Sajarah Banten

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sajarah Banten, merupakan nama sekumpulan karya sastera sejarah tradisional berbentuk babad, yang menceritakan mengenai sejarah Kesultanan Banten; iaitu sejak kedatangan Syarif Hidayatullah dan Maulana Hasanuddin ke Banten[1] sehingga mendekati masa-masa akhir menjelang kejatuhannya.[2] Pada umumnya risalah-risalah Sajarah Banten menggunakan bahasa Jawa dengan hanacaraka atau huruf Arab Pegon; namun terdapat pula yang menggunakan bahasa Melayu dengan abjad Rumi, serta bahasa Sunda dan aksara Sunda. Sebahagian besar risalah-risalah tersebut berbentuk tembang, dan sebahagian kecil berbentuk gancaran (prosa).

P.A. Hoessein Djajaningrat berpendapat bahawa risalah-risalah Sajarah Banten tersebut ditulis antara tahun 1662/1663 sehingga 1725, namun versi bahasa Melayu yang berbentuk prosa masih ditulis sehingga akhir abad ke-18. Ketika itu, diketahui sekurang-kurangnya terdapat 32 risalah Sajarah Banten dan sejenisnya yang tersebar di pelbagai tempat simpanan, sama ada di dalam mahupun di luar negara.[3]

Di antara risalah-risalah tersebut terdapat beberapa yang telah dikenalpasti secara khas, antaranya:[4]

  • Sajarah Banten Kecil, atau nama tersendirinya Wawacan Sajarah Haji Mangsur, sebagaimana disampaikan C. Snouck Hurgronje dan J.L.A. Brandes.
  • Sajarah Banten Rante-Rante; berisi kumpulan mitos dan legenda dari bahagian-bahagian tertentu dalam sejarah Banten.
  • Hikayat Hasanuddin; iaitu versi bahasa Melayu dari bahagian tertentu Sajarah Banten Rante-Rante
  • Sajarah Banten naskah Cibeber, Cilegon; yang telah diteliti oleh Munadi Padmadiwiria yang isinya berkisah tentang Maulana Hasanuddin dan merupakan bahagian tertentu dari Sajarah Banten Rante-Rante

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tjandrasasmita, Uka (2009). Arkeologi Islam Nusantara. Kepustakaan Populer Gramedia. m/s. 168-169. ISBN 979910212X, 9789799102126.
  2. ^ Hatmadji, Drs. H. Tri. Prof. Dr. Mundardjito, Drs. Fitra Arda, M. Hum, Drs. Syarif Achmadi (penyunting). Ragam Pusaka Budaya Banten. Direktorat Jenderal Kebudayaan. m/s. 134-135. ISBN 9799932408, 9789799932402. Unknown parameter |editors= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  3. ^ Pudjiastuti, Titik (2007). Perang, dagang, persahabatan: surat-surat Sultan Banten. Yayasan Obor Indonesia. m/s. 305-307. ISBN 9794616508, 9789794616505.
  4. ^ Ōta, Atsushi (2006). Changes of Regime And Social Dynamics in West Java: Society, State And the Outer World of Banten, 1750-1830. 2 dari TANAP Monographs On The History Of The Asian-European Interaction (ed. berilustrasi). BRILL. m/s. 213. ISBN 9004150919, 9789004150911.