Penyelidikan asas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sains tulen)

Penyelidikan asas, juga dipanggil sebagai penyelidikan tulen atau penyelidikan dasar, merupakan penelitian ilmiah yang bertujuan untuk memperbaiki teori ilmiah agar dapat memperbaiki persefahaman atau ramalan fenomena alamiah atau fenomena lain.[1] Penyelidikan terapan pula menggunakan teori ilmiah untuk mengembangkan teknologi atau teknik supaya mengantara dan mengubah fenomena alamiah atau fenomena lain. Penyelidikan asas yang seolah-olah selalu dipacu oleh sifat ingin tahu itu,[2] menggalakkan pembaharuan ilmu terapan.[3] Dua matlamat selalunya diselaraskan dalam penyelidikan dan pembangunan.

Walaupun banyak penemuan tidak dijangka,[2] ilmu penemuan secara khususnya mencari penemuan dan selari dengan ilmu teori dan ilmu uji kaji, kini menjadi kunci kepada penyelidikan asas dan kadangkala dirancang dengan nyata.[4]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Penyelidikan asas memajukan pengetahuan asas mengenai dunia. Penyelidikan asas menumpukan kepada menyangkal (tidak menyokong) atau menyokong teori yang menjelaskan fenomena yang diperhatikan. Penyelidikan tulen merupakan sumber kepada kebanyakan idea ilmiah terbaru dan cara pemikiran ilmiah terbaru mengenai dunia. Penyelidikan barangkali bercirikan penjelajahan, keperihalan, atau penjelasan; namun begitu, penyelidikan penjelasanlah yang paling biasa.[5]

Penyelidikan asas menjana pembaharuan idea, prinsip, dan teori, yang tidaklah digunakan serta-merta tetapi membentuk asas kemajuan dan pembangunan dalam bidang berbeza. Komputer yang wujud pada hari ini, sebagai contoh, komputer tersebut tidak dapat wujud tanpa penyelidikan dalam matematik tulen yang dikendalikan sejak beberapa abad yang lalu, ketika tiada penerapan amali. Penyelidikan asas jarang sekali membantu pengamal secara langsung berkaitan kegelisahan harian mereka; namun begitu, penyelidikan asas merangsang cara pemikiran baru yang mempunyai kemampuan untuk mengubah secara menyeluruh dan mendadak serta menimbulkan kegemparan supaya memperbaiki cara pengamal menghadapi masalah pada masa depan.[5]

Di Amerika Syarikat, penyelidikan asas mendapat pembiayaan sebahagian besarnya daripada kerajaan persekutuan dan disempurnakan sebahagian besarnya di universiti dan institut.[6] Apabila pembiayaan kerajaan semakin berkurangan pada tahun 2010-an, pembiayaan persendirian semakin penting.[7]

Ilmu asas lawan ilmu terapan[sunting | sunting sumber]

Ilmu terapan menumpukan kepada pembangunan teknologi dan teknik. Hal ini berbeza dengan ilmu asas yang membangunkan pengetahuan dan ramalan ilmiah, terutamanya dalam sains semula jadi selain turut terdapat dalam ilmu empirik lain, yang digunakan sebagai asas kepada asas ilmiah bagi ilmu terapan. Ilmu asas membangunkan dan menentukan maklumat untuk meramalkan fenomena dan mungkin juga memahami hakikat alam semula jadi, sedangkan ilmu terapan menggunakan sebahagian daripada ilmu asas untuk membangunkan campur tangan melalui teknologi atau teknik untuk mengubah peristiwa atau kesudahannya.[8][9] Ilmu terapan dan ilmu asas boleh bersua muka begitu rapat dalam penyelidikan dan pembangunan.[10][11] Bersua muka antara penyelidikan asas dengan penyelidikan terapan telah dikaji oleh Yayasan Sains Kebangsaan. Kajian itu dikendalikan untuk mengesan hubungan antara usaha penyelidikan ilmiah asas dengan pembangunan pembaharuan utama, seperti pil pencegah mulut dan alat perakam pita video. Kajian mereka mendapati penyelidikan asas memainkan peranan penting dalam pembangunan semua pembaharuan tersebut. Bilangan penyelidikan ilmu asas yang membantu pengeluaran pembaharuan tersebut mencapai kemuncaknya antara 20 hingga hingga 30 tahun sebelum pembaharuan itu berlaku. Meskipun kebanyakan pembaharuan berlaku dalam bentuk ilmu terapan dan berlaku di sektor swasta, penyelidikan asas diperlukan sebagai pelopor kepada hampir semua ilmu terapan dan pembaharuan. Kira-kira 76% daripada penyelidikan asas dikendalikan oleh universiti.[12]

Pembezaan dapat dibuat antara ilmu asas dengan disiplin ilmu seperti perubatan dan teknologi.[8][9][13][14][15] Mereka boleh dikelompokkan sebagai STM (sains, teknologi, dan perubatan; bukan untuk dikelirukan dengan STEM (sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik) atau STS (sains, teknologi, dan masyarakat). Kelompok ini saling berkaitan dan mempengaruhi satu sama lain,[16][17][18][19][20] walaupun mereka berbeza dalam hal spesifik seperti kaedah dan piawaian.[9][13][20][21]

Hadiah Nobel mencampurkan ilmu asas dengan ilmu terapan untuk kategori anugerah Fisiologi atau Perubatan. Berbeza pula dengan Royal Society of London yang mengasingkan sains semula jadi daripada sains gunaan.[22]

Fizik[sunting | sunting sumber]

"Ilmu asas" atau "ilmu dasar" mungkin juga merujuk kepada fizik. Dalam falsafah ilmu, cabang ilmu yang sering diperihalkan seperti fizik dasar merupakan asas yang tersembunyi pada perkara lain, dipanggil ilmu istimewa, yang bersandarkan kepada prinsip yang didapati daripada dan boleh dikurangkan kepada fizik dasar.[23][24][25] Dalam kesatuan ilmu yang sesuai, ilmu istimewa menyiasat bidang yang mana entiti dan undang-undang muncul daripada identiti fizik asas yang sesuai.[26] Ilmu asas juga turut digunakan untuk merujuk kepada sains semula jadi secara umum, berbanding dengan sains sosial dan sains gunaan.[9][10][13][16][17][18]

Sedangkan fizik asas mencari undang-undang ketetapan sejagat, ilmu istimewa selalunya termasuklah undang-undang ceteris paribus, meramalkan secara tepat dari kemungkinan tinggi ketika "keadaan biasa" atau "dengan hal-hal lainnya tetap sama", tetapi memiliki pengecualian.[24] Walaupun tanpa pengecualian, undang-undang kimia barangkali dikurangkan kepada fizik asas—kepada mekanik kuantum dan kemudian elektrodinamik kuantum[27][28][26] Menghubungkan ilmu fizikal dengan ilmu biologi melalui biokimia, dan mempengaruhi ilmu secara umum, kimia dilihat sebagai ilmu pusat.[29][30]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "What is basic research?" (PDF). National Science Foundation. Dicapai pada 2014-05-31.
  2. ^ a b "Curiosity creates cures: The value and impact of basic research Diarkibkan Oktober 20, 2013, di Wayback Machine, National Institute of General Medical Sciences, National Institutes of Health.
  3. ^ "ICSU position statement: The value of basic scientific research" Diarkibkan 2017-05-06 di Wayback Machine, International Council for Science, December 2004.
  4. ^ Liz Karagianis - MIT Spectrum (21 April 2015). "How discovery science is reinventing the world - MIT News". MIT News.
  5. ^ a b "Research". google.com.
  6. ^ Ganapati, Priya (2008-08-27). "Bell Labs kills fundamental physics research". Wired. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 August 2008. Dicapai pada 2008-08-28. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ William J. Broad (March 15, 2014). "Billionaires with big ideas are privatizing American science". New York Times. Dicapai pada December 26, 2014.
  8. ^ a b "Limited scope of science". & "Technology" in Bernard Davis (Mar 2000). "The scientist's world". Microbiology and Molecular Biology Reviews. 64 (1): 1–12. doi:10.1128/MMBR.64.1.1-12.2000. PMC 98983. PMID 10704471.
  9. ^ a b c d James McCormick (2001). "Scientific medicine—fact of fiction? The contribution of science to medicine". Occasional Paper (Royal College of General Practitioners) (80): 3–6. PMC 2560978. PMID 19790950. Italic or bold markup not allowed in: |journal= (bantuan)
  10. ^ a b Gerard Piel, "Science and the next fifty years", § "Applied vs basic science", Bulletin of Atomic Scientists, 1954 Jan;10(1):17–20, p 18.
  11. ^ Ruth-Marie E Fincher, Paul M Wallach & W Scott Richardson, "Basic science right, not basic science lite: Medical education at a crossroad", Journal of General Internal Medicine, Nov 2009;24(11):1255–58, abstract: "Thoughtful changes in education provide the opportunity to improve understanding of fundamental sciences, the process of scientific inquiry, and translation of that knowledge to clinical practice".
  12. ^ Stephan, Paula (2012). How Economics Shapes Science. Cambridge, MA: Harvard University Press. m/s. 146. ISBN 978-0-674-04971-0.
  13. ^ a b c Richard Smith (Mar 2006). "The trouble with medical journals". Journal of the Royal Society of Medicine. 99 (3): 115–9. doi:10.1258/jrsm.99.3.115. PMC 1383755. PMID 16508048.
  14. ^ Leon Eisenberg (Mar 1988). "Science in medicine: Too much or too little and too limited in scope?". American Journal of Medicine. 84 (3 Pt 1): 483–91. doi:10.1016/0002-9343(88)90270-7. PMID 3348249.
  15. ^ J N Clarke; S Arnold; M Everest; K Whitfield (Jan 2007). "The paradoxical reliance on allopathic medicine and positivist science among skeptical audiences". Social Science & Medicine. 64 (1): 164–73. doi:10.1016/j.socscimed.2006.08.038. PMID 17045377. Unknown parameter |last-author-amp= ignored (bantuan)
  16. ^ a b Eric Holtzman (1981). "Science, philosophy, and society: Some recent books". International Journal of Health Services. 11 (1): 123–49. doi:10.2190/l5eu-e7pc-hxg6-euml. PMID 7016767.
  17. ^ a b P M Strong PM; K McPherson (1982). "Natural science and medicine: Social science and medicine: Some methodological controversies". Social Science & Medicine. 16 (6): 643–57. doi:10.1016/0277-9536(82)90454-3. PMID 7089600. Unknown parameter |last-author-amp= ignored (bantuan)
  18. ^ a b Lucien R Karhausen (2000). "Causation: The elusive grail of epidemiology". Medicine, Health Care, and Philosophy. 3 (1): 59–67. doi:10.1023/A:1009970730507. PMID 11080970.
  19. ^ K Bayertz; P Nevers (1998). "Biology as technology". Clio Medica. 48: 108–32. PMID 9646019. Unknown parameter |last-author-amp= ignored (bantuan)
  20. ^ a b John V Pickstone; Michael Worboys (Mar 2011). "Focus: Between and beyond 'histories of science' and 'histories of medicine'—introduction". Isis. 102 (1): 97–101. doi:10.1086/658658. PMID 21667777. Unknown parameter |last-author-amp= ignored (bantuan)
  21. ^
  22. ^ "Medals, Awards & Prize lectures", The Royal Society website, accessed 22 Sep 2013.
  23. ^ Wolfgang Spohn, The Laws of Belief: Ranking Theory and Its Philosophical Applications (Oxford: Oxford University Press, 2012), p 305.
  24. ^ a b Alexander Reutlinger, Gerhard Schurz & Andreas Hüttemann, "Ceteris paribus laws", sec 1.1 "Systematic introduction", in Edward N Zalta, ed, The Stanford Encyclopedia of Philosophy, Spring 2011 edn.
  25. ^ Vítor Neves, ch 12 "Sciences as open systems—the case of economics", in Olga Pombo, Juan M Torres, John Symons & Shahid Rahman, eds, Special Sciences and the Unity of Science (Dordrecht, Heidelberg, London, New York: Springer, 2012).
  26. ^ a b Anita Traninger, "Emergence as a model for the study of culture", pp 67–82, in Birgit Neumann & Ansgar Nünning, eds, Travelling Concepts for the Study of Culture (Berlin & Boston: Walter de Gruyter, 2012), pp 70–71.
  27. ^ Richard P Feynman, QED: The Strange Theory of Light and Matter, exp edn w/ new intro by A Zee (Princeton & London: Princeton University Press, 2006), p 5.
  28. ^ Schwarz JH (March 1998). "Figure 1: Contradictions lead to better theories". Proc. Natl. Acad. Sci. U.S.A. 95: 2750–7. doi:10.1073/pnas.95.6.2750. PMC 19640. PMID 9501161. in Schwarz, John H (1998). "Recent developments in superstring theory". Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 95 (6): 2750–7. doi:10.1073/pnas.95.6.2750. PMC 19640. PMID 9501161.
  29. ^ Theodore E Brown, H Eugene LeMay et al., Chemistry: The Central Science, 12th edn (Upper Saddle River NJ: Pearson Prentice Hall, 2012).
  30. ^ Maria Burguete, ch 7 "History and philosophy of science: Towards a new epistemology", 7.3 "History of contemporary chemistry", in Maria Burguete & Liu Lam, eds, Science Matters: Humanities As Complex Systems (Singapore: World Scientific Publishing, 2008), p 139: "Considering the extent that chemical methodology has contributed to other disciplines, it is tempting to take the charge that chemistry is in danger of losing its identity, or, to turn it around and proclaim instead that chemistry—today more than ever before—is the 'central science' ".

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]