Sajah binti Al-Haris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sajah binti Al-Haris bin Suaid (سجاح بنت الحارث بن سويد ﺑﻦ ﻋﻘﻔﺎﻥ) dari Bani Tamim adalah seorang wanita Kristian Arab yang dilindungi puaknya sendiri, lalu memecah belahkan Bani Tamim berkenaan zakat dan akhirnya dilindungi oleh Bani Hanifa. Bapa beliau, Al-Haris, berasal daripada suku Bani Yarbu dalam puak Bani Tamim. Ibu beliau berasal daripada Bani Taghlib dari Iraq.[1]

Riwayat[sunting | sunting sumber]

Semasa pemberontakan murtad yang menjelang setelah kewafatan baginda Nabi Muhammad SAW, Sajah mengaku dirinya sebagai seorang nabi selepas mendapat tahu yang Musailamah dan Tulaiha telah mengisytihar kenabian ke atas diri mereka sendiri.[2] Sebelum mendakwa dirinya sebagai nabi, Sajah dikenali ramai sebagai seorang nujum atau peramal. Selepas itu, 4,000 orang berkumpul dengannya dan berarak ke Madinah dan yang lain terima ajakannya menentang Madinah. Tetapi, rancangan beliau untuk menyerang dibatalkan apabila datang khabar yang Khalid ibn al-Walid telah menewaskan Tulaiha al-Asadi (seorang lagi nabi palsu). Sesudah itu, beliau datang ke Musailamah untuk berganding kuasa melawan ancaman Khalid. Akhirnya beliau sampai ke satu kesefahaman bersama Musailamah. Tetapi, Sajah kemudian berkahwin dengan Musailama dan bergilir kenabian. Khalid kemudian hapuskan semua unsur-unsur pemberontakan berkenaan Sajah, dan syahdan beredar untuk hapuskan Musailamah. Selepas Perang Yamamah di mana Musailamah al-Kazzab telah tewas dan dibunuh, Sajah pun memeluk Islam.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kister, M.J., The Struggle Against Musaylima and the Conquest of Yamama, p. 23
  2. ^ E.J. Brill's first encyclopedia of Islam, 1913-1936 By M. Th. Houtsma, p665

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Encyclopedia of Islam oleh Mufti M. Mukarram Ahmed, Muzaffar Husain Syed, m/s 231
  • The Origins of the Islamic State oleh Aḥmad ibn Yaḥyā al-Balādhurī, Abu Al-Abbas Ahmad Bin Jab Al-Baladhuri, Philip Khûri Ḥitti, m/s 151
  • Smaller Signs of the Day oleh Muhammad bin Bayyûmi, Alig Abdul Ahad, m/s 44

Lihat juga[sunting | sunting sumber]