Pergi ke kandungan

Saka (siri TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Saka
PengarahIsmail Yaacob
Dibintangi oleh
Dato’ Rahim Razali
Zizan Nin
Juliana Ibrahim
Negara asal Malaysia
Bilangan episod26
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Seram)
Siaran asal24 Januari 2008 – 17 Julai 2008
Kronologi
MengikutiAnak Pontianak
Diikuti olehKekasihku Seru

Saka ialah sebuah siri televisyen seram Malaysia yang disiarkan di slot Seram (Khamis, 9.30 malam) TV3, dibintangi oleh Dato’ Rahim Razali, Zizan Nin dan Juliana Ibrahim.

Saka merupakan satu kisah bagaimana sebuah kumpulan yang berusaha dalam merongkai masalah-masalah mistik yang wujud di kalangan masyarakat. Setiap episod akan memaparkan satu misteri berdasarkan kisah benar yang berlaku, contohnya bagaimana sekumpulan pengikut ajaran sesat menyembah busut semata-mata untuk mendapatkan nombor ekor, dan kumpulan ini akan berusaha untuk menghapuskan amalan-amalan khurafat seperti ini. Isma memiliki suatu keupayaan istimewa yang digunakannya sejak kecil lagi, iaitu kuasa yang menjadikannya seorang yang bersikap ingin tahu tetapi selalu kemuraman. Hidup Isma berubah setelah dia berjumpa dengan Pak Din yang mengajarnya cara mengawal kuasa luar biasanya itu agar dapat membantu Pak Din dan anak-anak buahnya Daniel dan Zack dalam tugas-tugasan menyiasat alam ghaib.

Senarai Episod

[sunting | sunting sumber]
  1. Waris Tanpa Rela
  2. Busut
  3. Merapat Bintang
  4. Mambang
  5. Polong
  6. Langsuir Bhg. 1
  7. Langsuir Bhg. 2
  8. Keramat
  9. Rahsia
  10. Rimau Dapur
  11. Merak Berlayang
  12. Bukit Seguntang
  13. Demang Selebar Daun
  14. Srivijaya
  15. Batu Gajah
  16. Hilang
  17. Kasai
  18. Karun
  19. Meragut Puteri
  20. Sesat
  21. Kuningan Tanah Jawi
  22. Sirih Pulang Ke Gagang
  23. Hantu Raya
  24. Tawar Bisa
  25. Batara Sari
  26. Waris Tanpa Rela


Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Penggambaran siri TV Saka dijalankan di sekitar negeri Selangor dan Palembang, Indonesia, mulai akhir Disember 2007[1] hingga siap pada awal tahun 2008, ketika episod-episod terawalnya sempat disiarkan di TV. Menurut pengarahnya, Ismail Yaacob, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membentuk pemikiran penonton dalam melihat dan menonton karya-karya berdasarkan kisah misteri dan mistik samada di layar perak atau di televisyen. Ujarnya, "Saya tidak mahu memaparkan karya yang membuatkan orang lebih takutkan hantu dari takutkan tuhan."[2]

  1. ^ Drama SAKA Lakonan Juliana Ibrahim Nasir Bilal Khan di TV3, Sensasi Selebriti, 18 Januari 2008.
  2. ^ Pengarah Drama SAKA: Minda Penonton Perlu Diubah, Sensasi Selebriti, 23 Januari 2008.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
TV3: Seram, Khamis, 9 malam
Sebelumnya Saka Berikutnya
Anak Pontianak Kekasihku Seru