Saifuddin Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Saifuddin Nasution Ismail.
Yang Berhormat Dato'
Saifuddin Abdullah
DSAP (Pahang), DPMP (Perak)
Secretary Pompeo Meets with Malaysian FM Saifuddin Abdullah (42012332590) (cropped).jpg
Menteri Luar Negeri
Memegang jawatan
2 Julai 2018
TimbalanPakatan-harapan-logo.jpg Parti Pribumi Bersatu Malaysia Logo.svg.png Marzuki Yahya
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Anifah Aman
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Indera Mahkota
Memegang jawatan
10 Mei 2018
Didahului olehPakatan-harapan-logo.jpg Bendera Parti Keadilan Rakyat PKR 4975x2490 px.svg Fauzi Abdul Rahman
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan
Memegang jawatan
2015
PengerusiPakatan-harapan-logo.jpg Parti Pribumi Bersatu Malaysia Logo.svg.png Mahathir Mohamad
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 2013
MenteriBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Mohamed Khaled Nordin
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Idris Haron
Digantikan olehBarisan Nasional.png Pbslogo.JPG Mary Yap Kain Ching
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Temerloh
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 5 Mei 2013
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Mohd Sarit Yusoh
Digantikan olehPAS logo.svg Nasrudin Hassan
Butiran peribadi
Lahir (1961-01-27) 27 Januari 1961 (umur 58)
Mentakab, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politikBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg BN-UMNO
Pakatan-harapan-logo.jpg Bendera Parti Keadilan Rakyat PKR 4975x2490 px.svg PH-PKR
PasanganDatin Norlin Shamsul Bahri
IbuHajah Ramlah Uda
BapaUstaz Haji Abdullah Long
Alma materUniversiti Malaya
PekerjaanMalaysia Anggota Parlimen
KabinetKabinet Malaysia 2018
AnugerahSenarai

YB Dato' Saifuddin Abdullah merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu. Beliau merupakan Menteri Luar Negeri dan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Beliau juga merupakan pengerusi Akademi Belia, mantan Yang Dipertua Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, PBMUM (1983-1985) dan bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (1998-2002).

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Anak jati Temerloh ini dilahirkan pada 1961 di Kg Sungai Ara, Mentakab, kepada pasangan Ustaz Haji Abdullah Long (anak Mengkarak) dan Hajah Ramlah Uda (anak Lebak). Ustaz Haji Abdullah ialah pesara guru agama di beberapa buah sekolah kebangsaan di daerah Temerloh, seperti Sek Keb Bandar Mentakab. Beliau juga pernah mengajar di beberapa buah surau seperti di Kg Mambang Berulang, Taman Saga dan Taman Sri Semantan. Hajah Ramlah pula ialah pesara guru di Sek Keb Chatin, Bandar Mentakab dan Tanjung Lalang.[1]

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Norlin Shamsul Bahri, Penolong Pengurus Ilmu/Pustakawan Zaid Ibrahim & Co, iaitu syarikat guaman terbesar negara. Mereka dikurniai Nur Madihah, kini pelajar Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dato’ Saifuddin mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Abu Bakar Mentakab (1968-73), Kolej Melayu Kuala Kangsar – MCKK (1974-80), mendapat BA Honours dari Universiti Malaya (1984), Diploma Terjemahan dari Persatuan Penterjemah Malaysia/Dewan Bahasa dan Pustaka (1985) dan mengikuti Kursus Eksekutif di Harvard Business School (1995).

Politik[sunting | sunting sumber]

Ketika menghadiri Mesyuarat Menteri ASEAN-AS

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Dato' Saifuddin Bin Abdullah bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional.[2] Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Temerloh, negeri Pahang. Dato' Saifuddin Bin Abdullah telah menang dengan mendapat undi sebanyak 21381. Calon lawan ialah Ahmad Nizam bin Hamid dari PKR mendapat 18,940 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 76%. Undi rosak sebanyak 924. Saifuddin Abdullah telah bertanding bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2009 dan telah berjaya mendapat undi ke-15 tertinggi. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Ketua Biro Pengajian Tinggi yang diketuai oleh YB Dato Sri Mustapha Mohammad. Beliau juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh sejak 2009. Beliau telah memperkenalkan Majlis Perundingan Parlimen Temerloh (MPPT) sejak beliau menjadi Ahli Parlimen Temerloh. Mulai 6 Mac 2010, Parlimen Temerloh bakal menjadi Parlimen pertama di Malaysia yang akan mengaplikasikan Program Transformasi Kerajaan (GTP)iaitu Bidang Keberhasilan Utama (KRA). Ia akan dinamakan sebagai Temerloh Key Result Area (T-KRA).

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, Dato' Saifuddin bertanding di P088 Temerloh menentang Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan. Namun beliau gagal mempertahan kerusi yang dimenanginya pada tahun 2008 itu dengan kekalahan tipis. Beliau seterusnya menubuhkan organisasi New Conversation untuk menyokong kebebasan bersuara dan perbincangan yang lebih matang.

Pada tahun 2015, Saifuddin keluar dari UMNO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung ketidaksepakatan dengan pengendalian skandal 1Malaysia Development Berhad.[3][4]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia[5][6][7][8][9]
Tahun Kawasan perlembagaan Kerajaan Undi Prts Pembagkang Undi Prts Buang
undi
Majoriti Keluar
2008 Temerloh Saifuddin Abdullah
(UMNO)
21,381 53.03% Ahmad Nizam
Hamid
(PKR)
18,940 46.97% 41,463 2,441 76.77%
2013 Saifuddin Abdullah
(UMNO)
27,197 49.04% Nasrudin
Hassan

(PAS)
28,267 50.96% 56,595 1,070 85.61%
2018 Indera
Mahkota
Saifuddin Abdullah
(PKR)
28,578 44.85% Johan
Mat Sah

(UMNO)
17,628 27.66% 64,612 10,950 83.70%
Nasrudin
Hassan

(PAS)
17,515 27.49%

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • MY-PAH Order of Sultan Ahmad Shah of Pahang - Knight Companion - DSAP.svg Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) - Dato'
  • MY-PERA Order of the Perak State Crown - lower classes.svg Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) - Dato'

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Interview by Abdul Qayyum Jumadi; Photos by Lyn Ong. "Where I'm Coming From: Saifuddin Abdullah". POPfolio network : Poskod.MY. Dicapai 22 March 2018. 
  2. ^ "Malaysia Decides 2008". The Star. Dicapai 9 January 2010. 
  3. ^ Ng, Eileen (15 October 2015). "I left Umno over 1MDB, RM2.6 billion, says Saifuddin". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada asal pada 15 October 2015. Dicapai 15 October 2015. 
  4. ^ "Saifuddin gives his reasons for leaving Umno". The Star. 25 October 2015. Dicapai 26 October 2015. 
  5. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai 4 February 2017.  Percentage figures based on total turnout.
  6. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai 4 February 2017.  Keputusan hanya boleh didapati di pilihan raya 2004.
  7. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai 24 March 2017. 
  8. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada asal pada 31 March 2014. Dicapai 9 April 2014. 
  9. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Dicapai 26 October 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]