Salak Baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Salak Bharu Utara merupakan kawasan taman perumahan terawal di dalam daerah kecil Sungai Siput (U) sekitar pertengahan tahun 1969 dengan bermula peringkat Fasa 1 dan peringkat Fasa 2 pada tahun 1982, Ia dirasmikan oleh DYMM Sultan Idris Shah II. Majoriti penduduk berbangsa Melayu dan sebilangan kecil sahaja berbangsa Cina, India dan Sikh. Terdapat sebuah Surau Madrasah dibina sekitar awal tahun 1970an dengan diberi nama Surau Al-Falahiah dan Dewan Orang Ramai yang dibina pada tahun 1985. Kawasan Perumahan Salak Bharu berada di tengah-tengah kawasan kampung antaranya kampung Salak Station, Kampung Baru Salak dan Kampung Perik. Sekitar awal 70an dan 80an, Kawasan hutan di belakang Perumahan Salak Bharu pernah menjadi kawasan Hitam kerana menjadi tempat pihak Komunis bersarang serta menjadi kawasan strategik Pihak Komunis untuk menguasai kawasan sekitar yang berhampiran dengan Salak Bharu bermula dari Sungai Siput hingga ke Kampung Sayong Kuala Kangsar. Sekarang Salak Bharu semakin berkembang dan terdapat beberapa taman perumahan baharu yang dibina iaitu Taman Delima, Taman Aman dan Taman Salak.