Saidina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Saidina
Penerbit Syarikat Permainan Malaysia
Pemain 2–6
Masa penyediaan 5–15 minit
Masa permainan 180 minit
Peluang rawak Sederhana (balingan dadu, pilihan kad)
Kemahiran yang diperlukan Mengira

Saidina atau $aidina adalah sejenis permainan berpapan yang dihasilkan oleh Syarikat Permainan Malaysia Sdn. Bhd., berdasarkan permainan Monopoly.

Seperti Monopoly, tujuan permainan Saidina adalah membeli hartanah dan mendapatkan keuntungan daripadanya dan menjual semula atau menyewakannya sehingga kekayaan para pemain berlipat ganda. Pemain yang dapat mengumpulkan kekayaan paling banyak akan digelar "SAIDINA". Pemain mengambil giliran untuk membaling dadu dan bergerak di sekeliling papan permainan mengikut nilai yang diperolehi dari balingan dadu.

Saidina pertama kali diperkenalkan pada 1978. Permainan ini boleh dimainkan oleh 2 hingga 6 orang dan sesuai dimainkan oleh orang tua dan orang muda.[1] Tempat di dalam permainan ini adalah berdasarkan tempat-tempat di Malaysia.[2]

Permainan Saidina dapat meningkatkan daya niaga, kemahiran mengira dan membuat keputusan. Ia merupakan sebuah permainan yang menarik terutamanya sekiranya dimainkan dalam masa yang panjang sehingga ada yang muflis dan terpaksa menggadaikan semua harta untuk membayar hutang kepada bank ataupun pemain lain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Saidina" (dalam bahasa B. Inggeris). BoardGameGeek.  Parameter |accessdaymonth= tidak diketahui diabaikan (bantuan); Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (guna |access-date=) (bantuan)
  2. ^ Albert C. Veldhuis. "Monopoly Malaysia" (dalam bahasa B. Inggeris). De Muurkrant. Dicapai 5 Mei 2008. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • $aidina di Syarikat Permainan Malaysia.