Sakura Band

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sakura Band
Berasal dariKota Kinabalu, Sabah, Sabah Malaysia
GenrePop
Tahun aktif2012 - Kini
Syarikat rakaman
Puteh Productions
Pengkarya berkait
6ixth Sense
AhliMelly Matius (Mell)
Ali
Haniff
Akai

Sakura Band adalah sebuah kumpulan dari Malaysia yang mula ditubuhkan pada 1 Oktober 2012.[1] Kumpulan ini berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Kumpulan ini dikenali setelah single mereka, "Melepaskanmu" dijadikan lagu tema drama "Bidadari" di TV3.


Sakura Band merupakan anak didik kumpulan 6ixth Sense dan menaung dibawah syarikat mereka iaitu 6ixth Sense Production.[1][2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2014: Single debut dan kejayaan awal[sunting | sunting sumber]

Sakura Band melancarkan single pertama mereka yang bertajuk, "Setelah Hujan" pada 2014.[1] Single "Setelah Hujan" telah dipilih untuk menjadi lagu tema drama "Diandra" di TV3.[3] Seterusnya pada tahun yang sama, single kedua mereka yang bertajuk, "Pelarian" (menampilkan Adi 6ixth Sense) dilancarkan dan berjaya dicalonkan di Carta Muzik Muzik 29.[4] Singe "Pelarian" pula dimuatkan sebagai lagu tema drama "Jiwa" di TV3.[3] Pemilihan kedua-dua single ini sebagai lagu tema drama TV memudahkan Sakura Band untuk membina tapak kukuh.[3] Kedua-dua single ini turut ditampilkan di dalam album kompilasi 6ixth Sense berjudul "Sense of Love".[3]

2015 - 2016: "Melepaskanmu" dan Separuh Akhir Muzik-Muzik 30, Single ke-empat[sunting | sunting sumber]

Single ketiga, "Melepaskanmu" mendapat sambutan umum dan dipilih untuk menjadi lagu tema drama "Bidadari" (TV3). Single tersebut turut berjaya melangkah ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 30, namun gagal untuk mara ke peringkat akhir.[5][6] Setakat Julai 2019, muzik video "Melepaskanmu" mendapat lebih daripada 10 juta tontonan di YouTube. [7] Pada 2016, single ke-empat Sakura Band berjudul "Polaroid" dilancarkan. Single ciptaan sepenuhnya Sakura Band ini mengetengahkan konsep yang "catchy".[1]

2017-kini: Single kelima & single Monopoli[sunting | sunting sumber]

Sakura Band telah mengeluarkan single kelima bertajuk "Yakiniku" pada tahun 2017.[8] Muzik video "Yakiniku" dirakam sepenuhnya di Jepun.[1]Pada Ogos 2018, single ke-enam Sakura Band berjudul "Magik" yang menampilkan Sophia Liana, dari kumpulan De Fam, dilancarkan.[9]Pada 27 November 2020, Sakura Band telah mengeluarkan single terbaru mereka iaitu "Monopoli" di akaun YouTube Universal Studio Malaysia [10].

Anggota[sunting | sunting sumber]

  • Melley "Mell" Matius (Vokalis)
  • Ali Ezzati Musavi Abd Malek (Gitar Pertama)
  • Muhammad Haniff "Anip" Johari (Gitar Kedua)
  • Mohd Haikal "Akai" Mohd Zainin (Bass)

Mell berasal dari Sabah, Malaysia dan telah mendirikan rumah tangga dengan pemain dram kumpulan 6ixth Sense, Mohammad Safwan Hasnan (Wan) pada 24 November 2017.[11]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Sebagai artis jemputan
  • Sense Of Love (2015)

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Album Nota
2014 Setelah Hujan Tiada album single OST drama "Diandra"
Pelarian (feat. Adi 6ixth Sense) Sense Of Love OST "Aku Isterinya" dan drama "Jiwa"
2015 Melepaskanmu OST Drama Bidadari
2016 Polaroid Tiada album single OST Drama Cinta Roller Coaster
2017 "Yakiniku"
2018 "Magik" (feat. Sophia Liana)
2020 "Monopoli"

Videografi[sunting | sunting sumber]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Sebagai artis utama

Tahun Muzik video Pengarah Durasi
2014 Setelah Hujan N/A 4:11
2015 Pelarian (feat. Adi 6ixth Sense) N/A 4:27
Melepaskanmu Nasir Mehmood Sabir Mohd 4:34
2016 Polaroid Lirik video 3:46
2017 Yakiniku Azzamchemanir 3:19
2018 Magik (feat. Sophia Liana) Johan Syahputra 4:18
2020 Monopoli Mohd Irwan Abdul Rauf 5:30

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Sakura Band". Universal Music Malaysia. Dicapai pada 11 Julai 2019.
  2. ^ "6ixth Sense fokus latih anak buah". Utusan Online. 4 Oktober 2014. Dicapai pada 11 Julai 2019.
  3. ^ a b c d "Album yang harus dimiliki". Berita Harian. 24 Mac 2015. Dicapai pada 11 Julai 2019.
  4. ^ Syanty Octavia Amry (28 Mac 2015). "Sakura Band tak meniru". Harian Metro. Dicapai pada 11 Julai 2019.
  5. ^ Zaidi Mohamad (17 November 2015). "Bahang Anugerah Juara Lagu ke-30 mula dirasai". Berita Harian. Dicapai pada 11 Julai 2019.
  6. ^ FERIDE HIKMET ATAK (6 Disember 2015). "12 Lagu Ke Final AJL30". mstar.com.my. Dicapai pada 11 Julai 2019.
  7. ^ "Sakura Band - Melepaskanmu (OST BIDADARI)". 24 Januari 2015. Dicapai pada 11 Julai 2019.
  8. ^ Sakura Band tak tergugat Harian Metro
  9. ^ Tajul Ariffin (9 Ogos 2018). "Kolaborasi Unik SAKURA BAND Dengan SOPHIA LIANA Dalam Lagu MAGIK". URTV. Dicapai pada 11 Julai 2019.
  10. ^ @Sakura Band - Monopoli (Official Music Video). universal studio malaysia youtube.
  11. ^ Farhana Ab Rahman (24 November 2017). "Enam tahun berkawan, Wan dan Mell kini suami isteri". Berita Harian. Dicapai pada 11 Julai 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]