Salimah Mahmood

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Salimah Mahmood
KelahiranSingapura
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1970-an - 1990-an
Syarikat rakaman
WEA Records Sdn. Bhd., NSR

Salimah Mahmood merupakan salah seorang penyanyi yang berasal dari Singapura yang muncul sekitar tahun 1970-an. Beliau juga popular dengan lagu "Melati Suntingan" pada tahun 1979 yang akhirnya telah menyebabkan beliau dikenali ramai pada ketika itu.

Bermula dari tahun 1992 sehingga 2004, beliau yang pernah bernaung di bawah syarikat rakaman WEA Records Sdn. Bhd. (kini Warner Music) lebih banyak memenuhi undangan untuk menyanyi di luar negara di bawah program TDC (Perbadanan Kemajuan Pelancongan) serta rombongan rasmi kerajaan. Ketika itu, bukan hanya beliau yang turut diundang, malah artis-artis ternama yang lain seperti Azlina Aziz dan Liza Aziz juga turut serta dalam rombongan TDC selama 12 tahun.

Selain menyertai rombongan TDC pada tahun 1992, beliau juga pernah mengikuti rombongan Datuk Bandar Kuala Lumpur pada ketika itu, Tan Sri Elyas Omar untuk mengadakan persembahan di Casablanca dan Sepanyol. Beliau juga pernah membuat persembahan di kota-kota terkemuka dunia seperti London, Cape Town, Tokyo, Dubai serta negara-negara Eropah yang lain.

Beliau juga telah berkahwin dengan Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang bernama Mirza Abdullah serta dikurniakan dua orang anak iaitu Shakira dan Eskandarian.[1]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

  • Salimah (1980)
  • Setelah Kecewa (1981)
  • Sudah Tidak Bererti (1992)

Album Duet[sunting | sunting sumber]

  • Mata Bertentang Mata (1982)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Muzlina Abu Bakar (23 Mei 2009). "Erti bahagia buat Salimah". Utusan Online. Dicapai pada 2 Oktober 2012.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.