Salina Saibi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Salina Saibi
Salina ditemuramah oleh MeleTOP di Majlis Berbuka Puasa Azwan Ali pada 8 Julai 2014.
Kelahiran (1982-01-10) 10 Januari 1982 (umur 42)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2001–kini
PasanganAzmir Osman (k. 2007)
Anak-anak2
Ibu bapaSaibi Kuntom

Salina binti Saibi (lahir 10 Januari 1982) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1] Beliau terkenal dengan peranannya dalam drama-drama kepolisan seperti CID 3278 (2006–2007) dan Gerak Khas (2007–2021). Sejak memulakan kerjaya lakonan pada 2001, akhirnya pada 2009 beliau memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM22) menerusi watak lakonannya sebagai Amy (bohsia mangsa sumbang mahram) dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul Yusof.[2][3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 10 Januari 1982 di Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua daripada lima beradik. Salina berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[4][5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum berkecimpung dalam bidang lakonan, Salina Saibi terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya sebagai penyanyi,[6] meskipun kurang jelas sama ada beliau pernah merakamkan album atau sebaliknya.[6] Di awal penglibatannya dalam bidang lakonan, Salina telah berlakon sebanyak berpuluh drama dan telefilem di beberapa stesen TV termasuk RTM, TV3, TV9 dan Astro.

Sebagai seorang pelakon yang berdisplin, komited, fokus, sangat lasak dan boleh melakonkan apa sahaja watak yang diberi, boleh dikatakan Salina ialah seorang pelakon yang serba boleh. Beliau mula dikenali umum menerusi watak Inspektor Rita dalam siri drama penyiasatan CID 3278 yang turut dibintangi oleh Faizal Yusof, Along Eyzendy, Kamal Affandi Hashim, Azman Nor dan lain-lain.[6][7]

Pada tahun 2007, Salina dipelawa oleh orang kuat Skop Productions, Yusof Haslam bagi membintangi siri drama kepolisan Gerak Khas yang mana beliau menjayakan peranan pembantu dalam beberapa episod termasuk "Misteri Elisa" dari musim kelapan siri ini, setahun kemudian, beliau dibawa menjayakan watak utama sebagai Inspektor Salina.[8][9] Sejak itu, beliau banyak berkhidmat di Skop Productions.

Salina menjadi bintang utama bersama Nabila Huda dalam filem drama aksi sosial 2009, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul Yusof; beliau memegang watak sebagai Amy, seorang gadis bohsia yang mengamalkan gaya hidup bebas, ia turut dibintangi oleh Shaheizy Sam, Johan Raja Lawak, Aaron Aziz dan Diana Danielle.[10] Persembahannya dalam filem ini melayakkan Salina memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21.[11]

Salina muncul dalam dua filem yang ditayangkan serentak pada 2011, iaitu filem seram Khurafat: Perjanjian Syaitan di mana wataknya sebagai Zura, rakan karib Anna lakonan Sabrina Ali dan komedi romantik Aku Bukan Tomboy, Salina memegang watak Sam, seorang gadis pengkid yang mempunyai perasaan terhadap Farisha lakonan Scha Al-Yahya. Filem ini memerlukan beliau memakai bengkung.[12]

Beliau membintangi telefilem Asmara Beijing arahan Datuk Yusof Haslam, bersama Syamsul Yusof dan Norman Hakim, telefilem yang disiarkan di Astro Citra mengisahkan tentang Dira yang membawa dirinya ke Beijing, China selepas merajuk dengan cintanya kepada Rizal, telefilem ini menjalani penggambaran di Beijing dan selebihnya dilakukan di Kuala Lumpur.[13] Beliau kembali menjayakan peranan Amy dalam filem Jalan Kembali: Bohsia 2 yang ditayangkan pada 7 Jun 2012.[14]

Dari 2014 sehingga 2021, tawaran berlakon dalam drama dan telefilem terbitan produksi lain ditolak oleh Salina semata-mata kerana sayangkan Gerak Khas.[8] Dalam temuramah bersama Sinar Harian, Salina mengatakan menjadi sebahagian daripada Gerak Khas membuatkan beliau berasa lebih selesa dan enggan menerima sebarang tawaran berlakon kerana tidak mahu mementingkan diri sendiri sambil menambah tidak berhasrat untuk berubah fikiran.[1] Beliau kemudian mengatakan dalam satu temuramah bersama Harian Metro bahawa beliau ingin bermula dan berakhir dengan Gerak Khas.[15]

Selepas Gerak Khas berakhir, beliau membintangi drama Perisik Cinta Tak Diundang di TV3, memegang watak sebagai Hanim. Ia menjadi drama pertamanya terbitan produksi lain dalam tempoh 8 tahun sejak Duri Di Hati (2013). Salina memegang watak sebagai Huda dalam filem Penunggang Agama dan kesinambungannya arahan Syafiq Yusof. Beliau kembali menjayakan watak ASP Salina lakonannya dalam Gerak Khas Undercover yang bersiaran di TV3,[16] seterusnya memegang watak Saka Ratu Lempeng dalam Jangan Ganggu Jodohku di Astro Ria.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Salina telah berkahwin pada Ogos 2007 bersama Azmir Osman[17] dan dikurniakan 2 anak perempuan bernama Farah Syakira (lahir 2009) dan Farah Aqeela (lahir 2015).[18] Beliau merupakan seorang yang mementingkan aspek kesihatan.[19]

Pada 25 Mac 2013, anak sulung beliau, Farah Syakira yang mesra dengan panggilan Kiera menjadi perhatian masyarakat apabila Farah menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dalam kolam renang di kediamannya satu kondominium di Cheras semasa acara parti barbeku di kawasan berdekatan. Salina berkata dalam temuramah bersama Harian Metro: "Kejadian itu berlaku terlalu pantas. Saya tidak sangka Kiera berani tarik tangan budak lelaki yang hampir lemas sehingga menyelamatkan nyawanya,"[20][21]

Pada 9 Julai 2017, bapanya, Saibi Kuntom meninggal dunia akibat penyakit kanser hati.[22] Salina juga aktif membuat dan meniaga biskut, terutama semasa bulan puasa Ramadan.[23]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2009 Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Amy Filem pertama
2011 Khurafat: Perjanjian Syaitan[24] Zura
Aku Bukan Tomboy Sam
2012 Jalan Kembali: Bohsia 2 Amy
2017 Dhaka Attack[25] Filem Bangladesh
2021 Penunggang Agama Puan Huda
Penunggang Agama 2

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2002 Spanar Jaya NTV7 Pelakon undangan
2003 Mengejar Pelangi Shida Astro Ria
2004 Senario TV3 Pelakon undangan
2005 Puteri
2006–2007 CID 3278 Inspektor Rita TV9
2007–2008 Pasrah The Series Natasha
2007 Gerak Khas (Musim 9) Elisa TV2 Episod: "Misteri Elisa"
Airmata Maria Julie TV3
2008 Mariam
2008–2009 Laila Majnun
Dari Mata Arisa Shareen TV1
2008–2011
2014–2021
Gerak Khas ASP Salina TV2
TV3
2009–2011 Si Capik Rita TV2
2010 Nigina Natasha TV3
2011 Serapah Darah Bulan Madu Adura Astro Prima
2011–2013 Roda-Roda Kuala Lumpur Inspektor Salina TV2 Pelakon undangan
2012–2013 Metro Skuad ASP Syakira
2013 Di Bawah Langit[26] TV1
Duri Di Hati TV3
Mira Sofea Eira Astro Prima
2017 Dia Bidadariku Rita Astro Ria
2021–2022 Gerak Khas Undercover Salina TV3
2021 Perisik Cinta Tak Diundang Hanim
Jangan Ganggu Jodohku Saka Ratu Lempeng Astro Ria
Oh My Hantaran Bidan Yaya TV9
2022 3 Nota Cinta Amy TV3
Ku Punya Hati Intan
2022–2023 Nikah, Cerai, Rujuk Nadia Astro Ria
2024 Boleh Saya Bantu Sophea Jean TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2002 Ayam
2003 Cinta Betting
Indi Anak Jon
SpyMan
2004 Permintaan Terakhir
2005 Hang2 VCD
2006 Cinta Roti Linda TV2
2008 Surat dari Alamanda
Puasa Terakhir
2009 Bila Guruh Bergempita
2010 Kuala Pilah Next Top Model
2011 Impian Terindah
Nasi Goreng Ikan Masin
2012 Calon Suamiku
Asmara Beijing Dira Astro Citra
Anak Pak Hussien Zulaika TV1
2013 Sepasang Kurung Biru
2020 Badi Selendang Merah Astro Citra
2022 Kerana Binti Abdullah Maria TV1
Tanggang Langgang TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2021 Sepahtu Reunion Live Astro Warna Episod: "Mengharapkan Pagar"

Iklan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
2003 Pastikan ORI! Baru Beli!? juga dibintangi oleh Adam Corrie Lee

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Karya tercalon Keputusan
2009 Festival Filem Malaysia ke-22 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Dirinya sendiri Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Wartawan Sinar Harian (14 Februari 2016). "Jiwa Salina Saibi". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-16. Dicapai pada 16 Ogos 2016.
  2. ^ Haryati Karim (25 Ogos 2009). "Salina akui kurang popular, beliau menggenggam Anugerah Pembantu Pelakon Wanita Terbaik pada FFM22". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-16. Dicapai pada 1 Januari 2011.
  3. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (27 Mei 2012). "'Saya bagi 150 peratus'". Berita Harian. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  4. ^ Nor Akmar Samudin (12 Oktober 2003). "Salina beralih seni". Metro Ahad. Dicapai pada 11 Oktober 2020.
  5. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (8 Jun 2005). "Salina contohi lakonan Jasmin, Aida Aris". Berita Harian. Dicapai pada 11 Oktober 2020.
  6. ^ a b c Azhariah Kamin (5 Ogos 2006). "Salina loves tough cop role in telemovie CID 3278". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-18. Dicapai pada 18 Jun 2014.
  7. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (24 Julai 2006). "Inspektor Rita". Berita Harian. Dicapai pada 11 Oktober 2020.
  8. ^ a b "Salina setia dengan Gerak Khas". Utusan Malaysia. 10 February 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-07. Dicapai pada 23 April 2018.
  9. ^ Noor Asrekuzairey Salim (10 Februari 2018). "Sudah sedekad Salina Saibi membintangi drama bersiri Gerak Khas". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-09. Dicapai pada 23 April 2018.
  10. ^ "Salina buat kajian sebelum jadi 'bohsia'". Harian Metro. 6 Mei 2009. Dicapai pada 18 Oktober 2020.
  11. ^ Metra Syahril Mohamed (23 April 2009). Bohsia ‘ketuk’ kesedaran masyarakat Diarkibkan 2017-04-27 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 15 Mac 2010.
  12. ^ Kemalia Othman (4 November 2011). "Salina Saibi tahan diri pakai bengkung". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-25. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  13. ^ Beijing lokasi pilihan Kosmo!. 29 Mac 2012. Dicapai pada 8 Mei 2013.
  14. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (8 Jun 2012). "Jalan Kembali: Bohsia 2 sarat mesej". Sinar Harian. Dicapai pada 2012-06-09.
  15. ^ Ridzuan Abdul Rahman (22 Disember 2020). "Salina utamakan GK". Harian Metro. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  16. ^ Ridzuan Abdul Rahman (1 Oktober 2021). "Laris tanpa publisiti". Harian Metro. Dicapai pada 2 November 2021.
  17. ^ Asmizan Mohd Samiran (12 Ogos 2007). "Salina nikah". Metro Ahad. Dicapai pada 29 September 2020.
  18. ^ "Salina sorok kehamilan". Utusan Online. 7 Disember 2014. Dicapai pada 1 Januari 2015.
  19. ^ Wahiduzzaman (23 Mei 2012). Salina Saibi jaga badan dengan berenang mStar Online. Dicapai pada 11 Mei 2013.
  20. ^ Elrafaei Sapi, Muhammad Yusof Ghani (25 Mac 2013). "Kiera 'super girl'". Harian Metro. Diperoleh pada 26 April 2013.
  21. ^ Anak Pelakon Salina Saibi Jadi Heroin Berita Sini (15 Mac 2013). Diperoleh pada 26 April 2013.
  22. ^ Izzati Ramli (10 Julai 2017). Bapa Salina Saibi meninggal dunia Media Hiburan. Dicapai pada 28 April 2018.
  23. ^ Mahani Ishak (21 Mei 2017). Peluang rasai biskut hasil air tangan Salina Saibi Berita Harian. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  24. ^ Saspens, Kejutan Diuji Dalam 'Khurafat' Diarkibkan 2011-01-25 di Wayback Machine, mStar Online, 20 Januari 2011. Dicapai pada 2 Februari 2011.
  25. ^ "Dhaka Attack in full swing". The Daily Star. Dicapai pada 17 March 2016.
  26. ^ "Sinopsis Drama Bersiri Di Bawah Langit". Sensasi Selebriti. 19 September 2013. Dicapai pada 17 Mac 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]