Salaf
Salaf (Arab: السلف ) adalah golongan umat Islam generasi terdahulu yang hidup dalam kurun pertama sehingga kurun ketiga hijrah, atau sehingga kurun kelima hijrah. Golongan yang paling kuat diterima sebagai golongan ini adalah sehingga kurun ketiga hijrah. Lazimnya, generasi yang hidup selepas mereka digelari sebagai golongan khalaf.
Salaf itu bukan semata-mata suatu zaman yang diberkati, tetapi suatu himpunan keseragaman manhaj dalam bidang agama walaupun keseragaman manhaj dalam bidang agama itu tidak berlaku dalam keseluruhan salaf. Dalam bidang fiqh sahaja ada perbezaan antara Ahl Hadith dengan Ahl Ra'yi. Dalam bidang aqidah juga berbeza-beza manhajnya. Imam Ahmad berbeza dengan Imam Al-Muhasibi dan Ibn Kullab. Begitu juga Imam Al-Bukhari berbeza dengan Al-Imam Ahmad dalam masalah lafaz Al-Qur'an. Begitulah masalah-masalah lain. Jadi, tidak ada namanya mazhab salaf dalam erti kata suatu himpunan keseragaman manhaj dalam bidang agama. Salaf dalam istilah sebenar hanyalah suatu tempoh masa yang diberkati.
Etimologi[sunting | sunting sumber]
Perkataan salaf dapat diterjemahkan menjadi "terdahulu" atau "leluhur". Dalam terminologi Islam, secara umum digunakan untuk menunjuk kepada tiga generasi pemeluk Islam pertama, iaitu:
- Ṣaḥābat: (Arab: الصحابه ) Sahabat Nabi Muhammad, yang bertemu atau melihat kehidupan Nabi dan menyatakan keimanan serta meninggal dalam keimanan tersebut.
- Tābi‘īn: (Arab: التابعين yang pernah bertemu atau melihat sahabat dan menyatakan keimanan, dan mati dalam keimanan tersebut.
- Tāba‘ at-Tābi‘īn: (Arab: تابع التابعين ) yang pernah bertemu atau melihat tabi'in kemudian menyatakan keimanan dan mati dalam keimanan tersebut.
Perkataan khalaf pula diterjemahkan menjadi "terkemudian" atau "pengganti". Ini merujuk kepada generasi-generasi umat Islam yang terkemudian.
Dalam ḥadīts, Muhammad berkata tentang salaf, "Masyarakat terbaik adalah mereka yang hidup dalam generasiku, kemudian generasi setelahnya, dan generasi setelahnya.[1]
Salaf aṣ-Ṣāliḥ (Arab: السلف الصلح ) adalah salah satu aliran dalam agama Islam yang mengajarkan syariat Islam secara ketat dan harfiah. Seseorang yang mengikuti aliran ini disebut Salafi/ As-Salafi, jamaknya adalah Salafiyyun/ As-Salafiyyun.[2] Golongan ini juga sering disebut sebagai "Salafi Wahabi" kerana kaitan mereka dengan fahaman yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahab ibn Sulaiman an-Najdi.
Hal ini kerana golongan Salafi Wahabi mengaku beribadah berdasarkan sunnah Rasulullah tetapi adakalanya bertentangan dengan sunnah itu sendiri. Salah satu daripadanya adalah bahawa golongan ini tidak suka memakai 'imamah (serban yang dililit di kepala), padahal itu adalah sunnah Rasulullah
yang dikerjakan oleh para ulama salaf, seperti Imam Malik bin Anas [3]
Istilah salaf dan khalaf dalam penggunaan asal para ulama tidak pernah bermaksud suatu perbezaan manhaj atau aliran, tetapi lebih berbentuk perbezaan tempoh masa. Kefahaman ini berterusan sehinggalah muncul golongan dengan fahaman wahabi dan yang meneruskan semangat Ibn Taimiyyah, yang sering mengaku lebih memahami salaf berbanding ulama-ulama muktabar lain yang hidup lebih awal, yang dianggap mereka sebagai kurang memahami manhaj salaf, lalu memulakan usaha menamakan diri mereka sebagai "salafi" dan menamakan selain mereka sebagai "khalafi". [4]
Mereka ini mencetuskan suatu perkembangan di mana golongan ulama yang berlainan kefahaman daripada mereka dianggap sebagai tidak mengikut salaf ataupun laluan Islam yang sebenar walaupun para ulama tersebut adalah majoriti ulama Islam dan ulama muktabar. Bagi mereka, tokoh-tokoh yang memahami "salaf" yang sebenar hanyalah beberapa kerat sahaja seperti Sheikh Ibn Taimiyyah, Sheikh Ibn Al-Qayyim, Sheikh Muhammad Abdul Wahab dan dan yang sefahaman dengan mereka.
Golongan ini mengabaikan seruan Rasulullah sendiri yang memuji generasi khalaf sebagai goloongan meneruskan usaha menjaga kemurnian agama daripada golongan jahil dan batil.
Maksudnya: "Ilmu ini akan dipikul oleh setiap khalaf (orang yang kemudian) dari kalangan yang adil daripadanya, yang menafikan tahrif (penyelewengan) pelampau, kepincangan golongan pembuat kebatilan dan takwilan orang-orang jahil".[5]
Para Salafi moden ini juga sering dikaitkan dengan Aliran Wahabi.
Catatan kaki[sunting | sunting sumber]
- ^ Ṣaḥīḥ Bukhārī
- ^ Imam Adz Dzahabi berkata: "As Salafi adalah sebutan bagi siapa sahaja yang berada di atas manhaj salaf."Siyar A’lamin Nubala 6/21.
- ^ Ad-Dibaj al-Madzhab, Ibrahim al-Ya'muri, juz 1, hal. 19
- ^ http://ad-deen.proboards.com/thread/15/penjelasan-terhadap-definisi-sebenar-salaf#ixzz3sa89cMYi
- ^ Hadith diriwayatkan secara mursal dalam sebahagian riwayat (Misykat Al-Mashabih) dan disambung secara sanadnya kepada sahabat kepada Rasulullah
oleh Al-Imam Al-'Ala'ie. As-Safarini mengatakan ianya sahih dalam kitab Al-Qaul Al-'Ali m/s: 227
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- Mengapa Harus Bermanhaj Salaf ? Diarkibkan 2008-09-13 di Wayback Machine
- Audio Salaf Online
- Majlis Ilmu Online Diarkibkan 2019-09-18 di Wayback Machine
Lihat pula[sunting | sunting sumber]
Pranala/Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- (Indonesia) Mesin Pencari Islam yang boleh dipercayai
- (Indonesia) Artikel Salaf
- (Indonesia) Audio Salaf
- (Indonesia) Muat Turun Salaf Diarkibkan 2008-05-17 di Wayback Machine
- (Indonesia) Majalah Salaf
- (Indonesia) Milis Salaf
- (Indonesia) Toko/Kedai Salaf
- (Indonesia) Laman sesawang Salaf
- (Indonesia) Mesin pencari Blog Salaf