomes world's tallest church". The Guardian. 31 October 2025. Dicapai pada 1 November 2025.
  8. ^ Medina, Samuel (25 September 2014). "Video: See How La Sagrada Família Will Progress in 2015". Metropolis. Dicapai pada 2 October 2019. 2024 note: text only, video is no longer available.
  9. ^ "Sagrada Familia completion date pushed back due to coronavirus". bdcnetwork.com. 17 September 2020.
  10. ^ Drummer, Alexander (23 July 2010). "Pontiff to Proclaim Gaudí's Church a Basilica". Zenit News Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2010. Dicapai pada 7 November 2010.
  11. ^ "The Pope Consecrates The Church of the Sagrada Familia". Vatican Information Service. 7 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 August 2010. Dicapai pada 11 November 2010.
  12. ^ Delaney, Sarah (4 March 2010). "Pope to visit Santiago de Compostela, Barcelona in November". Catholic News Service. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2010. Dicapai pada 7 July 2010.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Video luar
Ikon video Gaudí, Sagrada Família, Smarthistory