Pergi ke kandungan

Salahuddin Ayub

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Salahuddin Ayub
صلاح الدين أيوب
Salahuddin pada tahun 2019
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Dalam jawatan
3 Disember 2022 – 23 Julai 2023
RajaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
TimbalanFuziah Salleh
Didahului olehAlexander Nanta Linggi
sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Digantikan olehArmizan Mohd Ali (pemangku)
Armizan Mohd Ali
Kawasan pilihan rayaPulai
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Dalam jawatan
21 Mei 2018 – 24 Februari 2020
RajaSultan Muhammad V
(2018–2019)
Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
(2019–2020)
Perdana MenteriMahathir Mohamad
TimbalanSim Tze Tzin
Didahului olehAhmad Shabery Cheek
Digantikan olehRonald Kiandee
(Menteri Pertanian dan Industri Makanan)
Kawasan pilihan rayaPulai
Pengerusi
Pakatan Harapan Negeri Johor
Dalam jawatan
21 September 2022 – 23 Julai 2023
TimbalanAminolhuda Hassan &
Syed Ibrahim Syed Noh &
Liew Chin Tong
Pengerusi Kebangsaan Anwar Ibrahim
Didahului olehAminolhuda Hassan
Digantikan olehAminolhuda Hassan
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara pertama
Dalam jawatan
16 September 2015 – 23 Julai 2023
PresidenMohamad Sabu
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehMujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Pulai
Dalam jawatan
9 Mei 2018 – 23 Julai 2023
Didahului olehNur Jazlan Mohamed
(BNUMNO)
Digantikan olehSuhaizan Kayat
(PHAMANAH)
Majoriti28,924 (2018)
33,174 (2022)
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kubang Kerian
Dalam jawatan
21 Mac 2004 – 5 Mei 2013
Didahului olehHusam Musa (PAS)
Digantikan olehAhmad Baihaki Atiqullah (PAS)
Majoriti5,627 (2004)
10,642 (2008)
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor
bagi Simpang Jeram
Dalam jawatan
9 Mei 2018 – 23 Julai 2023
Didahului olehSheikh Ibrahim Salleh (PAS)
Digantikan olehNazri Abdul Rahman
(PH–AMANAH)
Majoriti7,687 (2018)
2,399 (2022)
Maklumat peribadi
Lahir
Salahuddin bin Ayub

(1961-12-01)1 Disember 1961
JohorMalaysia Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor, Persekutuan Malaya
Meninggal dunia23 Julai 2023(2023-07-23) (umur 61)
KedahMalaysia Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Malaysia
Cause of deathPendarahan otak
Tempat semadiJohorMalaysia Perkuburan Islam Jalan Sulong, Serkat, Tanjung Piai, Johor
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politikParti Islam Se-Malaysia (PAS) (1983–2015)
Parti Amanah Negara (AMANAH) (2015–2023)
Gabungan politik
lain
Harakah Keadilan Rakyat (HAK) (1970–1990)
Angkatan Perpaduan Ummah (APU) (1990–1996)
Barisan Alternatif (BA)
(1999–2004)
Pakatan Rakyat (PR)
(2008–2015)
Pakatan Harapan (PH)
(2015–2023)
PasanganFatimah Taha
Anak6
Tempat belajarUniversiti Putra Malaysia
Kolej Tunku Abdul Rahman
PekerjaanAhli politik
Laman websalahuddinayub.wordpress.com/
Nama panggilanBapa Rahmah Malaysia
Salahuddin Ayub di Facebook

Allahyarham Salahuddin bin Ayub (Jawi: صلاح الدين بن أيوب; 1 Disember 1961 – 23 Julai 2023) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim dari Disember 2022 hingga kematiannya semasa memegang jawatan pada Julai 2023 serta sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di bawah Perdana Menteri Mahathir Mohamad dari Mei 2018 hingga peletakan jawatannya susulan kejatuhan kerajaan PH pada Februari 2020.[1] Beliau juga berkhidmat sebagai Ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Pulai dari Mei 2018 hingga Julai 2023, Ahli Parlimen bagi Kubang Kerian dari Mac 2004 hingga Mei 2013, serta Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi kawasan Simpang Jeram dari Mei 2018 hingga kematiannya pada Julai 2023. Salahuddin merupakan ahli Parti Amanah Negara (AMANAH),[2] sebuah parti komponen dalam gabungan Pakatan Harapan (PH). Beliau juga merupakan Timbalan Presiden pertama dan pengasas AMANAH sejak September 2015 serta Pengerusi PH Negeri Johor dari September 2022 hingga kematiannya.[3] Sebelum itu, beliau pernah menjadi ahli, Ketua Pemuda dan Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), iaitu parti komponen dalam bekas gabungan Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Alternatif (BA).[4][5][6] Namun, beliau bersama beberapa pemimpin progresif lain yang dikenali sebagai kumpulan G18 yang diketuai oleh Mohamad Sabu telah tersingkir dalam Muktamar PAS 2015 dan kemudiannya menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB)[7] yang menjadi asas kepada penubuhan AMANAH.

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Salahuddin Ayub dilahirkan pada 1 Disember 1961 di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor, dan mempunyai keturunan campuran Melayu-Cina. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Serkat, Pontian dari tahun 1967 hingga 1973. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Inggeris Teluk Kerang, Pontian dari tahun 1974 hingga 1976, dan di Sekolah Menengah Sri Perhentian, Pontian dari tahun 1977 hingga 1978, di mana beliau menamatkan pengajian Tingkatan 5. Beliau kemudian mengikuti pengajian prauniversiti di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat, Pontian dari tahun 1979 hingga 1980. Selain itu, pada tahun 1977, beliau turut menamatkan pengajian agama Islam di Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor.

Selepas menamatkan persekolahan, Salahuddin melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) dari tahun 1982 hingga 1983. Beliau kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembangunan Manusia) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1984.[8]

Kerjaya dan aktivisme sosial

[sunting | sunting sumber]

Salahuddin memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Kewangan di MUI Bank (kini Hong Leong Bank) pada tahun 1980, sebelum melibatkan diri dalam aktivisme sosial dan belia menerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebagai Setiausaha Cawangan Pontian dari tahun 1981 hingga 1983. Selepas itu, beliau menceburi bidang politik pada tahun 1983.

Salahuddin mula terlibat dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sejak tahun 1999 dan telah dipilih oleh parti tersebut untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Benut dalam pilihan raya umum 1999, namun tewas. Beliau kemudian dicalonkan untuk bertanding kerusi Dewan Rakyat kawasan Kubang Kerian, Kelantan dalam pilihan raya umum 2004 dan berjaya memenanginya. Beliau sekali lagi dipilih semula dalam pilihan raya umum 2008.[9] Bagi pilihan raya umum 2013, beliau kembali ke negeri asalnya, Johor, untuk bertanding kerusi Parlimen Pulai tetapi tewas kepada penyandang daripada Barisan Nasional (BN), Nur Jazlan Mohamed.[10] Beliau juga bertanding bagi kerusi Nusajaya di peringkat negeri tetapi turut tewas.[11] Dalam pilihan raya umum 2018, Salahuddin buat pertama kali bertanding di bawah tiket Parti Amanah Negara (AMANAH) yang merupakan komponen Pakatan Harapan (PH), dan berjaya memenangi kedua-dua kerusi — kerusi Parlimen Pulai serta kerusi Simpang Jeram di Dewan Undangan Negeri Johor.[12]

Pada peringkat awal kerjaya politiknya, Salahuddin aktif dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan memegang pelbagai jawatan kepimpinan dalam parti tersebut.

Dari tahun 1983 hingga 1987, beliau berkhidmat sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pontian. Seterusnya, beliau memegang beberapa jawatan dalam Pemuda PAS Pontian, termasuk Ketua Pemuda dari tahun 1987 hingga 1989. Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Pemuda PAS Johor, jawatan yang disandangnya dari tahun 1989 hingga 1999.

Sepanjang tempoh beliau dalam sayap Pemuda PAS, Salahuddin turut memegang tanggungjawab tambahan termasuk sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat dari tahun 1991 hingga 1995 dan sebagai Ketua Penerangan Pemuda PAS dari tahun 1995 hingga 1997. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat dari tahun 1997 hingga 1999.

Penglibatannya dalam kepimpinan Pemuda PAS berterusan apabila beliau dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda PAS dari tahun 1999 hingga 2001, kemudian sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS dari tahun 2001 hingga 2003, dan akhirnya sebagai Ketua Pemuda PAS dari tahun 2003 hingga 2009.

Atas sumbangan serta kepimpinannya dalam parti, Salahuddin dilantik sebagai Naib Presiden PAS dari tahun 2009 hingga 2015.

Selain daripada peranan di peringkat pusat dan sayap Pemuda, beliau juga terlibat dalam organisasi PAS di peringkat negeri Johor. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Penerangan PAS Johor dari tahun 1997 hingga 2001 dan sebagai Setiausaha Perhubungan PAS Johor pada tahun 2001. Beliau turut dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor dari tahun 2001 hingga 2003 serta Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dalam tempoh yang sama.

Ketika dalam Dewan Pemuda PAS, beliau turut mengetuai beberapa lajnah dalam organisasi tersebut, antaranya sebagai Ketua Lajnah Pertanian dan Lajnah Penerangan dan Dakwah dari tahun 1993 hingga 1997. Beliau kemudian mengetuai Lajnah Perhubungan Kebangsaan dari tahun 1999 hingga 2001 serta Lajnah Antarabangsa dari tahun 2001 hingga 2003. Selain itu, beliau juga mengetuai Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar dari tahun 2001 hingga 2003.

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2013, Salahuddin bertanding di kerusi Parlimen Pulai di Johor dan kerusi Nusajaya (kini dikenali sebagai Bandar Iskandar Puteri), namun tewas di kedua-dua kerusi tersebut kepada calon Barisan Nasional (BN).

Pakatan Harapan

[sunting | sunting sumber]

Pengalaman

[sunting | sunting sumber]
  • Menyertai Persatuan Gabungan Belia Malaysia bagi menyokong rakyat Lebanon bersama semua pemimpin parti politik negara pada tahun 2006.
  • Mengadakan debat perdana dengan Nazri Abdul Aziz dari UMNO pada tahun 2003.
  • Ditahan di Penjara Kajang pada tahun 2001 kerana terlibat dalam perhimpunan haram Ops Kricket Israel di Universiti Malaya pada tahun 1997.
  • Pemimpin misi kemanusiaan Dewan Pemuda PAS ke Kosovo (1999), Afghanistan (2002), Vietnam (2002), Iraq (2003) dan Lebanon (2006).
  • Wakil Kerajaan Malaysia semasa menjadi Ahli Parlimen dalam Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Perpaduan dan PLN.
  • Ahli Pertubuhan Parlimen Antarabangsa (IPO) dan ahli Kokus Pertahanan Kemanusiaan.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Johor[13][14][15][16][17][18][19]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1999 N53 Benut Salahuddin Ayub (PAS) 4,701 27.20% Salehon Sengot (UMNO) 11,970 69.25% 17,286 7,269 73.32%
2013 N49 Nusa Jaya Salahuddin Ayub (PAS) 20,965 46.58% Zaini Abu Bakar (UMNO) 23,166 51.48% 45,120 2,201 89.90%
2018 N13 Simpang Jeram Salahuddin Ayub (AMANAH) 14,640 61.63% Mohd Radzi Amin (UMNO) 6,953 29.27% 24,069 7,687 85.40%
Mohd Mazri Yahya (PAS) 2,136 8.99%
Ahmad Hashim (BEBAS) 28 0.10%
2022 Salahuddin Ayub (AMANAH) 8,749 40.94% Zarul Salleh (PAS) 6,350 29.72% 21,369 2,399 53.40%
Lokman Md Don (UMNO) 6,062 28.37%
Mahaizal Mahmor (PEJUANG) 208 0.97%
Parlimen Malaysia[13][14][15][16][17][18][19]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2004 P024 Kubang Kerian Salahuddin Ayub (PAS) 21,430 57.56% Ahmad Rusli Iberahim (UMNO) 15,803 42.44% 38,458 5,627 81.57%
2008 Salahuddin Ayub (PAS) 27,179 62.17% Ab Ghani Mamat (UMNO) 16,537 37.83% 44,474 10,642 83.14%
2013 P161 Pulai Salahuddin Ayub (PAS) 40,525 48.09% Nur Jazlan Mohamed (UMNO) 43,751 51.91% 85,924 3,226 85.51%
2018 Salahuddin Ayub (AMANAH) 55,447 63.81% Nur Jazlan Mohamed (UMNO) 26,523 30.52% 86,893 28,924 81.77%
Mohd Mazri Yahya (PAS) 4,332 4.99%
Yap Keng Tak (BEBAS) 591 0.68%
2022 Salahuddin Ayub (AMANAH) 64,900 55.33% Nur Jazlan Mohamed (UMNO) 31,726 27.05% 117,303 33,174 70.96%
Loh Kah Yong (Gerakan) 20,677 17.63%

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Ayub berkahwin dengan isterinya, Fatimah Taha, pada tahun 1985, dan pasangan ini dikurniakan enam orang anak serta lapan orang cucu.

Pada 22 Julai 2023, Salahuddin disahkan mengalami pendarahan otak oleh seorang pakar perubatan. Beliau segera dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah selepas mengalami simptom mual dan muntah.[20] Selepas dimasukkan ke hospital, Salahuddin menjalani pembedahan selama empat jam untuk merawat keadaannya. Beliau dipantau rapi oleh pasukan pakar dan dilaporkan berada dalam proses pemulihan yang baik.[21] Namun, pada 23 Julai 2023, Salahuddin meninggal dunia pada usia 61 tahun. Beliau meninggalkan isteri, enam orang anak, lapan orang cucu, dan ibunya yang telah tua dan balu, Aminah Abdullah (lahir 1940).[22]

Beliau dikebumikan di Perkuburan Islam Jalan Sulong, Pontian, berhampiran kubur bapanya, Ayub Umar (1935–2008), dan datuknya.[23][24]

Pengiktirafan lain

[sunting | sunting sumber]

Pascakematian beliau, Salahuddin digelar Bapa Rahmah Malaysia oleh sebilangan rakyat Malaysia atas jasanya mencetuskan idea dan inisiatif membantu rakyat menangani isu kenaikan kos sara hidup menerusi pakej ‘Rahmah’ semasa menggalas jawatan Menteri. [27][28]

  1. ^ "Salahuddin, Dzulkefly letak jawatan menteri" [Salahuddin, Dzulkefly resigned as minister]. Free Malaysia Today. 24 Februari 2020.
  2. ^ "Kepimpinan 2015". Parti Amanah Negara. 6 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2015. Dicapai pada 6 September 2015.CS1 maint: unfit URL (link)
  3. ^ "Salahuddin Ayub named Johor Pakatan chairman". The Star. 22 September 2022. Dicapai pada 22 September 2022.
  4. ^ "Salahuddin bin Haji Ayub, Y.B. Tuan". Parlimen Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2010. Dicapai pada 27 Mei 2010.
  5. ^ "PAS Government stands firm". New Straits Times. 30 April 1996. Dicapai pada 22 Disember 2009.
  6. ^ "Rising star assured of PAS Youth post". The Star. Star Publications. 10 September 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Jun 2011. Dicapai pada 27 Mei 2010.
  7. ^ Jennifer Gomez (13 Julai 2015). "'Purged' PAS leaders launch splinter movement". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Julai 2015. Dicapai pada 13 Julai 2015.
  8. ^ "Salahuddin: Dari Kampung Serkat ke Putrajaya". Bernama. Malaysiakini. 19 Mei 2018. Dicapai pada 19 Mei 2018.
  9. ^ "PAS Names Candidates Except For Gua Musang, Jeli". Berita Wilayah Eastern Region. Bernama. 22 Februari 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2014. Dicapai pada 27 Mei 2010.
  10. ^ Lim, Joyce (29 April 2013). "Touting their mixed ethnic heritage to win votes". Straits Times. Dicapai pada 10 Oktober 2014.
  11. ^ "Pas confirms Salahuddin will stand in Pulai". New Straits Times. 2 April 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2014. Dicapai pada 10 Oktober 2014.
  12. ^ Nazura Ngah; Fairul Asmaini Mohd Pilus; Nur Lela Zulkipli & Seri Nor Nadiah Koris (9 Mei 2018). "Pemimpin utama pakatan menang". Berita Harian. Dicapai pada 10 Mei 2018.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  13. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya. Dicapai pada 27 Mei 2010. Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  14. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 19 April 2013. Keputusan hanya tersedia daripada Pilihan raya 2004 (PRU11).
  15. ^ a b "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2021. Dicapai pada 24 Mac 2017.Keputusan hanya tersedia untuk Pilihan raya 2013.
  16. ^ a b "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  17. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2018. Dicapai pada 26 Oktober 2014.
  18. ^ a b "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  19. ^ a b "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  20. ^ "Salahuddin confirmed to have brain haemorrhage, currently in surgery". The Star. 22 Julai 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  21. ^ "Salahuddin undergoes successful surgery for brain haemorrhage". The Star. 22 Julai 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  22. ^ "Salahuddin Ayub passes away following surgery". The Star (Malaysia). 23 Julai 2023. Dicapai pada 23 Julai 2023.
  23. ^ Devi, Venesa (24 Julai 2023). "Salahuddin Ayub laid to rest in Pontian". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Julai 2023.
  24. ^ Rahim, Faida (24 Julai 2023). "Sibuk mana sekalipun, Salahuddin akan balik kampung jumpa ibu - Adik". Astro Awani. Dicapai pada 24 Julai 2023.
  25. ^ "65 terima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka". Bernama. 12 Oktober 2019. Dicapai pada 12 Oktober 2019.
  26. ^ "Agriculture Minister Salahuddin conferred Datukship". Bernama. The New Straits Times. 27 Julai 2018. Dicapai pada 11 Oktober 2018.
  27. ^ cue (2023-07-24). "Perginya 'bapa rahmah' Malaysia, Berita - BeritaHarian.sg". www.beritaharian.sg (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-09.
  28. ^ "Perginya Bapa RAHMAH Malaysia, Ini Perjalanan Hidup Salahuddin Ayub | TRP". The Rakyat Post. 2023-07-24. Dicapai pada 2023-08-09.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkaitan Salahuddin Ayub di Wikimedia Commons
  • Laman blog Salahuddin Ayub
  • Salahuddin Ayub di Facebook