Sahih Muslim
| Sebahagian daripada siri berkaitan |
| Ahli Sunah Waljamaah |
|---|
Sahih Muslim (Arab: صحيح مسلم, ṣaḥīḥ Muslim, tajuk sebenar "Al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min al-Sunan bi Naql al-‘Adl ‘an al-‘Adl ‘an Rasulillah Salla Allah ‘Alayh wa Sallam") ialah salah satu dari enam kitab hadis dalam Islam Ahli Sunah Waljamaah. Kitab ini yang disusun oleh Imam Muslim, merupakan salah satu dari dua kitab yang paling sahih dan murni sesudah Kitabullah (Al-Quran), bersama dengan Sahih Bukhari. Kedua kitab shahih ini diterima baik oleh segenap umat Islam.
Imam Muslim telah mengerahkan seluruh kemampuannya untuk meneliti dan mempelajari keadaan para perawi, menyaring hadith-hadith yang diriwayatkan, membandingkan riwayat-riwayat itu satu sama lain. Muslim sangat teliti dan hati-hati dalam menggunakan lafaz-lafaz, dan selalu memberikan isyarat akan adanya perbezaan antara lafaz-lafaz itu. Dengan usaha yang sedeemikian rupa, maka lahirlah kitab shahihnya.
Bukti mengenai keagungan kitab itu ialah suatu kenyataan, di mana Muslim menyaring isi kitabnya dari ribuan riwayat yang pernah didengarnya. Diceritakan, bahawa ia pernah berkata: "Aku susun kitab shahih ini yang disaring dari 300,000 hadith."
Diriwayatkan dari Ahmad bin Salamah, yang berkata: "Aku menulis bersama Muslim untuk menyusun kitab shahihnya itu selama 15 tahun. Kitab itu berisi 12,000 buah hadith.
Dalam pada itu, Ibn Salah menyebutkan dari Abi Quraisy al-Hafiz, bahawa jumlah hadith Shahih Muslim itu sebanyak 4,000 buah hadith. Kedua pendapat tersebut dapat kita kompromikan, iaitu bahawa perhitungan pertama memasukkan hadith-hadith yang berulang-ulang penyebutannya, sedangkan perhitungan kedua hanya menghitung hadith-hadith yang tidak disebutkan berulang.
Imam al-‘Iraqi berpendapat bahawa bilangan hadith dalam Sahih Muslim adalah lebih banyak berbanding Sahih al-Bukhari disebabkan jalur sanad yang banyak dan pelbagai perbahasan yang telah didatangkan oleh Imam Muslim.
Terdapat juga daripada Wensinck dalam buku yang berjudul Miftah Kunuz al-Sunnah menyatakan bilangan hadith dalam Sahih Muslim adalah sebanyak 5781 hadith.
Khalil Makmun Shayha dalam seliaan dan suntingannya terhadap Al-Minhaj Sharh Sahih Muslim bin al-Hajjaj karangan Imam Nawawi menyatakan bilangan hadith yang terdapat dalam Sahih Muslim adalah sebanyak 7479 hadith.
Imam Muslim berkata di dalam Shahihnya: "Tidak setiap hadith yang shahih menurutku, aku cantumkan di sini, yakni dalam Shahihnya. Aku hanya mencantumkan hadith-hadith yang telah disepakati oleh para ulama hadith."
Beliau juga pernah berkata, sebagai ungkapan gembira atas kurnia Tuhan yang diterimanya: "Apabila penduduk bumi ini menulis hadith selama 200 tahun, maka usaha mereka hanya akan berputar-putar di sekitar kitab musnad ini."
Ketelitian dan kehati-hatian Muslim terhadap hadith yang diriwayatkan dalam Shahihnya dapat dilihat dari perkataannya sebagai berikut: "Tidaklah aku mencantumkan sesuatu hadith dalam kitabku ini, melainkan dengan alasan; juga tiada aku menggugurkan sesuatu hadith daripadanya melainkan dengan alasan pula."
Imam Muslim di dalam penulisan Shahihnya tidak membuat judul setiap bab secara terperinci. Adapun judul-judul kitab dan bab yang kita dapati pada sebahagian naskah Shahih Muslim yang sudah dicetak, sebenarnya dibuat oleh para pengulas yang datang kemudian. Di antara pengulas yang paling baik membuatkan judul-judul bab dan sistematik babnya adalah Imam Nawawi dalam Syarahnya.
KEDUDUKAN DAN KEISTIMEWAAN KITAB SAHIH MUSLIM
[sunting | sunting sumber]- Sahih Muslim merupakan kitab hadith yang kedua yang masyhur dalam kalangan umat Islam selepas Sahih al-Bukhari.
- Merupakan sumber dan pegangan yang berautentik di sisi Ahli Sunah Waljamaah.
- Sahih Muslim hanya mengandungi hadith-hadith sahih sahaja yang merangkumi pelbagai perbahasan dan terdapat 63 kitab (tajuk) di dalamnya yang dimulai dengan al-Muqaddimah dan diakhiri dengan Kitab al-Tafsir.
- Tidak ada sebarang penambahan atau kritikan terhadap Sahih Muslim sejak dari zaman beliau hidup dan juga selepas kewafatannya sehingga masa kini.
- Sahih Muslim dianggap istimewa kerana mempunyai metodologinya yang berbeza dengan metodologi Imam Bukhari. Ini ditunjukkan oleh Imam Muslim apabila beliau mengumpulkan matan-matan yang berbeza dalam satu bab tanpa dipecahkan kepada beberapa bab.
- Tidak banyak hadith-hadith yang berulang dan beliau akan mengelakkan perkara tersebut selagi mana boleh dilakukan.
- Penjelasan yang diberikan adalah tidak terputus-putus. Malah diletakkan panduan ilmu Mustalah al-Hadith pada Muqaddimah Sahih Muslim sebagai suatu penerangan dalam memahami hadith sahih mengikut acuan para ilmuwan hadith yang terdahulu.
BIOGRAFI IMAM MUSLIM
[sunting | sunting sumber]NAMA PENUH: Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim bin Ward bin Kushadh al-Qushayri al-Naysaburi
NAMA PANGGILAN: Abu al-Husayn
GELARAN: Al-Imam al-Kabir, al-Hafiz, al-Mujawwid, al-Hujjah, al-Sadiq
TAHUN KELAHIRAN: 204 Hijrah
GURU-GURU IMAM MUSLIM:
- Imam Ishaq bin Rahawaih (wafat: 238 Hijrah)
- Imam Ahmad bin Hanbal (wafat: 241 Hijrah)
- Imam Qutaybah bin Sa’id (wafat: 240 Hijrah)
- Imam Yahya bin Ma’in. (wafat: 233 Hijrah)
- Abu Bakar bin Abu Shaybah (wafat: 238 Hijrah)
- Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari (wafat: 256 Hijrah)
MURID-MURID IMAM MUSLIM:
- Imam Abu Isa al-Tirmidhi (wafat: 279 Hijrah)
- Imam Abu Bakar bin Khuzaymah (wafat: 311 Hijrah)
- Imam Abdul Rahman bin Abu Hatim (wafat: 327 Hijrah)
- Imam Abu Awanah al-Isfirayini (wafat: 311 Hijrah)
TAHUN WAFAT: Hari Ahad, 25 Rejab 261 Hijrah.
PUJIAN ULAMA TERHADAP IMAM MUSLIM
[sunting | sunting sumber]- Direkodkan dalam Tarikh Baghdad karangan Al-Khatib al-Baghdadi, bahawa Muhammad bin Bashshar yang merupakan seorang guru kepada Imam Muslim, berkata, “Di dunia ini terdapat empat orang yang hafalan hadithnya sangat menakjubkan. Mereka ialah: Abu Zur’ah dari kawasan Ray, Muslim dari kawasan Naysabur, Abdullah al-Darimi dari kawasan Samarkand, dan Muhammad bin Ismail dari kawasan Bukhara.”
- Ishaq bin Rahawaih pernah ditanya berkenaan Imam Muslim, lalu beliau berkata dalam bahasa Parsi yang bermaksud, “Bagaimanakah seseorang lelaki (Imam Muslim) boleh jadi hebat sebegini?”
- Ahmad bin Salamah berkata, “Aku melihat Abu Zur’ah dan Abu Hatim al-Razi mengutamakan pendapat Imam Muslim dalam mengenali kesahihan sesebuah hadith berbanding para guru hadith yang masih lagi hidup.”
- Ishaq bin Mansur pernah berkata kepada Imam Muslim, “Kami tidak hilang kebaikan pada umat Islam ini selama mana Allah masih
- menghidupkan engkau.”
- Imam al-Nawawi dalam Al-Minhaj Sharh Sahih Muslim bin al-Hajjaj berkata, “Para ulama Islam bersepakat tentang keagungan Imam Muslim, keimanannya, peranan besarnya dalam ilmu hadith, kebijaksanaannya dalam menyusun kitab ini, keutamaannya dan kekuatan hujah-hujahnya.”
KARYA-KARYA IMAM MUSLIM
[sunting | sunting sumber]- Al-Jami’ al-Sahih (Sahih Muslim)
- Al-Kuna wa al-Asma’
- Al-Munfaridat wa al-Wuhdan
- Al-Tabaqat
- Al-Tamyiz
- Al-‘Ilal
Karya terjemahan(dalam bahasa Melayu):
Terjemahan Hadith Sahih Muslim - terbitan Bersama Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Universiti Malaya[1] dengan Rimbunan Islamik Media Sdn. Bhd. 2023
PANEL PENTERJEMAH
[sunting | sunting sumber]i. Y.Bhg Profesor Dr. Ishak bin Suliaman (Penterjemah)
ii. Y.Bhg Dr. Norazam Khair bin Ithnin (Penterjemah)
iii. Y.Bhg Dr. Mohamad Khalid bin Bahrudin (Penterjemah)
iv. Y.Bhg SS Datuk Dr. Lukman bin Hj Abdullah (Mufti Wilayah Persekutuan - Penyemak)
v. Y.Bhg Dr. Fauzi bin Deraman (Penyemak - Hadith)
vi. Y.Bhg Dr. Mat Taib bin Pa (Penyemak – Bahasa)
vii. Y.Bhg Profesor Dr. Mohd Fauzi bin Hamad (Pengarah Akademi Pengajian Islam UM - Penyemak)
viii. Y.Bhg Profesor Dato’ Dr. Ahmad Hidayat bin Buang (Penyemak – Syariah dan Undang-undang)
ix. Y.Bhg Profesor Madya Dr. Mustaffa bin Abdullah (Penyemak – al-Quran)
x. Y.Bhg Profesor Madya Dr. Mohd Muhiden bin Abd Rahman (Penyemak - Hadith)
xi. Y.Bhg Profesor Madya Dr. Faisal bin Ahmad Shah (Penyemak - Hadith)
xii. Y.Bhg Profesor Madya Dr. Khadher bin Ahmad (Penyemak - Hadith)
xiii. Y.Bhg Dr. Azmil bin Zainal Abidin (Penyemak – Akidah)
xiv. Y.Bhg Dr. Mohd Shahid bin Mohd Noh (Penyemak – Syariah dan Ekonomi)
xv. Y.Bhg Dr. Mohd Khairulnazrin bin Mohd Nasir (Penyemak – Hadith)
SPESIFIKASI KITAB TERJEMAHAN HADIS SAHIH MUSLIM
[sunting | sunting sumber]▪ Saiz kitab: 7 x 10 inci
▪ Tebal:
- Jilid 1: 883 halaman
- Jilid 2: 744 halaman
- Jilid 3: 810 halaman
- Jilid 4: 658 halaman
- Jilid 5: 621 halaman
- Jilid 6: 696 halaman
- Jilid 7: 1077 halaman
▪ Kertas Teks: Simili 60 gsm
▪ Kertas Kulit: Kulit Keras
▪ Cetakan Teks: 2 warna
▪ Cetakan Kulit dan Kemasan: 4 warna, hot stamping, spot UV dan matt lamination
▪ Kemasan: Jahit (Thread Sewing)
Kandungan Jilid
[sunting | sunting sumber]Terjemahan Hadith Sahih Muslim Jilid 1
[sunting | sunting sumber]▪ Kitab Terjemahan Hadith Sahih Muslim Jilid 1 ini menterjemahkan hadith-hadith berkaitan aspek tauhid, akidah dan ibadah. Ketiga-tiga aspek ini dirangkumkan dalam 5 tajuk kitab, iaitu:
1. Al-Muqaddimah – 8 bab
2. Kitab Iman – 109 bab
3. Kitab Bersuci – 35 bab
4. Kitab Haid – 41 bab
5. Kitab Solat – 56 bab
▪ Keseluruhan jumlah hadith yang disenaraikan dalam Jilid 1 ini ialah sebanyak 1160.
Terjemahan Hadith Sahih Muslim Jilid 2
[sunting | sunting sumber]▪ Kitab Terjemahan Hadith Sahih Muslim Jilid 2 ini menterjemahkan hadith-hadith berkaitan aspek-aspek amal ibadah seharian yang
boleh dirangkumkan dalam perkara asas fardu ain (PAFA) seperti solat. Ada 8 tajuk kitab yang diletakkan dalam Jilid 2, iaitu:
- Kitab Masjid dan Tempat Solat – 60 bab
- Kitab Solat Musafir dan Memendekkannya – 31 bab
- Kitab Kelebihan al-Quran dan yang Berkait dengannya – 25 bab
- Kitab Solat Jumaat – 20 bab
- Kitab Solat Dua Hari Raya – 7 bab
- Kitab Solat Sunat Istisqa’ – 5 bab
- Kitab Gerhana – 5 bab
- Kitab Jenazah – 37 bab
▪ Keseluruhan jumlah hadith yang disenaraikan dalam Jilid 2 ini ialah sebanyak 1098.
Terjemahan Hadith Sahih Muslim Jilid 3
▪ Kitab Terjemahan Hadith Sahih Muslim Jilid 3 memfokuskan hadis-hadis dalam aspek-aspek ibadah dalam rukun Islam juga seperti Jilid 2.
Ada 4 tajuk kitab dalam jilid 3 ini, iaitu:
1. Kitab Zakat – 56 bab
2. Kitab Puasa – 40 bab
3. Kitab Iktikaf – 4 bab
4. Kitab Haji – 97 bab
▪ Keseluruhan jumlah hadith yang disenaraikan dalam jilid 3 ini ialah sebanyak 1124.
Terjemahan Hadith Sahih Muslim Jilid 4
▪ Kitab Terjemahan Hadith Sahih Muslim Jilid 4 pula mengumpulkan terjemahan hadith-hadith yang menerangkan berkenaan aspek
muamalat dan munakahat. Ada 12 tajuk kitab yang diletakkan dalam jilid ini, iaitu:
- Kitab Nikah – 24 bab
- Kitab Penyusuan – 19 bab
- Kitab Talak – 9 bab
- Kitab Li’an – 4 bab
- Kitab Kemerdekaan Hamba – 7 bab
- Kitab Jual Beli – 21 bab
- Kitab al-Musaqah – 31 bab
- Kitab Faraid – 5 bab
- Kitab Hibah – 4 bab
- Kitab Wasiat – 6 bab
- Kitab Nazar – 5 bab
- Kitab Sumpah – 13 bab
▪ Keseluruhan jumlah hadith yang disenaraikan dalam Jilid 4 ini ialah
sebanyak 935.
Terjemahan Hadith Sahih Muslim Jilid 5
▪ Kitab Terjemahan Hadith Sahih Muslim Jilid 5 ini pula mengumpulkan hadith-hadith yang menerangkan aspek-aspek amal ibadah. Ada 10 tajuk kitab yang diletakkan dalam Jilid 5, iaitu:
- Kitab al-Qasamah, Orang yang Berperang dan Ganti Rugi – 11 bab
- Kitab Hudud – 11 bab
- Kitab Kehakiman – 11 bab
- Kitab Barang Temuan – 4 bab
- Kitab Peperangan – 2 bab
- Kitab Jihad dan Ekspedisi – 51 bab
- Kitab Kepimpinan – 27 bab
- Kitab Jihad – 28 bab
- Kitab Buruan, Sembelihan dan Haiwan yang boleh dimakan – 12 bab
- Kitab Haiwan Korban – 8 bab
▪ Keseluruhan jumlah hadith yang disenaraikan dalam Jilid 5 ini ialah sebanyak 781.
Terjemahan Hadith Sahih Muslim Jilid 6
▪ Kitab Terjemahan Hadith Sahih Muslim Jilid 6 ini mengumpulkan hadith-hadith yang menerangkan berkenaan akhlak dan sirah.
Ada 12 tajuk kitab yang diletakkan dalam jilid ini, iaitu:
1. Kitab Minuman – 17 bab
2. Kitab Makanan – 18 bab
3. Kitab Pakaian dan Perhiasan – 2 bab
4. Kitab Pakaian – 34 bab
5. Kitab Adab – 10 bab
6. Kitab Memberi Salam – 15 bab
7. Kitab Perubatan – 21 bab
8. Kitab Haiwan – 5 bab
9. Kitab Ucapan yang Merupakan Sebahagian daripada Adab dan Sebagainya – 5 bab
10. Kitab Syair – 2 bab
11. Kitab Mimpi – 5 bab
12. Kitab Keutamaan-keutamaan – 46 bab
▪ Keseluruhan jumlah hadith yang disenaraikan dalam Jilid 6 ini ialah sebanyak 1022.
Terjemahan Hadith Sahih Muslim Jilid 7
▪ Kitab Terjemahan Hadith Sahih Muslim Jilid 7 ini mengumpulkan hadith-hadith yang menerangkan berkenaan sirah, akhlak, tasawuf dan tafsir. Ada 12 tajuk kitab yang diletakkan dalam Jilid 7 ini, iaitu:
- Kitab Keutamaan Para Sahabat – 60 bab
- Kitab Berbuat Kebaikan, Menyambung Silaturahim dan Adab – 51 bab
- Kitab al-Takdir – 8 bab
- Kitab al-Ilmu – 6 bab
- Kitab Zikir, Doa, Taubat dan Istighfar – 25 bab
- Kitab Kelembutan Hati – 2 bab
- Kitab Taubat – 11 bab
- Kitab Sifat Orang Munafik dan Ketetapan bagi Mereka – 27 bab
- Kitab Syurga (dan juga Neraka), Sifatnya dan Penghuninya – 20 bab
- Kitab Fitnah dan Tanda-tanda Hari Kiamat – 28 bab
- Kitab Zuhud dan Kelembutan Hati – 20 bab
- Kitab Tafsir – 8 bab
▪ Keseluruhan jumlah hadith yang disenaraikan dalam Jilid 7 ini ialah sebanyak 1362.
Kelebihan Kitab THSM
[sunting | sunting sumber]- Satu-satunya Penerbitan di Malaysia yang menerbitkan Koleksi Hadith Sahih Muslim mengandungi 7 buah jilid serentak diterjemah dalam Bahasa Melayu menggunakan bahasa moden.
- Jumlah hadithnya sebanyak 7483 buah.
- Kitab Sahih Muslim merupakan kitab hadith yang kedua masyhur dalam kalangan umat Islam selepas kitab Sahih Bukhari.
- Kitab ini merupakan sumber dan pegangan yang autentik di sisi Ahli Sunah Waljamaah. Kitab Terjemahan Hadith Sahih Muslim ini hanya mengandungi hadith-hadith sahih sahaja yang merangkumi pelbagai perbahasan dimulai dengan Kitab al-Muqaddimah dan diakhiri dengan Kitab al-Tafsir.
- Keseluruhan jumlah kitab yang disenaraikan dalam Terjemahan Hadith Sahih Muslim ialah sebanyak 63 Kitab dan setiap Kitab mempunyai bab-bab yang tersendiri.
- Penomboran hadith adalah berturutan daripada jilid 1 hingga jilid 7.
- Tajuk Kitab dan bab menggunakan dwibahasa, iaitu bahasa Arab dan bahasa Melayu.
- Petikan ayat al-Quran yang digunakan dalam hadith ialah petikan ayat daripada al-Quran versi Madinah sama seperti ayat al-Quran yang digunakan dalam Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran yang terkini di pasaran.
- Terjemahan hadith yang dilakukan oleh panel penterjemah yang pakar dalam bidang hadith, al-Quran dan bahasa ini telah disemak dan dinilai oleh sepasukan penilai yang berkelayakan dan tokoh berkaliber dalam bidang berkaitan.
- Terjemahan hadith dikawal selia oleh pakar bahasa, iaitu anggota Munshi Dewan.
- Mengandungi nota kaki sebagai penerangan terhadap perkataan atau istilah yang sukar.
- Kitab Terjemahan Hadith ini juga menggunakan bahasa Melayu standard yang moden dan mudah difahami oleh pembaca.
- Demikian juga, kitab ini menyediakan nota kaki dan glosari bagi menerangkan setiap istilah dan ungkapan atau rangkai kata yang sukar kepada pembaca awam. Moga kitab ini boleh dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat demi satu iltizam “satu keluarga satu hadith” sebagai rujukan dan penyuluh kehidupan.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Kitab Hadith Shahih yang Enam, Muhammad Muhammad Abu Syuhbah.
- Terjemahan Hadis Sahih Muslim terbitan Bersama Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Universiti Malaya dengan Rimbunan Islamik Media Sdn. Bhd
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Karyanya dalam bahasa Melayu
- Himpunan hadis-hadis dari Kitab Utama
- Rimbunan Islamik Media (Terjemahan Hadis Sahih Muslim)
- ↑ APIUM (2023-12-11), SIRI 19 - IslamicStudies@UM : PROFESOR DR. ISHAK BIN HJ. SULIAMAN, dicapai pada 2026-07-09