Salbiah Harun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Salbiah Harun
120px
Latar belakang
Berasal dariSingapura Singapura
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1960-an

Salbiah Harun merupakan seorang penyanyi Melayu kelahiran Singapura era 1950-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Salbiah sekarang ini menetap bergilir-gilir bersama anak-anak beliau di Melaka, Kuala Lumpur dan Kuantan sejak kematian suaminya pada tahun 1989. Lahir pada 12hb Mei 1930, Hajjah Salbiah mempunyai ramai anak-saudara dan cucu cicit saudara di tempat kelahiran beliau tetapi sekarang lebih banyak meluangkan masa bersama-sama 28 orang cucu dan 7 orang cicitnya 3 orang di Malaysia, 3 orang di Singapura dan seorang di Toulouse, Perancis.

Hajjah Salbiah adalah adinda kepada pengarah dan pelakon filem S. Kadarisman. Hajjah Salbiah adalah anak saudara kepada allayarham Tan Sri Dol Ramli, bekas Ketua Pengarah Penyiaran dan juga Pengasas Radio Telivisyen Malaysia.

Hajjah Salbiah Harun telah kembali ke rahmatullah pada 01 Jun 2013 jam 08.15 pagi di Hospital Besar Melaka.[perlu rujukan] Hajjah Salbiah di masukkan ke Hospital Besar Melaka pada hari Rabu 29 May 2013 kerana komplikasi pernafasan.

Jenazah beliau telah di bawa pulang ke rumah anakanda perempuannya di Taman Cendrawasih,Bkt Rambai,Melaka pada tengahari yang sama utk di mandikan dan kemudian Jenazah beliau telah di bawa ke Quriah Kampong Bukit Kecil, Paya Dalam, Melaka untuk di kebumikan berdekatan dengan kubur arwah suami beliau. Ini merupakan hajat arwah semasa hayatnya yang ingin di semadikan berdekatan dengan kubur arwah suaminya.


Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Janji Membawa Akibat, Lenggang Lengguk, Dian, Bertepuk Tangan
  • Cinta Abadi - Duet bersama Allahyarham P Ramlee