Sahrul Gunawan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
H. Sahrul Gunawan
Sahrul Gunawan
Wakil Bupati Bandung ke 5
Memegang jawatan
26 April 2021
GabenorRidwan Kamil
BupatiDadang Supriatna
Didahului olehGun Gun Gunawan
Butiran peribadi
Lahir (1976-05-23) 23 Mei 1976 (umur 47)
Bogor, Jawa Barat, Indonesia
KerakyatanIndonesia
Parti politik
PasanganIndriani Hadi (k. 2007; c. 2016)
Anak-anak
  • Ezzar Raditya Gunawan
  • Raihana Zemma Gunawan
  • Faeyza Mikail Gunawan
Alma materUniversitas Pakuan
Pekerjaan
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Piano
Syarikat rakaman

H. Sahrul Gunawan, S.E. (lahir di Bogor, Jawa Barat, 23 Mei 1976; umur 47 tahun) merupakan seorang pelakon, penyanyi, usahawan, model, dan ahli politik Indonesia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Perjalanan seni Sahrul bermula dari bidang peragaan dan seterusnya mengembangkan sayapnya dalam bidang nyanyian serta lakonan. Drama yang telah menaikkan namanya ialah Jin dan Jun namun setelah sudah lama membintangi drama tersebut, Sahrul mengundurkan diri. Sahrul kemudiannya telah berlakon dalam drama yang berbentuk percintaan remaja iaitu drama Pernikahan Dini. Drama tersebut turut dibintangi oleh Agnez Mo dan drama tersebut berjaya menaikkan lagi popularitinya. Setelah itu, Sahrul mendapat lebih banyak tawaran untuk berlakon drama. Antara drama-drama yang dilakonkan bersama pelakon lain ialah Adam dan Hawa bersama Marshanda dan Intan Nuraini, serta drama Tali Kasih bersama Ayu Azhari.

Selain berlakon, bekas jurusan Ekonomi dari Universiti Pakuan itu telah mencuba nasib dalam bidang seni suara. Sebanyak lima album yang telah dipasarkan. Melalui lagu Lewat Tembang "Janji" (dari album ketiganya) Sahrul berjaya masuk dalam pencalonan anugerah AMI Sharps 2000. Album terbarunya (album kelima) Sahrul Gunawan dilancarkan pada 25 Julai 2007. Dalam album ini, Sahrul mengambil beberapa komposer senior, antara lain Melly Goeslaw, Anto Hoed, Icha Jikustik, Yovie Widianto, Ricky FM, Andi Riyanto, Valent, dan Tengku Safick. Daripada 11 lagu dalam album ini, 2 antaranya adalah ciptaan Sahrul sendiri, iaitu "Cintaku Tak Terbatas Untukmu" dan "Nyata Kau Tak Bisa".

Seperti keempat-empat album sebelumnya, album kelima Sahrul pun gagal mendapat sambutan. Malah mendapat lebih masalah daripada album dulu. Pihak D'Astro Management yang menaungi Sahrul memutuskan hubungan perniagaan. Sahrul mengaku telah mengeluarkan lebih dari 500 juta rupiah bagi album kelimanya tersebut untuk mempromosikan album tersebut. Namun ternyata, setelah album dipasarkan, CD dan kasetnya belum berjaya menembusi pasaran. Tak puas, Sahrul pun menempuh jalur hukum.[1] Konflik ini berlanjut hingga terjadi antara Sahrul dan bekas pengurusnya.[2]

Kehidupan peribadi dan sosial[sunting | sunting sumber]

Bukan hanya di bidang komersial, Sahrul pun tak lupa dari segi sosial. Sahrul mendirikan Yayasan Al Hikmah dan menjawat sebagai pengarahnya. Yayasan tersebut telah membangun SMA dan SMK Pariwisata "Saga Mulya" berlokasi di Kelurahan Harjasari Ciawi, Kecamatan Bogor Selatan, Kota Bogor.

Sahrul pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon, Intan Nuraini hingga hampir mahu berkahwin. Namun hubungan mereka tiba-tiba putus dengan sebab yang tidak jelas. Sahrul kemudian bercinta pula dengan pelakon yang bertudung, Zaskia Adya Mecca. Mereka bahkan telah berbincang untuk bernikah , tapi tidak terlaksana. Sahrul akhirnya terpaut hati pada anak jati Kalimantan, Indriani Hadi. Mereka berkahwin pada 3 Februari 2007. Pada saat terjadi konflik album kelima antara Sahrul dan managernya, Sahrul mendapat berita gembira dengan lahirnya buah cinta pertama mereka, Ezar Raditya, pada bulan September 2007. Kelahiran putera pertama Sahrul tentu menimbulkan berbagai pertanyaan, kerana kalau dikira dari tarikh pernikahan sampai kelahiran anak mereka belum genap 9 bulan. Sahrul pun mengakui bahwa mereka telah menikah pada 25 November 2006.[3]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Album Baru, Sahrul Rugi 500 Juta dicapai 8 November 2007
  2. ^ Sahrul Gunawan Bakal Laporkan Balik Mantan Manajer dicapai 8 November 2007
  3. ^ Anak Sahrul Gunawan Telah Lahir diakses 8 November 2007