Sakit jiwa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Penyakit kesihatan mental atau Sakit Jiwa adalah penyakit yang menyebabkan gangguan pemikiran atau tingkah laku sehingga menyebabkan ketidakupayaan untuk menjalankan aktiviti harian.[1] Sakit jiwa ditakrifkan di dalam Kamus Dewan Edisi Empat sebagai:

  • (a) sakit mental;
  • (b) (bahasa percakapan) tidak tenteram fikiran kerana ada unsur-unsur yang menekan jiwa.[2] Dalam kamus yang sama, sakit mental ditakrifkan sebagai: tidak siuman fikirannya, sakit otak, gila.[3]

Terdapat lebih daripada 200 jenis sakit jiwa. Antara gangguan yang biasa terjadi adalah kemurungan, gangguan bipolar, demensia, skizofrenia dan gangguan kerisauan yang melampau. Ciri-ciri yang mungkin dialami adalah perubahan mod, sifat keperibadian, tabiat peribadi atau kurang bersosial.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.doctoroncall.com.my/soalan/mental-illness-sakit-jiwa
  2. ^ "sakit jiwa - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 16 December 2012.
  3. ^ "[[sakit mental]] - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 16 December 2012. URL–wikilink conflict (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.